script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Universiti Malaysia Pahang Melancarkan Portal Komuniti ADAM


KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini, melancarkan portal komuniti Aku Darah Anak Malaysia (ADAM) bagi menyemai semangat patriotisme masyarakat menerusi bantuan teknologi.

Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata portal komuniti ADAM itu mempunyai 40 modul berkaitan perpaduan dan peradaban yang sesuai digunakan dalam pendidikan awal persekolahan. 

Katanya, usaha UMP membangunkan portal itu mendapat kerjasama daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BPTN) dan penubuhannya selaras dengan peradaran zaman yang memerlukan kita memahami bentuk dan jenis program yang sesuai dengan golongan masa kini bagi menarik minat mereka. 

"Ia juga dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab universiti selain selari dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020 iaitu Memasyarakatkan Teknologi," katanya pada Majlis Penutup Festival ADAM sempena Sambutan Bulan Kebangsaan UMP 2018 di Kampus UMP Gambang di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMP (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Mashitah Mohd Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Daing Nasir berkata UMP juga menganjurkan Festival ADAM sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018 untuk merancakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.