GEORGE TOWN 11 Sept - Bekas juara beregu All-England, Datuk David Choong Ewe Leong (foto) meninggal dunia di kediamannya di Pantai Molek, Tanjong Tokong, di sini pagi semalam. David, 82, meninggalkan seorang isteri, tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Mendiang bersama adiknya Datuk Eddy Choong menjuarai gelaran beregu All-England untuk tiga tahun berturut-turut dari tahun 1951 hingga 1953. Menurut Eddy, abangnya mula diserang strok 15 tahun lalu tetapi keadaannya pulih selepas beberapa tahun selepas itu. Bagaimanapun, katanya, mendiang berada dalam keadaan koma sejak sembilan tahun lalu selepas mengalami serangan strok kali kedua."Kami memang rapat sejak berganding dalam sukan badminton. Kami turut tinggal bersama di England selama 10 tahun,” kata Eddy kepada ketika dihubungi di sini. Katanya, kematian abangnya itu merupakan kehilangan besar bukan sahaja untuk keluarganya tetapi juga untuk negara. David juga menjulang gelaran beregu campuran All-England bersama June White Timperly pada 1953. Selain sukan badminton, David merupakan bekas anggota eksekutif Majlis Perbandaran selepas memenangi pilihan raya 1961 atas tiket MCA.
[Apapun, pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar dalam sukan tanahair. Terkadang kita kagum dengan kejayaan yang dimenanginya ketika zaman sebelum merdeka iaitu dikala kelengkapan latihan yang tidak serba canggih seperti hari ini. Bayangkan ketika itu, peristiwa Bukit Kepong baru saja berlaku dan mendiang telah berjaya mengharumkan nama negara. Kehebatannya amatlah membanggakan dan wajar dicontohi oleh generasi muda hari ini. Semoga badminton negara bakal melahirkan ramai lagi pemain yang hebas selain Datuk Lee Chong Wei hari ini. Patutlah, pemain hebat itu pun datangnya dari Pulau Mutiara. Rupanya disitulah detik bermula perjuangan dalam sukan badminton kita].






Kenapa pula mendiang dikaitkan dengan 'negara' yang bermaksud malaysia..? Sedangkan kejuaraan itu pada masa ketuanan british. Mengapa Malaysia tumpang nama...? Sama juga dengan hal Mat Indera...
BalasPadamKita tunggu pula Kangkung tukar laluan dia nak menjalar kemana plak lepas ni, Prof tolong perah otak sikit 2 tiga minggu ini banyak benar persoalan dah timbul. Banyak buat sejarah udah la prof..
BalasPadamUMNO Baru tajaan Tun Mahathir adalah waris penjajah British.
BalasPadamUMNO kan umm noo baru, bukan umno hok dulu betul tak?.
BalasPadamItu hero British, bukannya hero Malaysia. Dia menang pun masa era penjajahan British.
BalasPadamItupun tak boleh pk ke..?
Bantulah Rakyat Untuk Bantu Rakyat Yang Lain:
BalasPadamJangan Pangkah Dacing.
-MatCermin-
Sejak isu Mat Indera tercetus dan diulas pelbagai pihak aku turut merasakan bahang nya. Dari tak ambil kisah pejuang tanah air, kini mana saja aku terlintas semua aku selongkar maklumat(internet je le yang ada, berita, utusan jangan harap le). Dulu aku bukan tak suka menghayati pejuang tanah air tapi tak satu pun cerita perjuangan mereka tu yang menarik terutama tokoh tokoh UMNO kalau baca pun membosankan tak nampak apa yang diperjuangkan, rasa macam biasa saja. Nama nama lain yang bukan UMNO macam langsung tak ada sumbangan kalau ada pun peranan mereka lebih kurang macam Mat Despatch jer, tak lebih dari itu. Mat Indera pun aku dah tahu lama kerana aku sendiri ada novel Bukit Kepong peranan dia dalam buku tersebut hanya komunis biasa saja tak ada apa yang lebih. Selepas kecuh isu ini apabila dicetus Mat Sabu ternganga aku, baru aku nampak siapa pejuang siapa pula pengkhianat negara.
BalasPadamKerana gila aku pada sejarah dah bermula aku lekapkan kembali catatan Hisyamudin Rais untuk tatapan kepada pembaca yang tak berkesempatan disini...
BRITISH telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi ‘raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.
Semenjak tahun 1958, United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos, United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kisah-kisah dongeng ini membuktikan bahawa mereka – dalam Bahasa Inggerisnya menjadi ‘British’s running dog’ atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.
Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.
Babak-babak sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.
Seterusnya.
http://www.keadilandaily.com/untuk-mereka-yang-masih-kurang-sedar-oleh-isham-rais/
british dn jepun tak jajah malaysia, depa mai nak tolong korek bijih timah dan susu getah je, ahahaa..
BalasPadamhttp://napierlodgehistory.posterous.com/lodge-royal-pahang-50th-installation-12-march
BalasPadamsila kaji apa agenda tersembunyi pergerakan ini. dan sila kaji siapa Secretary pergerakan ini, dan apa kaitan dia dengan politik di Pahang ini. Harap isu ini dikaji. :)
Comfirmed Salah BN & UMNO...
BalasPadamYang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING.
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
-CerminHikmat-
Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING (BN)
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
-CerminHikmat-