SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat layanan istimewa sepanjang perbicaraan kes fitnah liwat kedua yang dihadapinya kini, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto). Malah katanya, Anwar seringkali berdepan dengan diskriminasi serta dinafikan haknya sebagai orang kena tuduh (OKT) untuk mendapatkan pelbagai dokumen pendakwaan untuk pembelaan tuntas. Shamsul berkata demikian mengulas dakwaan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mohd Johari Bahrom kononnya Anwar dengan sengaja melengah- lengahkan perbicaraan kesnya demi meraih simpati dan sokongan rakyat. Kenyataan Johari yang disiarkan akhbar Berita Harian baru-baru ini turut mendakwa, Anwar mendapat layanan istimewa berbanding tertuduh lain sepanjang perbicaraan keatasnya berlangsung. “Johari Baharom tidak faham undang- undang dan kenyataan itu adalah kenyataan yang lahir daripada pengetahuan yang cetek tentang perkembangan kes dan juga undang-undang itu sendiri. “Dalam kes ini tidak timbul istilah Datuk Seri Anwar memohon penangguhan dan terdapat layanan istimewa dan sebagainya. Prosedur yang diikuti ialah prosedur yang telah ditetapkan undang- undang. Dan tidak ada satu pun kita lihat layanan yang istimewa misalnya dibebaskan tanpa bayaran ikat jamin dan sebagainya,” katanya. “Pada saya kenyataan Johari baharom boleh dikenakan satu tindakan atau dituduh sebagai menghina mahkamah kerana perbicaraan sedang berlangsung dan Datuk Seri Anwar pun ketika memberi percakapan daripada kandang tertuduh di hadapan hakim, hakim sendiri pun tidak mengambil sikap untuk melakukan pendakwaan menghina mahkamah terhadap beliau,” tegasnya.
[Shamsul Iskandar Md Akin yang juga seorang peguam berkata perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan mengikut jadual dan tidak ada usaha untuk melambat- lambatkan perjalanan kes. Malah segala tindakan yang diambil pihak pembelaan adalah mengikut prosedur undang- undang dan menjadi haknya sebagai orang yang didakwa. Shamsul menambah, tindakan Johari mengulas kes yang sedang dalam perbicaraan boleh dianggap sebagai memberi tekanan dan menghina mahkamah. Ekoran kenyataan Johari itu, Shamsul minta Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menggunakan kuasa beliau sebagai hakim untuk memberi amaran kepada mereka yang hina mahkamah ketika kes masih berjalan]. tvsnews






Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING.
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
-CerminHikmat-
Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING (BN)
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
-CerminHikmat-
Berani kerana benar ,takut kerana salah.Sebenarnya Anwar sudah tersilap langkah,sangkanya dgn melengah-lengahkan perbicaraan,rakyat akan semakin bersimpati pada beliau dan beliau dapat mengelak dari terhukum sekiranya p.raya di adakan dan Pakatan boleh menang.
BalasPadamKalau tidak kerana nafsu serakahnya,strategi beliau mungkin menjadi,tapi malang sekali bila nafsu mengusai diri,tanpa di sangka-sangka beliau terjerat dengan video sex yg di dedahkan oleh Eskay.Pendedahan video sex yg tidak dapat disangkal dgn hanya mengatakan'itu bukan saya'menjadikan orang ramai kian percaya terhadap kes sodomi tersebut.Orang makin faham betapa gilanya nafsu sex'insan anugrah tuhan'ini.
Sekarang semuanya sudah hancur,Anwar kian terpinggir dari arus perdana.Bagi mereka-mereka yg tahu,Anwar cuma layak menjadi bahan ketawa saja kini.Tinggalah penyokong-penyokong taksub,yg tercari-cari alasan utk menolak kebenaran di samping meyelamatkan maruah sendiri yg sudah tersilap langakah,mempercayai 'insan anugrah tuhan'yg paling hipokrit.