KUALA LUMPUR, 8 Sept - Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti. Daripada angka itu, seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala 1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak BN. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (foto) menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin Umno BN. Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman dan DUN Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja sebagai pengundi. Katanya, dengan itu, kemenangan yang diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan DUN Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar. "Sebenarnya PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar. "Proses untuk membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Selain warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka pada PRU13 nanti. Katanya, jumlah warganegara asing yang akan dijadikan pengundi di Trengganu itu nanti cukup besar sehingga ribuan orang. Klik Info selanjutnya
[Pendedahan ini memang tidak mengejutkan sebenaarnya, kerana di Pahang senario ini memang sudah lama berlaku. Kebanjiran warga asing dari Mynamar, Kemboja dan Vietnam yang mempunyai kad pengenalan dan berdaftar sebagai pemilih memang sudah tidak perlu diperjelaskan lagi. Hanya mereka yang memahami dan mengetahuinya sahaja dapat menilai isu ini. Majoriti mereka berkampung di Parlimen Pekan dan ini diakui oleh sebahagian besar orang Melayu di sana. Mereka bukan sahaja mempunyai rumah, tanah malah bebas ke mana sahaja dengan mendapat perlindungan pihak-pihak tertentu. Syaratnya ialah mengundi BN pada setiap kali pilihanraya jika tidak mahu dihantar balik ke negara asal. Fenomena yang berlaku ini membuktikan kepada kita bahawa UMNO BN sanggup menjual negara semata-mata untuk mendapat undi dan terus berkuasa. Pemimpin Melayu UMNO hanya tahu melaungkan omongan kosong untuk membela rakyat, sebaliknya orang asing lebih diutamakan].






Cari jugak siapa org yg mengendalikan proses warga asing boleh mengundi. Adakah mereka itu kakitangan awam. Siasat & dakwa mereka klu tak depa tak kan mengaku ...elok gertak sikit.
BalasPadambetul betul betul http://anak-perelih.fotopages.com/?entry=1427166
BalasPadamAku dah lama tahu pasal ni. Pembangkang perlulah lebih serius dan ambil langkah lebih drastik sebelum pilihanraya akan datang. Kalau tak, tentu pembangkang sampai kiamat pun x menang lawan dengan UMNO dan BN (Bangsat Negara).
BalasPadamBegitulah ceteknya pemikiran orang
BalasPadamPASSSSS...PIS...PUSSSSSSS.....
Apa-apa la...
BalasPadamYang pasti PAS adalah parti untuk orang-orang gila, diulang PAS ADALAH PARTI UNTUK ORANG-ORANGF GILA! Atau dlm kata lain semua penyokong dan pendewa pas adalah tipikal makhluk berwajah manusia yang selalu meletakkan otak di lutut dan bukan di kepala.
Hidup UMNO...
BalasPadamDulu, Kini & Selamanaya...
patutlah dah 50 tahun memerintah tapi sebenarnya dgn penipuan demi penipuan.aku selalu terfikir bila melihat mereka di kaca tv be end ni memerintah sebenarnya tanpa mandat dari majoriti rakyat.utk pilihanraya ke13 ni mereka kumpul PATI seramai yg mungkin utk diberi IC.x mustahil sekarang ni dah berjuta2 pati diberi IC.Sekarang ni mungkin nama mereka tiada dlm online SPR tapi disimpan didlm satu folder dan akan dikeluarkan bila betul2 hampir dgn pilihanraya
BalasPadamMelayu di tipu disebalik serban besar lagi bahaya...
BalasPadamYang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING (BN)
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
-CerminHikmat-