
KUANTAN, 13 Sept - Orang ramai di sekitar bandar ini sekali lagi meluahkan perasaan kecewa akibat tindakan drastik Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang kini dikatakan semakin agreasif menjalankan tindakan operasi saman parking terhadap mereka. Ramai diantara mereka kini sudah tidak tahan lagi dengan kerena majlis tempatan itu yang dilihat menjadikan "pesta saman parking" sebagai salah satu strategi mudah untuk mendapatkan "wang segera" yang cukup mudah bagi menampung kewangan pihak terbabit. Malah, difahamkan saman parking kini menjadi salah satu sumber terbesar yang menjana kewangan MPK setakat ini. Soalnya sekarang, adakah adil bila MPK mengarahkan Pegawai Penguatkuasa mereka menjalankan operasi tersebut pada malam menjelang Aidil Fitri baru-baru ini?. Ketika umat Islam berpusu-pusu membanjiri bazar jualan Aidil Fitri terutamanya di hadapan Terminal Makmur (Hentian Bas), maka ketika itulah MPK mengarahkan begitu ramai penguatkuasa menjalankan operasi saman. Menurut seorang saksi, beliau terkilan dengan tindakan tersebut yang baginya cukup tidak bertimbangrasa dan kejam. "Saya dikenakan saman RM30 ketika itu, sedangkan mereka harus faham bahawa malam raya sudah pasti kesesakan yang luar biasa berlaku di sekitar bandar Kuantan. Tambahan pula di bazar Aidil Fitri, kerana orang ramai mencari kelengkapan terakhir menjelang raya. Secara logiknya, apabila tempat letak kereta penuh dan tidak mencukupi maka memanglah kami terpaksa letakkan kenderaan dibahu-bahu jalan. Mereka sepatutnya menjaga lalulintas serta hanya ambil tindakan kepada mana-mana kenderaan yang didapati menghalang laluan", katanya.

Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu


Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)
"Namun, tak kanlah kenderaan yang diletakkan dengan teratur serta tidak mengganggu lalu lintas pun mahu disaman. Sudahlah saya pulang berhari raya dari jauh diperantauan dengan niat untuk membeli keperluan terakhir raya di situ. Saya nampak begitu ramai Penguatkuasa MPK dikerahkan menyaman kenderaan di situ. Bukankah itu malam raya dan mereka sendiri faham situasi ketika itu. Sudahlah tindakan itu dilakukan pada sebelah malam hari. Kenapa mereka tidak saman pula kepada yang letakkan kenderaan dibahu-bahu jalan ketika solat Jumaat di Masjid Negeri atau di sekitar Jalan Bukit Ubi ketika Pasar Malam Jalan Gambut beroperasi setiap malam minggu?", kata beliau lagi. MPK tidak boleh "double standard" dalam hal ini. Kenapa ada lokasi yang boleh ada yang tidak boleh. Malah, ramai yang kecewa bila MPK mengarahkan Pegawai Penguatkuasa mereka mencapai "target harian tertentu" untuk menyaman. Akibatnya, bila tidak cukup saman maka ada yang menyambung operasi di malam hari hingga ke tengah malam. Bayangkan, ada beberapa kejadian mereka yang disaman sekitar jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi. Kejadian ini berlaku di sekitar bandar ini dan juga pantai peranginan Teluk Chempedak. Ia menunjukkan kepada kita bahawa MPK memang begitu "kemaruk" untuk mencari untung dengan "saman parking". Sudahlah mereka untung bila "kupon parking bergores" diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Ramai yang disaman, gara-gara kupon tidak bergores atau lebih masa semata-mata kerana urusan tertentu. MPK juga memberi lesen kepada "Attanden Parking" untuk menyaman orang ramai bagi menggalakkan lagi usaha mendapatka duit mudah. Mereka untuk besar dengan tindakan tersebut, sebaliknya ramai warga Kuantan yang semakin tertekan dengan sikap MPK sekarang ini. Mereka tidak perlu seronok membawa kakitangan pergi melancong ke sana ke sini di atas penderitaan orang lain. Justeru itu, kepada warga Kuantan yang ada masalah dengan "saman parking MPK" ini sila hantarkan maklumat dan gambar ke pahangdaily@yahoo.com.

Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan
[Malah, apa yang memusykilkan kita MPK juga menjalankan oeprasi saman parking pada hari-hari perayaan dan peristiwa besar seperti karnival Jom Heboh TV3 dan sebagainya. Bukankah ini bermakna mereka "makan dua kali" satunya, permit lesen membenarkan acara itu berlangsung dan keduanya duit saman parking. Sedangkan MPK tahu pada hari-hari peristiwa sememangnya kotak-kotak parkir yang disediakan penuh dan tidak mencukupi. Oleh itu, MPK harus lebih bertimbangrasa dan prihatin dengan masalah rakyat. Usahlah dijadikan "saman parking" sebagai peluang untuk kakitangan mereka melancung ke sana sini dan juga dana membina bangunan baru pihak terbabit. Rakyat bukan tidak mahu ikut undang-undangm tapi belajarlah bertimbangrasa dalam membuat tindakan. Warga Kuantan akhirnya semakin benci dan menyampah bila melihat Pegawai Penguatkuasa MPK yang memakai seragam biru. Ini kerana mereka begitu sombong dan berlagak seolah-olah begitu profesional dalam menjalankan kerja. Sedangkan kami tahu banyak benda yang tidak dilakukan dengan telus dan akan kami dedahkan selepas ini seperti isu Mesin Kuda (Jackpot) dan pusat-pusat urut serta hiburan yang semakin berleluasa di bandar Kuantan sekarang ini. Jangan bila orang awam kami laksanakan undang-undang dengan telus tapi bila libatkan tokey-tokey terbabit mereka menikus serta takut, malah tergamak "masuk pintu depan keluar pintu belakang". Allah melihat apa yang anda kerjakan. Tunggu pendedahannya].

Lihat, sebahagian aksi pesta saman parking yang dilakukan MPK pada hari
peristiwa yang telah diadakan di Padang MPK 2 Kuantan satu ketika dulu

Inilah kupon parking yang mengayakan MPK (kiri), serta bukti saman yang
dikeluarkan pada hari minggu (cuti-cuti pun MPK buat operasi saman)

Orang ramai bukan tidak mahu disaman bila melakukan kesalahan, tapi
biarlah ia bertempat dan dalam keadaan yang sepatutnya dibolehkan






Ini mcm skim gores dan menang.. Gores MPK menang..tak gores MPK menang..
BalasPadamKita hanya bolih membalas tindakkan MPK ini hanya melalui proses Pilihanraya saja.Menteri Besar Pahang hanya mendiamkan diri,buat2 tk tahu saja mengenai perkara ini.
BalasPadamdapat projek kecik jer..siap tapak hiasan jalan..untung pun cipot jer..tu pun nak mintak beli reket badminton bla bla..kalau tak rasuah tak boler ker..laki perempuan sama jer kuat makan.mentang2 la keje bhg tu..kami untung bukan byk pun..asyik mintak jer..
BalasPadamPeleknya staf mpk tidak plak disaman..ekk
BalasPadamapa kata kita adukan ke rancangan aduan rakyat kat tv tu. biar karam singh walia turun ke kuantan. bila dah kuar tv baru la org2 MPK sedar kuasa dan suara rakyat. saya pun pernah kena saman padahal kad digores tapi kad tu letak atas kerusi lupa nak letak atas dashboard. kalau penguatkuasa tu tgk ikutcermin pun nampak. prgi ke pjbt citer hal sebenar langsung tak dilayan. hampas punya MPK
BalasPadamApa Yang Penting:
BalasPadamJangan Pangkah Dacing.
Jangan tidak-tidak.
Takde tapi-tapi.
-MatCermin-
Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING.
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
-CerminHikmat-
Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING (BN)
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
-CerminHikmat-
tukar MB semua akan selesai
BalasPadamsanatu saja yang menyaman
BalasPadamapa yang saya nak nyatakan, betul lah seperti kenyataan "warga kuantan ni bodoh", sebab MPK ni "bijak dan cerdik". jadi tak perlulah kita persoalkan kenapa ruangan parkir kurang kerana itu adalah agenda dan strategi mereka untuk mengaut keuntungan secara percuma.
BalasPadamrenungkanlah..dr warga kuantan yang lebih bijak dr MPK...