script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'Prosiding Kes Liwat', Pakar DNA Australia Sahkan Tiada Bukti "Lelaki Y" Itu Adalah Anwar !!

KUALA LUMPUR 19 Sept - Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan profil DNA yang diperolehi daripada "Lelaki Y" datang dari sel sperma. Beliau menambah pihak pendakwaan umumnya gagal mempamerkan maklumat dalam laporan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mengenai identiti DNA yang disepadankan dengan sampel dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan. Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menimbulkan keraguan dalam kes fitnah liwat kedua hari ini apabila menyatakan bahawa pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan garis panduan ujian DNA yang ditetapkan makmal. Malah peguam Ram Karpal Singh sekali lagi mencadangkan bahawa mungkin berlaku pencemaran pada sampel yang diujikaji setelah prosedur-prosedur penting tidak diambil kira. "Tidak ada bukti yang dibentangkan yang membolehkan pihak pendakwaan untuk membuat kesimpulan ini. Kita tidak tahu sampel tersebut diambil dari sel mana," katanya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah. Ram yang menyoal Konsultan Molekular Genetesis itu sebentar tadi memberi tumpuan terhadap sampel DNA yang diambil di bahagian rektum atas Saiful dan DNA yang diperolehi daripada tuala muka 'Good Morning' ketika Anwar ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.


Dua doktor ini dipercayai menyembunyikan maklumat DNA pihak ketiga

Berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful. Manakala profil terakhir yang diperolehi daripada rektum bawah Saiful menunjukkan bacaan tidak meyakinkan. Justeru pakar dari Australia itu mendakwa Seah dan Nor Aidora telah diabaikan penemuan yang mencadangkan kehadiran sampel DNA ketiga pada ujian tersebut. Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan kepada mahkamah bahawa DNA "lelaki Y" adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada tuala muka tersebut. "Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa ujian lanjut tidak dilakukan. Bukti itu tidak memberitahu kita ia datang dari sperma atau air liur," jelas Dr Brian McDonald lagi.

[Nampaknya perbicaraan yang berjalan hari ini semakin panas dengan penemuan maklumat terbaru tersebut. Ternyata, hujjah ramai pihak yang mengatakan kes ini banyak kepincangannya kini mula terbongkar. Mana mungkin ada tiga DNA kemudian doktor terbabit mengesahkan salah satunya ialah milik Anwar tanpa ada pengasingan seperti biasa. Apapun, perbicaraan akan bersambung semula jam 9.00 pagi esok. Ramai pihak yang menjangka Anwar pasti akan ke dalam jua akhirnya. Ia berlandaskan banyak fakta-fakta kes yang dilihat bercanggah tetapi tetap diterima oleh pihak hakim. Ini menyebabkan pembelaan yang dilakukan biar pun ada kekuatannya, namun akhirnya nampak pincang dan gagal. Apapun, segalanya masih berjalan dan rakyat diminta bersabar melihat segalanya].
Share:

10 ulasan:

  1. sudahlah pdo...dunia bolehlah korang kelentong dan spin, nanti akhirat lu jawab la sendiri..

    BalasPadam
  2. tak jemu jemu menyokong Kaki Liwat Negara....heran aku.

    BalasPadam
  3. tapi yang menyokong kaki fitnah tu tak jemu2ke..atau geng2 fitnah juga.

    BalasPadam
  4. Kita tak tau samada Anwar meliwat atau tidak. Daripada kita menambah dosa lebih baik kita memikirkan masa depan keluarga kita apa nak jadi di dunia apalagi di akhirat nanti.
    Ustaz umno sendiri dah bagi amaran jangan kita memanjangkan lagi cerita keaiban orang walaupun benar, kalau tidak benar dah jadi fitnah, maka kita mendapat 2 dosa besar secara percuma.
    Api lighter pun panas apatah lagi api neraka.
    Jadi sedarlah wahai seluruh umat Islam.

    BalasPadam
  5. Pilihanraya ke 13 dah dekat nak sampai... marilah kita bersatu mendesak kerajaan BN agar menurunkan harga petrol, harga ayam, harga beras, harga bawang...

    Cukai GST ditanggohkan sehingga selepas pilihanraya kalau BN menang, kita kena cukai. Suka ke ?

    Minta kerajaan BN tukarkan PTPTN ditukarkan menjadi biasiswa kepada adek beradek kita yang pandai dalam pelajaran. Sedarkah anda, bahawa kerajaan BN yang berselidung disebalik 1 Malaysia adalah waris penjajah British sehingga hari ini kita dijajah dengan pelbagai cara.

    Biarkan mereka bersendirian menyanyikan lagu memula moon..... kita fokas pada pilihanraya.

    BalasPadam
  6. Senang2 layarilah... http://www.papagomo.com/

    Buka minda sikit.. jangan asyik dok layan haprakdaily saja.

    BalasPadam
  7. sudahlah pdo...dunia bolehlah korang kelentong dan spin, nanti akhirat lu jawab la sendiri..

    kah kah kah.... komen orang yang tak termamapu nak sanggah keterangan saksi

    BalasPadam
  8. babi papagomo...buat blog lucah... pegi mampus lu.

    BalasPadam
  9. PERGI JAHANAM LA SEMUA......BODOH 2 KERA JAAN GILER BABI....

    BABI.....


    BABI.....


    BABI.....

    SETANNNNNNNNNNNNNN........


    BABI.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.