script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kemelut PKR Pahang, Pengerusi KITA Md. Nor Jaafar Nafi "Ram Ponusamy" Sertai Parti Itu !

KUANTAN, 26 Sept [10.05 am] - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA, Md Nor Jaafar (foto) hari ini menafikanbahawa bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Ponusamy a/l Govindasamy atau lebih dikenali sebagai "Ram" telah menyertai parti itu. Menurut Md Nor, memang benar pemimpin terbabit tidak pernah mengambil borang KITA juga tidak pernah menyatakan untuk menyertai parti itu. "Beliau adalah sahabat baik saya ketika dalam PKR. Maka, atas kapasiti itu saya yang mengundangnya hadir ke Majlis Pelancaran KITA di Jerantut dulu. Dia juga tidak ada pun menyatakan nak join KITA. Malahan saya sendiri tidak ada mempelawa beliau bersama kami", kata Md Nor ketika dihubungi oleh krew PDO malam tadi. Sebelum ini PDO telah menyiarkan beberapa "berita panas" tentang kemelut yang melanda PKR akibat pengguguran Ram Ponusamy daripada jawatan Ahli MPN "dilantik". Keputusan sebulat suara yang dibuat oleh MPN Pahang dalam mesyuaratnya di Bentong kelmarin jelas sekali menimbulkan "kemelut baru" parti itu. Tambahan pula Ram dikatakan telah terpilih sebagai calon untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Cabang Pekan pada Oktober ini. "Sebenarnya ramai lagi pemimpin yg akan keluar atau digugurkan dalam masa terdekat ini. Tunggu dan lihat. Tindakan itu mungkin akibat daripada kecewa kerana tidak dapat jadi calon dan kerusi DUN yang diidamkan dirampas oleh kawan lain dalam Pakatan Rakyat", tambah Md Nor lagi. Sementara itu beliau juga turut kesal apabila kes-kes pemecatan dan pengguguran mana-mana pemimpin dan ahli PKR dikaitkan dengan kehadiran mereka ke majlis anjuran parti KITA dirumahnya. "Bukankah mereka semua sahabat saya, dan tidak semestinya kehadiran mereka untuk menyertai kami. Mereka hanya memberikan sokongan. Apakah itu satu dosa buat PKR. Jangan terlalu jumud dan suburkanlah demokrasi jika benar-benar mahu lakukan perubahan", tambah beliau lagi.

[Kenyataan Pengerusi KITA Pahang ini mungkin sedikit meredakan kemelut yang melanda. Namun, apakah dipihak Ram Ponusamy dapat menerima "pengguguran" beliau itu. Difahamkan parti KITA juga akan meletakkan beberapa orang calon pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Menurut satu kenyataan, terdapat tujuh orang calon telah dikenalpasti untuk bertanding iaitu empat dari PKR dan tiga pemimpin lagi dari UMNO yang sedia bersama KITA. Parti itu akan meletakkan empat orang calon bagi kerusi Parlimen di Pahang, dimana calon-calong tersebut tiganya dari PKR sendiri dan satu dari UMNO yang akan bertanding atas kerusi KITA. Jika ini berlaku maka, PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di beberapa kawasan. Nampaknya, KITA terus mengorak langkah melebarkan sayapnya di Pahang. Malah difahamkan, semakin hari semakin ramai yang mula tertarik menyertai KITA selepas melihat kemelut yang melanda dalam Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sekarang ini. Apapun, syabas untuk parti KITA yang berani memilih calon popular untuk bertanding di kawasan tertentut. Harapan menang mungkin munasabah jika ini berlaku. Cuma mereka perlu yakinkan rakyat tentang perjuangan!].
Share:

4 ulasan:

  1. Belum apa-apa dah kecoh. Hampeh jelah..

    BalasPadam
  2. Sokong PKR pun bukan dapat apapun.

    BalasPadam
  3. Sapa kata sokong PKR tak dapat apa?.Tanya DF dan Hj Nan,berapa besar porjek diaorang dapat dari Selangor,tapi berapa untungnya jagn tanya.Dengar citer juta-juta atas angin je weh.

    Sian Pas Phg,-Kelantan dan Kedah tak beri apa pada mereka,sebab negeri miskin,tyak de projek nak agih.Pkr ada Selangor negeri kaya,tanah harga tinggi.

    Itu lah sapa kata PR ni bersih,kalau pasal duit,jangan cakap lah,buaya semuanya.

    BalasPadam
  4. Selangor memang kaya, Khir Toyo lagi kaya, nak tahu datang ulu selangor berapa banyak hutan atas nama dia.
    Zaman pakatan berkuasa rakyat ramai juga merasa termasuk puak amno bila kerajaan memperkenalkan air percuma, bantuan pelajar masuk u, skim mesra usia emas, TAWAS, bantuan mikro kredit, merasa lah juga tempias nya.
    zaman UMNO pegang Selangor ramai juga pegawai kerajaan seperti pegawai daerah merasa nikmat kekayaan Selangor. Khir Toyo hadiahkan sekaki PENYAPU, SEBAGAI PENGHARGAAN, kepada Pegawai kerajaan.
    Penyapu2 yang dihadiahkan Khir Toyo kepada kakitangan kerajaan untuk kegunaan membersih Banglo nya yang terletak diatas bukit di Shah Alam.
    Akhir nya Khir Toyo dijatuhkan dan pembelian kontroversi tanah banglo dari rakan nya menjadi kes mahkamah, sekarang. Keturunan Toyol.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.