TEMERLOH, 14 Sept - PAS menganggap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa British dijemput ke tanah air untuk menjadi penasihat pentadbiran adalah memperlekeh dan menghina Raja-Raja Melayu. Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, pada hakikatnya penjajah Inggeris itu bukanlah baik tetapi menggunapakai strategi tertentu sehingga sebahagian orang Melayu boleh merasa senang berlindung di bawah mereka. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Dr Mahathir semalam yang mengatakan sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke tanah air dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling sebelum ini bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Menurut Tuan Ibrahim, British sememangnya penjajah tetapi mereka masuk ke Tanah Melayu dengan pendekatan yang tidak seeprti Belanda. “Ketika British menjajah India, mereka menggunakan pendekatan serangan dan membuang raja-raja di sana mengakibatkan tentera mereka mengalami banyak kekalahan. “Apabila datang ke Tanah Melayu mereka menukar strategi dengan menyebelahi anak-anak raja tertentu. Sebab itu kita tengok kebanyakan negeri-negeri Melayu berlaku perbalahan sesama anak raja yang semuanya didalangi British. Orang Melayu yang tidak menyebelahi mereka diburu dan dibunuh. “Kita mahu gambarkan bahawa British bukanlah baik, bukannya rakan perlindungan seperti digambarkan. Sebagai contoh Perjanjian Pangkor diadakan di atas kapal perang dan terdapat unsur pemaksaan,” katanya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Pahang semalam.
Justeru tambah Tuan Ibrahim, pendapat Dr Mahathir British dijemput untuk menjadi penasihat dalam pemerintahan hanyalah memperlekeh raja-raja Melayu. Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa komunis Cina baik sebaliknya komunis di Malaysia dulu jahat, hanyalah untuk menutup perhubungan intim Umno dengan Parti Komunis China. “Bukan setakat hubungan kerajaan, apa yang berlaku ialah terdapat penjanjian persefahaman (MoU) antara Umno dengan Parti Komunis China yang mengadakan pertukaran lawatan antara pemuda parti masing-masing,” katanya. Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan mengadakan program Jejak Pejuang Kemerdekaan yang akan menemui dan mengumpulkan balik pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris pada zaman masing-masing. sumber
[Senario yang berlaku hari ini benar-benar mengelirukan rakyat Malaysia sebenarnya. Tambahan pula sejak zaman berzaman masing-masing belajar sejarah kemerdekaan serta penjajahan British di Tanah Melayu. Tiba-tiba dizaman moden ini ada pula tokoh politik dan akademik yang tiba-tiba mengubah fakta tersebut. Persoalannya, kenapa Perdana Menteri Najib Razak pula menuduh pihak lain yang mengubah fakta sejarah. Sedangkan, sudah terang lagi bersuluh ada pemimpin tertentu dalam kerajaan yang jelas berbuat demikian. Kenapa tidak ada laporan polis dibuat terhadap insiden ini. Sedangkan ia jelas telah menghina raja-raja Melayu itu sendiri sebenarnya. Masing-masing menikus, tidak berani bersuara dan mendiamkan diri. Walhal mereka juga kecewa dengan kenyataan tersebut].

Wednesday, September 14, 2011 1:10:00 PM Wednesday, September 14, 2011 1:10:00 PM Wednesday, September 14, 2011 1:16:00 PM, korang pasti anon yang sama kan?.. sedapnya menulis...kan? kalian ingat diri kalian bagus?..cakap tak bertapis..
BalasPadamKalau dah gaharu tak payahlah bazir masa bercendana pula.
BalasPadam