script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

5,000 Guru KAFA Dalam Proses Di Serapkan Ke Jawatan Tetap !


KUALA LUMPUR - Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.
Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diberi tempoh dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan dilantik secara tetap ke jawatan itu.
"Ini antara usaha yang kita lakukan bagi membela kebajikan dan menaik taraf kira-kira 32,000 guru KAFA yang sedang berkhidmat di seluruh negara.
"Bagi yang sudah memiliki diploma dan ijazah, kita akan usaha serapkan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala pemegang SPM dan STAM diberi peluang belajar pada waktu cuti dengan mengambil kursus-kursus tambah kredit sehingga melayakkan mereka diserap," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) atau dikenali sebagai KSKCareCentre@MTMZA  hari ini.
Pada Ogos lepas, Fuziah pada sesi Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membuat satu kajian untuk menaik taraf status guru KAFA antaranya dilantik sebagai penjawat tetap dalam perjawatan.
Mengenai KSK Care Centre, Fuziah berkata pusat itu berperanan sebagai tempat rujukan yang ketika ini amat diperlukan masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi mencari penyelesaian permasalahan yang dihadapi melalui kaedah rawatan dan terapi Islam.
Beliau berkata individu, khususnya orang Islam yang mempunyai masalah sering meminggirkan diri dan merasa malu untuk mendapatkan kaunseling, satu persepsi yang perlu dihakis kerana kaunseling bukan satu hukuman sebaliknya kaedah terbaik dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
"Kita mahu masyarakat buang stigma malu untuk berjumpa dengan kaunselor kerana takut dipandang serong oleh orang sekeliling...mempunyai masalah keluarga atau ada masalah di dalam kehidupan bukanlah satu kesalahan
"Di negara barat, berjumpa kaunselor bila ada masalah adalah perkara biasa mereka. Perlu dijelaskan, kaunselor tidak akan menghukum seseorang individu itu dengan masalah yang dihadapi," katanya.
KSKCareCentre@MTMZA mempunyai seramai 18 kaunselor dan fasilitator, beroperasi setiap hari bermula pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang.  #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.