script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Tiada Makna Sekiranya Lapan Tuntutan Bersih Tidak Di Tunai

PETALING JAYA 24 Sept - Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang akan diadakan pada bulan hadapan bagi mereformasikan pilihan raya yang lebih adil dan saksama tidak bermakna sekiranya lapan tuntutan Perhimpunan Bersih 2.0 tidak ditunaikan,kata Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Dr.Subramaniam Pillay (foto). Beliau berkata Perdana Menteri, Najib Razak perlu benar-benar konsisten menyelesaikan segala tuntutan rakyat dalam Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi memastikan matlamat penubuhan PSC tercapai sebelum PRU-13.“Apa yang ingin kami perkatakan ialah apabila parlimen telah dibubarkan, dengan itu jawatankuasa parlimen khas perlu menyelesaikan semua cadangan dan tuntutan sebelum pilihan raya akan datang.“Jadi sebarang tuntutan dan cadangan daripada rakyat perlu diambilkira sebelum mengadakan pilihan raya, jika tidak ia sia-sia sahaja,” katanya pada satu sidang media khas Bersih 2.0. Subramaniam berkata jawatankuasa seliaan parlimen itu yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan setelah Najib dilihat seolah-olah tidak serius dalam menambahbaik ketempangan sistem pilihan raya. “Jadi selagi kami prihatin, PSC boleh diteruskan tetapi kerajaan tidak boleh adakan pilihan raya sebelum reformasi pilihan raya dilakukan,” tegasnya lagi.


[Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 dilancarkan di sekitar ibu negara ekoran perhimpunan Bersih terdahulu yang mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SPR. Antara lapan tuntutan Bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotornDalam sidang media itu, Bersih mengumumkan akan mengadakan kempen baru ‘Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13’ lanjutan kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu. Kempen tersebut akan diadakan pada 30 September 2011 ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor bermula pada jam 8.30 malam].

Share:

11 ulasan:

  1. Berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, atau mungkin tidak keterlaluan negara-negara lain di Asia atau mungkin dunia, Malaysia mengalami kebanjiran Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia, Filipina, Myanmar, Bangladesh dsb. Sekiranya PATI-PATI yang berada di Malaysia ditawarkan dan diberikan pilihan untuk menjadi warganegara Malaysia, sudah pasti mereka akan melilih 'YA SAYA INGIN MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA'! Ini bermakna Malaysia lebih baik dan lebih 'mesra manusia'!

    Seorang ulama terkenal Indonesia sendiri pernah berkata:
    ...'Mantan Presiden Sukarno semasa hayatnya telah gagal dalam impiannya untuk mengujudkan dan membangunkan satu acuan, satu negara dan bangsa Indonesia yang berdaya saing dan berdaya maju. Ya mantan presiden Sukarno ternyata gagal! Namun justeru Malaysia telah berjaya meneruskan impian itu dengan pencapaian dan polisi yang begitu dinamik dimulai daripada era Dr Mahathir dan tampak bakal diteruskan kesinambungannya oleh PM Malaysia Najib Rajak. Maka saya sebagai rakyat negara berjiran dan serumpun, amat berbesar hati dan sepantasnya bangga. Maka saya menyeru kepada semua rakyat Indonesia yang nongkrong dan mencari makan di bumi Malaysia, jangan berbuat onar yang bakal merugikan diri sendiri. Kita sepantasnya bersyukur kerana masih berpeluang untuk turut mengecapi nikmat keberhasilan Malaysa...'!

    Apa kata Badut Anwar Bin Ibrahim?
    Dia dengan angkuh bagai lagak seekor kakaktua yang gah mendepang sayap sambil bertembang:

    Poor Malaysia...
    Ganyang Malaysia!

    Apa punya warga Malaysia kayak begini?
    Anwar itu kayaknya lebih berbahaya ketimbang onar Komunis dalam peristiwa Maret 11.

    BalasPadam
  2. Tuntutan rakyat atau tuntutan Pebangkang? Puak2 ini akan menguna apa saja demi mencapai impian untuk memerentah negara sedangkan banyak lagi hal2 masaalah rakyat yg perlu diberi keutamaan...ngapa tak terus terang sahaja, buat tuntutan supaya kerajaan serah je tampuk pemerintahan kepada mereka...kan senang begitu. kan kah itu hasrat mereka.

    BalasPadam
  3. Orang yang bakal menjadi penjenayah tegar dan pemberontak dalam negara ialah anon seperti diatas: 11:23:00 AM

    Sudahlah diberi ruang untuk mencari makan dan bernafas lagi nak kutuk orang lain. Haramjadah !

    Puak-puak seperti anon : 11:23:00 AM akan digunakan oleh waris penjajah UMNO Baru untuk membuat hruru-hara seperti berlakunya 13hb. May 1969.

    Itu menunjukkan UMNO Baru tidak kuat. Tanpa bantuan MCA, MIC dan pendatang haram parti itu dah lama jadi sejarah.

    Kalau jumpa anon seperti itu dalam pilihanraya akan datang, kita sebagai warganegara yang sah patut belasah mereka beramai-ramai dan kita tengok siapa yang bersikap samseng atau prihatin melindunginya.

    BalasPadam
  4. Encik Oldman,

    Ko ni dah tua nak mampus pun bongok lagi......

    Pembangkang tu bukan rakyat ke??????

    Kalau bukan,

    baik ko suruh United Myanmar & Nepal Organization keluarkan Kelantan, Penang, Kedah, selangor & KL dari persekutuan Malaysia....

    Umur je tua, Akal langsung tak ada.
    Kesian anak ko, dapat bapak bongok macam ko ni.

    BalasPadam
  5. Tuntutan BERSIH atau tuntutan KOTOR?

    BalasPadam
  6. Anon Saturday, September 24, 2011 9:03:00 PM

    Pergi tido....
    Esok nak sekolah.

    BalasPadam
  7. Anon Saturday, September 24, 2011 9:45:00 PM....
    Esok hari Ahad, lu sekolah kat mana? Aaaaa saya tahu! Pasti lu sekolah kat kandang lembu.

    BalasPadam
  8. Awak pula jadi cikgunya,, he he..

    BalasPadam
  9. Anon Saturday, September 24, 2011 11:01:00 PM

    Kelantan, Terengganu & Kedah kan sekolah hari Ahad.

    Kwang,kwang,kwang.

    Pandai lembu komen kat sini..........

    BalasPadam
  10. Tu la fasal kita nak tanya... Dah sahih la anon Saturday, September 24, 2011 9:45:00 PM duk kat Kelantan, Patut la otak beku tahap dewa.

    BalasPadam
  11. Anon Sunday, September 25, 2011 8:43:00 AM

    Beku pun bekulah.
    Lebih baik dari ko & geng United Myanmar & Nepal Organization.
    Langsung X ade otak.

    Sebab tu ko ni kalau ade kat kampung pisang masa Zombie menyerang dulu confirm selamat.
    Sebab Zombie makan otak yang Cerdik.
    Tapi korang bukan setakat X cerdik,tapi langsung X ade otak.

    Tak caye tanya pak jabit.

    Ngaku Islam,
    Tapi cakap Hukum Hudud X sesuai dilaksanakan .

    Lain kali X payan post komen la.
    Buat penuh ruangan je.....

    Rakyat didahulukan,
    Tapi Rakyat yang mana??????
    Myanmar ke? Nepal ke?????

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.