Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


May 7, 2012

Panas: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti !

KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan). "Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya. Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu. Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut. Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab.

Bukti, kes ceroboh yang berlaku di pejabat Dato' Fauzi pada tahun 2010
modus operandinya tetap sama iaitu melalui siling premis terbabit


[Jika dilihat kepada tiga kejadian terdahulu termasuk dua melibatkan pejabat Dato' Fauzi sendiri, ternyata pihak polis begitu seukar untuk menjejaki penjenayah terbabit. Malah, hingga sekarang tidak ada maklumat tentang kejadian terdahulu dan kini ia berlaku lagi. Apa yang pasti kejadian ini menjurus kepada unsur politik semata-mata, tambahan pula penceroboh dipercayai memang berniat untuk mencuri dokumen penting yang berkaitan dengan pilihanraya sebenarnya. Maka itu, walau pun umum cuba mengelak namun kes ini mahu atau tidak, pasti ia dilakukan oleh musuh politik PKR. Siasatan yang rapi haruslah dijalankan untuk mencari dalang disebalik insiden ini. Kita tidak mahu politik berbentuk ancaman dan provokasi seperti ini menjadi permainan pihak yang berkenaan. Tuduhan dan dakwaan mungkin tidak digemari oleh pihak terbabit, namun melihat kepada modus operandi yang dilakukan maka sudah pasti ia melibatkan orang yang sama. Cuma mereka masih bebas untuk melakukan lebih banyak pencerobohan selepas ini. Bersedialah untuk berhadapan dengan semua ini. Tambahan pula menjelangnya PRU-13 tidak lama lagi].

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

AKU DAH BOLEH AGAK SIAPA YG AKAN KENA TUDUH.

CALUN CALUN NYA IALAH.........

AKU RASA SEMUA BOLEH AGAK.

Anonymous said...

Kalau dokumen hilang pun, takkan takde back up seperti pen drive atau external dard disk.

Kalau takde, maknanya sistem filing tak standard le.

Anonymous said...

SEMUA PEJABAT PKR BERSIAP SIAGA, PILIHANRAYA DAH DEKAT. SEMUA PERLU MENGAMBIL IKTIBAR DIATAS KEJADIAN TERSEBUT.

Anonymous said...

Kelakar la sekarang ni, agak agak la berapa kes kecuiran yang berjaya di selesaikan?Cekapa dalam keadaan tertentu saja.

nur-cahaya said...

mintak anggota polis PDRM meyakinkan rakyat dengan 1 sahaja moto dan visi PDRM iaitu "CEPAT DAN BETUL"...sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada PDRM ...

Anonymous said...

cepat kalau ada perhimpunan, betul bila di arah bertindak, jenayah lain tak cepat dan betul. bersih je...TAHNIAH PDRM.

Anonymous said...

Fakta dan relitinya PAS dan PKR adalah sampah, diulang SAMPAH yang hanya menunggu masa untuk dibuang ke tapak pelupusan sampah. Majoriti rakyat Malaysia dah tak sabar nak tunggu PRU13.

Anonymous said...

Itu tanda PRU makin hampir.....

Anonymous said...

Faktanya PKR dan PAS adalah sampah. Dan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah manifestasi kepada amalan dan hasrat KOTOR yang mendasari PAKATAN PEMBANGKANG. Nilai dan status PKR dan PAS di mata orang yang waras dan siuman, tidak lebih, diulang TIDAK LEBIH daripada onggokan sampah sarap, diulang SAMPAH SARAP yang hanya menunggu saat dan ketika untuk dibuang, diulang DIBUANG ke tapak pelupusan sampah. Majoriti pengundi tak sabar lagi nak menunggu PRU13!

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter