script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: "Zizan Mohon Maaf", Persoalannya Siapakah Empat Ulamak Yang Luluskan Filem Itu

KUALA LUMPUR 21 Sept - Pelakon filem "Hantu Bonceng" Mohd Razizan bin Abd Razak (foto) atau lebih dikenali sebagai Zizan telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan isu dialognya yang dikatakan menghina Nabi Muhammad malam tadi. Menerusi laman Twitternya, Zizan mengakui kesilapan beliau dan menjelaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghina agama Islam dan menyatakan terdapat empat ulama dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang telah meluluskan tayangan filem tersebut. Dua 'post' laman twitternya ialah "Sy (saya) faham.apa yg salah..salah jugak.tp (tapi) pasal hina Islam mmg jauh dri otak pkiran sy la..xde(tiada) lgsung terniat.ini adalah Agama dan Rasul sy(saya)..Maaf skiranya sy(saya) silap. "salam..xkan(takkan) la sy(saya) nk(nak) hina Rasul sy(saya) sendiri..kan dlm(dalam) babak perkataan setan 2(itu) di aju kan pada kunyit..dan dlm(dalam) penapisan film ade 4 ulama..dan telah pn(pun) di luluskan film ini.."katanya Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At Tantawi mengucapkan tahniah kepada Zizan kerana mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa pengarah dan penerbit filem tersebut Ahmad Idham masih berdiam diri sehingga sekarang. Pemuda PAS sebelum ini menyatakan filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri itu mengandungi satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Apapun tahniah diucapkan kepada Zizan Raja Lawak kerana difahamkan telah menghubungi tokoh agama terkenal Ustaz Azhar Idrus bagi mendapatkan pandangan lanjut beliau tentang isu kontroversi ini.


Kenyataan terbaru oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu kontroversi ini

[Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.Sepatutnya pihak yang perlu dipersalahkan ialah Pengarah dan Penulis Skrip filem berkenaan, Zizan hanya membaca dan mengikut arahan pihak terbabit. Soalnya kenapa Ahmad Idham masih membisu, malah memberikan berbagai alasan kononnya dia sudah merujuk ulamak dalam LPF sebelum filem itu diluluskan. Soalnya, siapakah dia ulamak-ulamak berkenaan yang begitu mudah mengambil tindakan meluluskan filem tersebut untuk tayangan].
Share:

12 ulasan:

  1. Trackback: http://eddie.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=445

    BalasPadam
  2. Tahniah PAS kerana amat-amat 'prihatin'. Tapi kenapa tak hiraukan langsung 'sense' orang masa menukar konsep asal PAS kepada 'negara berkebajikan'? Apalah hipokrit punya PAS ni!

    BalasPadam
  3. 4 0rang tu mungkin ulamaharajalawak

    BalasPadam
  4. Mahathir hina Nabi dan hukum hudud dulu pun ulama UMNO membisu belaka.

    BalasPadam
  5. MrSam berkata
    Wednesday, September 21, 2011 2:34:00 PM.
    Kenapa ke bangang sangat tengkorak hotak ko ni. Negara berkebajikan tu tiada dalam Islam ke. Selama ini kita mewar-war kan kita satu-satunya negara Islam di dunia ini, Islam contoh, Islam Hadhari dan macam-macam Islam dan yang terbaru Islam satu Malaysia.
    Oleh itu adakah kita dah ikut Islam kesemuanya..?
    Kedai judi bersepah-sepah di manakah peranan ko selama ini, ke awak pun taik judi tak tau la. Kalau kita redho dengan maksiat maka dosanya kita tumpang sekaki.
    Benda yang kesampingan ko sebok sangat tapi perkara pokok diam membisu.

    BalasPadam
  6. Baguslah awak ni Zizan. Sedar tersilap cepat-cepat cari ustaz dan mohon maaf walaupun awak cuma baca skrip je.
    Tapi yang lain-lainnya macamana.. Tak rasa bersalah ke..?

    BalasPadam
  7. Anon Wednesday, September 21, 2011 3:48:00 PM...

    Parti Ajaran Sesat, Parti Ajaran Songsang dan Pqrti Angguk Saja releven ke dalam Islam?

    BalasPadam
  8. Hanya orang yang sesat lagi jahil sahaja yang sewenang-wenangnya menggelar PAS sebagai parti ajaran sesat. Merekalah penyokong UMNO yg konon sayangkan agama, tapi sebenarnya perosak agama sejak lebih 50 tahun yg lalu.

    BalasPadam
  9. Memanglah PAS parti ajaran sesat sebab nak haramkan judi dan anti rasuah. Yang tak sesatnya cuma Umno je. Meraka ini mengikut jalan yang lurus.
    Dalam Islam mana ada judi haram. Kalau diberi lesen maka dah jadi halal. Yang haram tu yang jual kat black market.
    Sebab tu la kat tempat aku orang Islam bebas sebebas bebasnya beli Toto, Magnum dan sebagainya. Siap berbaris panjang lagi. Kalau ada 10 yang berbaris tu, 11 daripadanya mesti orang Islam.
    Kalau nak lagi best pergilah kat Gentig Highland. Macam macam ada. Jangan takut tak ada apa apa. Yang takutnya kalau bagi kuliah kat surau atau masjid. Silap haribulan boleh masuk lokap.

    BalasPadam
  10. Thursday, September 22, 2011 12:58:00 AM.
    Penghinaan terhadap Nabi SAW dalam filem hantu bonceng awak dah buat report polis ke. Mat Sabu dah kena dakwa sebab hina polis British, takkan hina Nabi SAW awak nak biarkan aje.
    Nak harapkan Pas tu Parti Ajaran Sesat mana dia nak report. Kalau memerintah nanti Pas nak jadikan Malaysia negara komunis. Jadi mana nak harapkan pada Pas membela agama.
    Hanya Umno saja yang kita boleh harapkan. Kalau tiada Umno maka akan lenyaplah Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini.

    BalasPadam
  11. Aku setuju tuu....UMNO ni memang celaka barua tok guna punye bangsa....binatangggg

    BalasPadam
  12. woi BODOH...kat sini tempat utk komen psl Zizan & pengarah Hantu Bonceng...

    Yg korang duk pi gaduh psl Parti Angguk Saje & UMNGOK tu wtpe?? Melayu Islam dah berpecah belah...pasni geng2 mata sepet bleh take over Malaysia...bagus..hahaha

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.