
Sungguh mengejutkan apabila kontroversi isu "Hina Rasulullah" dala filem "Hantu Bonceng" tiba-tiba dianggap tiada apa-apa oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Terbaru, bila Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap (foto) berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" . Paling mengejutkan bila dia tergamak kata "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. "Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu". Masalahnya, memanglah Zizan terhenti menyebut tetapi bukankah ia telah terkandung dalam skrip yang terpaksa diucapakan. Apakah sudah tiada ayat atau idea lain untuk babak itu, Apakah wajar perlu dibaca khalimah syahadah kemudian "syaitan". Bukankah ia adalah membawa makna satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sendiri.
Siapakah yang telah melulus dan menulis skrip kontroversi ini agaknya?
[Persoalannya, kenapakan pihak LPF boleh meluluskan adengan tersebut tanpa ada perasaan sensitif terhadap agama?. Bukankah yang menjadi ahli lembaga itu majoritinya adalah orang Islam itu sendiri. Mereka harus sedar bahawa filem berkenaan juga ditonton oleh orang bukan Islam. Maka, apakah persepsi dan tanggapan masing-masing bila perkataan itu diucapkan secara berulang-ulang oleh Zizan Raja Lawak?. Ini akan mengelirukan dan pasti ditertawakan oleh mereka. Penulis skrip dan pengarah filem berkenaan juga perlu bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka akibat keterlanjurann ini. Meletakkan kesalahan atas bahu Zizan juga adalah tidak wajar dalam kes ini. Dia hanya mengikut arahan mereka yang berada dibelakang tabir. Siapakah ulamak dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) yang dirujuk oleh Pengarah filem tersebut?].






TAKDE PIHAK NAK DAKWA KER..UMBOINGOK MANE..MAT SABU DAH MASUK MAKAMAH..NI HINA NABI UMBONGOK SILA BWAK MEREKA MASUK MAKAMAH SAMA..BELAWAK TU BERINGAT SDIKIT LA BRO..YANG HINA NABI TAK KELUAR UTUSAN KE..MANGKOK BETUL UTUSEX NI.
BalasPadamMahathir hina Nabi dan hukum hudud dulu pun ulama UMNO membisu belaka.
BalasPadamBila orang Barat menghina Nabi SAW, bukan main lagi marahnya orang kita. Saya pun marah juga tapi taklah hairan sangat sebab itu dah kerja mereka.
BalasPadamMaka macam nak kiamat la negara kita sampai nak boikot barang mereka. Saya pun sokong juga sebab mereka ni kurang ajar.
Tapi dalam kes cerita tahyul yang dah makin menjadi jadi ni, kenapa dah dekat sebulan baru kita sedar. Saya memang tak sedar sebab tak minat cerita tahyul ni.
Malang sungguh sungguh malang bila junjunggan Nabi SAW dihina di negara yang mengaku Iskam contoh. Tiada lagi negara Islam yang sehebat Malaysia ni Islamnya.
Mat Sabu dah didakwa kerana menghina polis-polis Bukit Kepong yang tak tentu masuk Syurga pun tanpa hisab.
Tapi ini penghinaan kepada manusia yang sangat mulia, kekasih Allah, penghulu segala manusia dan orang pertama memasuki Syurga.
Saya nak cabar semua cawangan Umno yang menggelupur tak keruan dek kerana Mat Indera, maka kali ini mereka kena lebih menggelupur lagi membuat laporan polis kepada pengeluar filem terbabit kerana menghina manusia yang sangat mulia. Adake patut kata nabi syaitan...
Nabi SAW kenal orang yang membelanya di akhirat nanti jadi ambillah kesempatan ini. Saya cabar ni dan nak dengar juga hujah pembela-pempela Umno di karpet PDO ni...
Report la kalau sayangkan Nabi. Saya nak tengok cawangan Umno mana yang akan mula....
inilah yg dikatakn olih Rasulullah, suatu masa akan ada ulama2 yg jahat, sekarang dh ada pun, sendiri mau ingat.
BalasPadamBuat laporan Polis....
BalasPadamUlama jahat yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah ulama yang tidak menyuruh org melakukan kebaikan dan diam membisu melihat kemungkaran depan mata. Org buat maksiat tak mampu nak tegur.
BalasPadamUlama jahat juga adalah ulama yg takut bercakap yg benar kerana takut hilang jawatan / jaga periuk nasi.