script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Rumah Nak Roboh, Blogger Cucumatkilau Gesa "Kerajaan Negeri" Bertindak Segera Pelihara Peninggalan "Sejarah" Pahlawan Melayu Pahang!

KUANTAN, 19 Sept - Kerajaan Negeri Pahang digesa mengambil peranan untuk membangunkan dan membaik pulih rumah pusaka peninggalan Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau di Kampung Batu Lima, Jalan Gambang dekat sini. Ini kerana disitulah sejarah perjuangan pahlawan itu disingkapkan kembali selapas menghilang diri sejak sekian lama. Laporan akhbar Metro Ahad semalam yang bertajuk "Rumah Nak Roboh: Warisan Pejuang Negara Terabai" sungguh mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Mengulas isu ini, Blogger Cucumatkilau (foto) bangkit menyatakan kekesalan itu. Beliau sudah lama memperjuangkan sejarah pahlawan Melayu Pahang ini. "Banyak kali saya mengeluarkan artikel di dalam media arus perdana tentang terpinggirnya sejarah perjuangan pahlawan Melayu di bumi Pahang ini. Namun, ia seolah-olah sengaja mahu dilupakan. Malah, paling menyedihkan apabila program Jejak Mat Kilau yang pernah tersiar di TV dulu pun Kerajaan Negeri Trengganu yang mengeluarkan peruntukkannya. Begitu juga makam Mat Kilau di Pulau Tawar, pemeliharaan disumbangkan oleh agensi swasta dan bukan oleh Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Tiada usaha untuk menaikkan lagi tempat-tempat bersejerah peninggalan pahlawan Melayu itu seperti rumah kelahirannya, masjidnya, rumah pembesar British, istana lama Sultan Pahang di Pulau Tawar, lokasi pertemuan an mesyuarat pembesar-pembesar Pahang dengan sultan, tempat Mat Kilau mengajar anak-anak kampung mengaji, bersilat dan sebagainya. Semua ini adalah produk pelancongan sejarah yang perlu dibangunkan", katanya.


Laporan akhbar yang benar-benar telah mengecewakan rakyat
Pahang

Masjid Mat Kilau di Pulau Tawar yang telah menjadi lokasi tempat dia
mengisytiharkan dirinya adalah Pahlawan Melayu Pahang juga terbiar


Laporan akhbar itu sepatutnya memberi pengajaran dan perhatian kepada Kerajaan Negeri Pahang supaya berbuat sesuati. Sungguh memalukan apabila sejarah Pahlawan Melayu Pahang itu dibiarkan layu tanpa pembelaan. Bukankah Mat Kilau itu dianggap sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Maka, kenapalah senario begini berlaku kepada beliau?.

Wakil Rakyat DUN Pulau Tawar Di Gesa Bertindak

Beliau juga hairan dengan sikap "acuh tak acuh" Kerajaan Negeri dalam hal ini. Malah, lebih teruk lagi bila papan tanda yang menunjukkan kawasan sejarah Mat Kilau di Pulau Tawar juga tidak ada di sepanjang jalan dari Maran ke Jerantut melalui Simpang Jengka 8. Semua ini menyebabkan perkampungan yang cukup terkenal satu masa dahulu, kini terbiar layu dan hanya sesekali sahaja dikunjungi oleh para peminat sejarah dari dalam dan luar negeri. Soalnya, kenapa semua ini tidak dijaga?. "Mana pergi Dato Dr.Ahmad Shukri Ismail (foto) yang sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat di DUN Pulau Tawar? Mana pergi mereka yang sepatutnya memainkan peranan dalam isu sejarah dan pelancongan ini?. Masing-masing menikus dan tidak berani untuk bangkitkan isu ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebagainya. Akhirnya, inilah yang berlaku bila akhbar mengeluarkan berita sedih tentang peninggalan sejarah tersebut seperti yang dilaporkan oleh Metro Ahad semalam", katanya. "Saya pernah membawa perkara ini kepada pihak atasan, anehnya mereka menegur saya dengan mengatakan bahawa Mat Kilau dan Tok Gajah itu adalah pengkhianat serta penderhaka. Maka apa guna sejara peninggalannya dibangunkan" tambah Cucumatkilau. Itulah jawapan yang diterima apabila isu itu cuba dibawa ke atas. Difahamkan, pada masa ini beberapa persatuan yang berkaitan dengan Mat Kilau telah ditubuhkan bagi memperjuangkan isu ini. Namun, sehingga kini mereka dilihat masih menemui jalan buntu. Cuma difahamkan Kerajaan akhirnya bersedia membina sebuah galeri di Bukit Rang Pulau Tawar seperti yang dijanjikan Wakil Rakyat terbabit. Namun, ia sekadar janji dan perlaksanaan belum tentu. Malah, Menteri Besar Pahang dulu juga pernah berjanji di awal kemunculan Mat Kilau kerajaan sedia memberikan sebidang tanah kepadanya di Kuantan. Namun, hingga kini ia terus menyepi tanpa berita?

Ke Mana Pergi Exco Pelancongan Pahang Agaknya

Bayangkan rumah yang sepatutnya dijadikan produk pelancongan sejarah untuk tatapan generasi akan datang terbiar layu menyembah bumi tanpa ada sebarang usaha oleh pihak berkenaan untuk memulihara dan sebagainya. Perkara ini bukanlah isu baru yang cuba diketengahkan. Sebelum ini memang sudah berkali-kali kisah peninggalan sejarah Pahlawan Melayu Pahang dipandang sepi oleh Kerajaan Negeri, malah langsung tidak ada usaha untuk membangunkan lokasi-lokasi terbabit termasuk di kampung asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka membangunkan peninggalan sejarah pahlawan Hang Tuah, Hang Jebat dan lain-lain disana. Begitu juga di Perak, Kerajaan Negeri membangunlan sebuah komplek sejarah sebagai kunjungan generasi muda untuk memperingati perjuangan Datuk Maharajalela menentang penjajah British. Begitu juga di negeri-negeri lain, perjuangan Tok Janggut (Kelantan), Abd Rahman Limbong (Trengganu), Mat Salleh (Sarawak) dan ramai lagi. Semuanya dibangunkan agar menjadi destinasi pelancongan bagi negeri terbabit. Malah, Kerajaan Negeri Kedah sanggup membangunkan peninggalan sejarah Mahsuri di Pulau Langkawi, biar pun ia mungkin hanya sekadar lagenda semata-mata. Persoalannya, mana pergi Exco Pelancongan Pahang iaitu Dato' Haji Shafik Fauzan Sharif (foto) yang sepatutnya memainkan peranan ini?. Tambahan pula lokasi tapak rumah Mat Kilau itu adalah berada dalam kawasan DUN Inderapura yang diwakilinya. Masakan beliau tidak ambil tahu hal ini?.

Rumah Pusaka Mat Kilau Wajarlah Di Bangunkan

Sejarahnya, disebabkan Mat Kilau dicop sebagai "penderhaka" oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di rumah tersebut. Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Dalam bulan Disember 1969, Allah telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya di Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung itu untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita untuk dibukukan buat tatapan kita semua.


Rumah pusaka Pahlawan Mat Kilau ketika awal kemunculannya dulu

Rumah pusaka Mat Kilau kini jatuh menyembah bumi tanpa pembelaan
[Itu sejarahnya, namun kini segalanya tinggal kenangan yang abadi. Persoalannya, kenapakah rumah pusaka peninggal Mat Kilau terbiar layu sedemikian rupa. Sejak sekian lama segala khazanah dan peninggalan pahlawan itu langsung tidak diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Malah, kampung asal beliau di Pulau Tawar juga kini terbiar tanpa ada daya tarikan pelancongan. Paling menyedihkan, apa yang berlaku kepada Mat Kilau ini tidak seperti pejuang-pejuang lain di negara ini. Siapakah harus dipersalahkan agaknya. Jika benar kerajaan mengikhtiraf pejuang kemerdekaan dan penentang British, maka sesuatu perlu dilakukan sekarang. Jangan hanya bercakap tapi tak serupa bikin. Semua ini membutikan bahawa jasa-jasa pahlawan terdahulu hanya dikenang namanya sahaja tetapi tidak kepada peninggalan sejarahnya. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang. Sepatutnya sejarah peninggalannya itu juga dibangunkan untuk tatapan anak cucu serta generasi akan datang. Jika ini keadaannya, maka kami yakin lama kelamaan ia akan terus hilang].

Share:

13 ulasan:

  1. Exco Pelancongan Pahang tengah sibuk mengira berapa ramai pelancong dari dalam dan luar negara melawat Pahang dulu kalau tak silap tersiar di akhbar menyatakan 23 juta pelancung mengunjungi Pahang seperti sedia maklum pelancung ni belanja berjuta pulangan lumayan..lagi pun tak ramai pelancong yg minat dengan sejarah ni sebab tu ada pihak yg mudah2 putar belit sejarah tebalik kot dibuatnya penganas di nobat sebagai pahlawan bangsa.

    BalasPadam
  2. duit buat bayar pakar forensik asing tu boleh la digunakan repair rumah tu

    BalasPadam
  3. Negara kita tak pernah dijajah katanya, jadi tiadalah pejuang kemerdekaan katanya juga.

    BalasPadam
  4. Senang2 layarilah...

    http://parpukari.blogspot.com/2011/09/gempar-berkunyit-ubat-sakit-jantung-mb.html

    http://theunspinners.blogspot.com/2011/09/gambar-s-class-nik-aziz.html

    http://www.papagomo.com/

    Buka minda sikit.. jangan asyik dok layan haprakdaily saja.

    BalasPadam
  5. Exco pelancogan sedang sibuk mengira pelancong dari Bangladesh. Lepas itu nak diberi IC dan dan boleh mengundi. Kalau menang nanti exco pelancungan kita bagi kat mat bangla pulak . Bukan apa, nanti dia boleh bawa lebih banyak suku sakatnya masuk Malaysia untuk jadi warganegara Malaysia. Papagomo dan juak juaknya tentu setuju dengan cadangan saya ini.

    BalasPadam
  6. Betul..betul..betul. Rumah arwah P.Ramlee & rumah pemimpin UMNO dulu2 serta yg lain dijaga dan dipelihara baik oleh Kementerian Pelancongan. Tapi rumah salah seorang pejuang kemerdekaan tidak diselenggara dgn baik. Apa punya teruklah pemikiran pemimpin pemerintah skrg. Kata suruh rakyat bersyukur. Tapi diri sendiri tak bersyukur dan berterima kasih dgn pejuang2 lampau. Mereka sanggup melawan penjajahan British tp akhirnya mereka diisytiharkan pengkhianat. Sedih betullah dgn pemikiran pemimpin skrg. Memang Melayu Mudah Lupa!

    BalasPadam
  7. Suruhlah penaung kita iaitu British laknatullah yang membaikinya.

    BalasPadam
  8. Siapa duduk kat umah tu sekarang???? Milik Siapa?? Masih Tanah Hak Milik???? Mat Kilau ni banyak sgt tempat duduknya.... kena baiki semua...sampai ke Thailand...

    BalasPadam
  9. huuuu nak baiki slpas tu.... berilh cadangan nak wat apa.....muzium ke, sekolahke, tempat ngaji ke, tempat brsilatke.......ke ko nak duduk PDO?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...CMK dan keluarga baiki lah rumah tu dulu....nak harapkan kerajaan tgu kerajaan bertukar dulu laaa....

    BalasPadam
  11. Kalau kita tegur ada je alasannya... Banyak cakap dari betindak.... Genting bagi pulangan banyak.. Umah mat kilau xblh main berhibur main judi buat apa pelihara... Pelihara lah pondok2 MPK kutip duit nak bayar utang kerajaan negeri, cian MPK jugak yg kena hehehe dunia- dunia huhuhu dah adat kita xsuka bayor2 ni hahahah

    BalasPadam
  12. Setuju...adat kita tak suka bayor2.. suka yg free je..CMK kena baiki sendirilh.... kerajaan dah muflis.....tunggu kerajaan banyak duit..tpi entah bila...

    BalasPadam
  13. salam semua. berita ni menceritakan pasal rumah pejuang yang yang namanya tercatat dalam sejarah terbengkalai, tetapi apa sebabnya komen anda semua berkaitan dengan agenda politik @ pemimpin? .. inilah sikap kaum melayu. ini hanya lah cadangan dari saya, apa kata kalau kita lantik satu badan organisasi kumpul derma dan baiki rumah. abih cerita, hak rakyat kita semua, senang jaga, x berkaitan dengan politik. ini tidak, masing2 dengan keegoan sendiri, asyik nak bertelagah sahaja. dahla bertelagah sesama kaum melayu pulak tu. parti adalah tempat untuk sepatutnya kita semua berkumpul dan berganding bahu, bukan untk bertengkar. carilah dalam mana2 dalil, quran @ sunnah, apakah tujuan hidup kita sebagai khalifah di atas tanah pinjaman ini. untuk bertelagah @ untuk beribadat? sekian kepada semua terima kasih kerana membaca dan selamat bergaduh kembali. Melayu suka bergaduh, itu saya petik dari kata-kata sorang cina tua dibelakang rumah saya. Sekian, dari budak sekolah menengah taman cari sendiri.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.