script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Husam Musa Fail Saman Terhadap Blogger Kickdefella Kerana Didakwa Siarkan Berita Fitnah

KOTA BHARU 19 Sept - Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa (foto) hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya. Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya. Syed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan. Tulisan itu antaranya berkaitan dakwaan kerugian Kelantan ekoran pemberian tanah hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa menerima pulangan setimpal selama 99 tahun, pembelian semula Bazar Tok Guru bernilai RM 23 juta dan kerugian apabila terpaksa membayar pampasan kepada UDA Holdings Berhad. Husam berkata, jika dibaca hasil tulisan tersebut, secara jelasnya, ia memburukkan plaintif dan memfitnah kerana artikel itu menuduh dirinya seorang pembohong. Penyiaran artikel itu juga didakwa: Dengan niat untuk menjatuhkan maruah plaintif dan menjejaskan kredibiliti plaintif sebagai seorang wakil rakyat. Segala perbuatan defendan, samada perbuatan atau tinggalan, sehingga tersiarnya dan tersebarnya berita fitnah adalah tidak berasas, berunsur fitnah dengan niat jahat, melulu dan berniat jahat menjatuhkan maruah plaintif sebagai pimpinan PAS, wakil rakyat dan exco Kelantan. Dengan maksud yang jelas menggambarkan bahawa plaintif pemimpin yang salahguna jawatan dan juga kuasa sehingga menipu rakyat Kelantan.


Satu ketika dulu, Kifdefella pernah bersama dengan Husam Musa, tapi kini?

Imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat. "Walaupun plaintif melalui peguam caranya telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut agar defendan memohon maaf secara terbuka daripada plaintif dan membayar ganti rugi yang amat minimal bagi perbuatan fitnah dan tohmahan yang telah dilakukan oleh defendan, namun defendan masih gagal dan enggan dan tidak mahu mohon maaf secara terbuka serta membayar ganti rugi tersebut," writ saman itu dipetik.

[Sehubungan itu, Husam memohon Syed Azidi membuat permohonan maaf secara terbuka dalam laman blognya dan memadam ketiga-tiga artikel yang bertarikh 27 Januari, 3 Februari dan 3 Julai lalu serta mengiklankan permohonan maaf itu dalam harian bahasa Melayu selama sehari. Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, melampau, punitif, dengan kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Husam juga memohon injunksi bagi menghalang defendan dan-atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan-atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan-atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif. Husam Musa telah diwakili oleh peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates]. malaysiakini

Share:

6 ulasan:

  1. Memang patutpun Kickdefella disaman. Tindakan Kickdefella mula memburuk-burukkan Kerajaan Kelantan dan PAS dilihat selepas beliau tidak lagi dapat makan duit gaji dari kerajaan Kelantan dan merasa nasi sudah kurang dalam periuknya. Mungkin inlah saja caranya untuk melepas geram dan membalas dendam... cerita-cerita sensasi mula dijaja dalam blognya.

    Dulu apabila beliau membenci Kerajaan pemerintah, sanggup kempen terbalikkan bendera Jalur gemilang.. Kini Kickdifella beralih kemudi dan melancarkan perang kepada bahtera tuannya yang dulu. Macam seseorang yang tidak ada pendirian dan integriti..

    Kickdifella sudah mula dilihat bagai melukut ditepi gantang, suara blognya akhir-akhir ini sudah mula kabur dan mungkin dengan mengisi segala berita yang dianggapnya sensasi..boleh menarik balik perhatian peminat blognya (dulu sayapun pecaya juga..pengikut setia)

    Takapelah, biar Husam dan syaed Azidi nie bercakaran sama sendiri.. kalah jadi abu menang jadi arang...kita tunggu dan lihat. Yang menang tidak dapat ambil semua, yang kalah tidak akan hilang semuanya.. ;-)

    BalasPadam
  2. Rakyat Bangladesh undi di Malaysia

    Rakyat PAS Malaysia undi di Bangladesh

    Baru Sempoi......

    BalasPadam
  3. Senang2 layarilah...

    http://parpukari.blogspot.com/2011/09/gempar-berkunyit-ubat-sakit-jantung-mb.html

    http://theunspinners.blogspot.com/2011/09/gambar-s-class-nik-aziz.html

    http://www.papagomo.com/

    Buka minda sikit.. jangan asyik dok layan haprakdaily saja.

    BalasPadam
  4. hahaha...sian anon kt atas nie...dah xde org bace blog gomen ker sampai promote kat sini??kahkahkah...x hinginla org nk baca blog2 lucah lu org...

    BalasPadam
  5. Nampak sangat dia yang tak terbuka minda duk baca blog2 kaki fitnah tu semua. Tak dapat hidayah lagi kot...

    BalasPadam
  6. Dulu blog UMNO banyak kutip cerita fitnah Kickdefella ni dan masuk dalam blog2 mereka. Elok disaman sekali blog2 penjilat UMPORNO ni.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.