Baru semalam, dilaporkan dalam sebuah laman blog rasmi Pertubuhaan Bukan Kerajaan (NGO) Bangladesh. bahawa Perdana Menterinya Sheikh Hasina (foto) mendapat pengesahan dari beberapa rakyat negara itu yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan kewarganegaraan oleh Kerajaan Malaysia. Malah mereka juga telah diberi hak untuk menjadi pengundi akan datang pilihan raya umum Malaysia. Tiba-tiba hari ini, laporan tersebut telah dipadamkan dari laman berkenaan. Sungguh menggejutkan, sekejap ada sekejap tiada. Bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan?. Paparan yang keluar bila kita masuk ke laman web berkenaan ialah "No item to show" sedangkan "laman utama" ia masih berfungsi seperti biasa. Sila klik sini, untuk buktinya. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Kenapa ia hilang secara tiba-tiba sedangkan laman itu sendiri masih wujud. Malah, ketika pemimpin pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Kerajaan Malaysia menyiasat dan mengeluarkan kenyataan tentang isu ini. Apakah ada tekanan yang dibuat terhadap Kedutaan Bangladesh di ibunegara supaya mengarahkan pengendali laman berkenaan mengeluarkan kenyataan tersebut. Kemungkinan besar memang ada desakan oleh Kerajaan Malaysia terhadap isu ini berlaku kerana ia telah dihebohkan oleh kebanyakkan media alternatif. Sebagai antara beberapa buah blog terawal yang memaparkan isu ini, kami juga terkejut melihat apa yang berlaku. Seolah-olah ada usaha untuk memadamkan bukti berkenaan, sedangkan ramai pihak termasuk kami sudah membuat salinan "print screen" terhadap laporan awal tersebut.

Laporan awal yang sempat kami dedahkan tentang isu ini semalam

Bukti, ini pula paparan laman tersebut yang diperolehi pada hari ini

Laporan awal yang sempat kami dedahkan tentang isu ini semalam

Bukti, ini pula paparan laman tersebut yang diperolehi pada hari ini
[Melihat kepada apa yang berlaku ini, ternyata ia sungguh melucukan. Nampak benar betapa tidak profesionalnya pihak-pihak berkenaan untuk menafikan laporan berkenaan. Sepatutnya, mereka hanya perlu mengarahkan laporan tersebut diubah tanpa menghilangkan atau memadam kenyataan keseluruhannya. Namun, anehnya kesemua kenyataan itu dihilangkan secara tergesa. Adalah lebih baik mainpage laman web berkenaan terus dihilangkan agar ia tidak boleh diakses. Tapi, bila kerja dilakukan dalam tekanan untuk menutup kebenaran akhirnya inilah yang berlaku. Benarlah kata sesetengah pihak, jika rekod perjalanan Altantunya Shariibuu ke Malaysia pun boleh dihilangkan, maka apatah lagi laporan sedemikan. Ternyata begitu mudah pihak terbabit cuba menutup isu ini. Sama seperti apa yang dilakukan oleh pihak Suruhanja Pilihan Raya (SPR) terhadap rakyat asing yang didapati berdaftar sebagai pengundi di negara ini. Selepas didedahkan ia terus dihilangkan dan diperbetulkan secara tiba-tiba bagi membuktikann kononnya mereka tidak pernah malukan kesalahan terbabit. Walhal rakyat secara keseluruhannya sudah tersangat tahu penipuan mereka itu sejak dulu, kini dan buat selamanya].






Dah kena C Empat la tu......
BalasPadamBukan C4 la bongok kambing. Sebaliknya ia satu bukti bahawa pendedahan itu sebenarnya palsu atau FITNAH. F I T N A H faham.
BalasPadamAnon Sunday, September 18, 2011 6:58:00 PM
BalasPadamFinah ke, X fitnah ke ada aku kesah!!!!!!!!
Aku X hingin beratur panjang masa nak mengundi nanti terjumpa Warga Malaysia celup macam ko.
Keh,keh kui.....
Lagi bongok kalau tahu lapuran itu palsu buat apa nak dipadamkan, nafikan saja udah le, lagi spekulasi lepas ni... tak caya nanti kehangatan seterusnya. Mencacai cacai le nak jawab !
BalasPadamBercakap biarlah berfakta. Bukankah HASINA telah secara rasmi memohon maaf dan menafikan laporan itu? Tak kan kita nakn tuduh kerajaan Bangladesh pula berkonspirasi dengan BN! Tapi kita tak hairanlah kalau ada pula pihak yang nanti menudih BN 'berkonspirasi' dengan tuhan. Nauzubillah!
BalasPadamWalau apa pun berita dah keluar statement dah dibaca berjuta juta manusia.
BalasPadamBerapa Najib hulur Hasina ?
Tak hulur boleh padam ke ?
Hal lain Najib kena jawab tuduhan tu.
Nauzubillah
ini WAYANG KULIT KA..? HANCUSSSS
BalasPadamkalau papagomo blogger kelas pencacai angkat najis tulis atau paparkan semua betul... ini blog rasmi kerajaan bangladesh tak betul..
BalasPadamkoingat org bodoh macam ko ker.? bo bo la gu..
Itu misti arahan Umno.Lihatlah betapa berkuasanya Umno,NGO luar negara pun boleh tunduk.Bukan macam PR,jadi agen anasir luar negara,kan?.
BalasPadamBagi pembangkang cerita yg tak munasabah pun kalau memburukan negara mereka akan betempik riang.Tak masuk akal,PM Bangladis boleh bercakap dengan beberapa orang pendatang ke Malaysia mengenai pemberian status warga negara asing.Sama ada PM negara tersebut tak ada kerja lain,atau rakyat mereka yg bodoh atau NGO yg kaki kelentong utk menarik perhatian.Pembangkang Malaysia pun bersorak gembiralah,tapi p.raya kali ni mereka gigit jari.Harapan nak memerntah,rupa-rupanya semuanya patah.
Aku kesian tengok melayu2 umno yang tak abis2 dengan kebangangan dan kebodohan tahap SATU ni. Dah le tak suka membaca untuk tambah2 pengetahuan...percaya 100% dengan alasan pemimpin mereka. Kalau pemimpin mereka kata A...A lah B...B lah, bukan nak cek dgn mata kepala sendiri, tambah plak dengan peranan media maka kuat lah kepercayaan mereka, kita cuba nak sedarkan mereka dengan fakta-fakta sebegin, mereka kata fitnah. Itu lah menunjukan pemimpin mereka telah berjaya control minda bodoh mereka tu. Kesian...pada hal masing2 tu nak kata senang hidup kerana jasa2 umno tak lah jugak tapi dek kerana TERBIASA DENGAN MINDA YANG DIJAJAH.
BalasPadamDi Malaysia kalau nak jadi cerdik senang je,1. Sokong PR,
BalasPadam2.Naikan taraf Anwar ketaraf maksum,
3.Ikut apa saja putarbelit pemimpin PR(cakap Pak sodo dan Mat Sapu paling afdhal di turuti),termasuk lah TG.
4.Rajin-rajin gantung potret TG dan Pak Sodo masa pilihanraya.Cukup.
Ijazah 'cerdik' akan di anugrah oleh para penyokong PR lepasa SPM lagi profesional dalam bidang sepak kertas.Kah,kah,kah.....
Tengok lah si pompuan aneh2 tu .Baju tradisi dia tu kat atas kepala tu dah tutup aurat lah tu. Tanya budak2 skolah rendah pun. mereka tahu itu baju tradisi aneh2.
BalasPadamBunuh padi hidup lalang. Mereka tak berotak hasil tapi penggerek seakan akan macam ulat kayu.
Malaysia benda hilang ni dah jadi biasa saja. Penyiasat persendirian Bala sehari lepas buat akuan sumpah kedua terus hilang entah kemana.
BalasPadamData keluar masuk AlTantuya pun hilang sebagaimana hilang nya jasad yang dijumpai hanya cebisan. Dua Kambing Hitam pun wajah tak pernah dipamirkan sepanjang perbicaraan tau2 besok dah jatuh hukuman mungkin batang pisang yang ditanam. Laman web yang sentuh penyelewengan lagi senang la nak dipadam.
Anon Monday, September 19, 2011 10:43:00 AM
BalasPadamDi Malaysia ni nak jadi Bongok tapi kaya senang je:
1) Sokong AMENO.
2) Naikkan taraf Pemimpin AMENO pemberi rezeki.
3) Nganga je dengar fitnah pemimpin AMENO( Cakap FLOM itu lebih Afdal dari Mufti)termasuk PHD bidang agama dlm AMENO.
4) Rajin-rajin buat laporan polis tentang pemimpin PR.
Cukup:
Anda akan jadi kaya mengalahkan pemimpin MLM yang terkenal ataupun mengalahkan Artis Hollywood pujaan anda, walaupun anda membaca pun tak lancar.
Rakyat Bangladesh undi di Malaysia
BalasPadamRakyat PAS Malaysia undi di Bangladesh
Baru Sempoi......
Senang2 layarilah...
BalasPadamhttp://parpukari.blogspot.com/2011/09/gempar-berkunyit-ubat-sakit-jantung-mb.html
http://theunspinners.blogspot.com/2011/09/gambar-s-class-nik-aziz.html
http://www.papagomo.com/
Buka minda sikit.. jangan asyik dok layan haprakdaily saja.
Dunia boleh buat belaka. Akhirat esok terima ajelah balasannya.
BalasPadamPada mulanya, Dr Brian Leslie McDonald dari Australia mahu dijadikan senjata utama untuk ‘melumpuhkan isu Lelaki Y dan air mani Anwar’, namun akhirnya, saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi liabiliti dan bahan lawak dalam mahkamah.
BalasPadamSemasa prosiding pagi ini, Dr McDonald dilaporkan terpaksa menunjukkan sijil-sijilnya kepada mahkamah untuk menunjukkan beliau merupakan seorang saksi yang berkredibiliti.
Usaha terdesak menunjukkan sijil-sijil itu terpaksa dilakukan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan McDonald bukan seorang pakar yang melakukan uji kajinya sendiri, sebaliknya beliau hanya seorang perunding yang hanya melakukan analisis berdasarkan teori.
Nampak remeh, tetapi jika sampai peringkat terpaksa bawa beg besar semata-mata untuk tunjuk sijil-sijil di mahkamah dan bukannya bukti analisis untuk mematikan hujah pendakwa, itu sudah termasuk dalam kes lawak jenaka.
Namun, hakikat yang belum dapat disangkal hingga kini, McDonald bukan seorang specialist(pakar) tetapi beliau hanya seorang consultant(perunding).
Pendakwa turut berjaya membuktikan di Brunei dan negaranya sendiri, Australia, di mana dalam mahkamah di kedua-dua negara itu telah menolak keterangan McDonald kerana beliau didapati tidak pakar dalam bidang yang diperkatakan.
Keadilandaily melaporkan dalam sesi pagi tadi Ram Karpal bertanya kembali kepada McDonald adakah kerana beliau hanya menjalankan ujian dan analisa terakhir pada tujuh tahun lalu yakni pada tahun 2004 akan menjejaskan kepakarannya, saksi keempat pembela itu berkata beliau tidak menjalankan ujikaji dengan tangannya sendiri, namun beliau mendakwa melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.
Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itu tidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.
Semasa sesi soal balas saksi keempat itu, Keadilandaily melaporkan Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang dikatakan ketawa kecil sepanjang sesi soal balas itu.
Malah portal organ PKR itu turut mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Mohd Yusof turut ketawa kecil apabila melihat gelagat Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang.
Mohd Yusof dilaporkan masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.
Begitu juga dengan sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.
Kenapa tingkah laku peguam Anwar itu menjadi bahan lawak umum ?