script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pendedahan CCTV Anwar Serta Eskay Oleh Papa Gomo, Ternyata Memang 'Banyak' Keraguan Dari 'Kebenaran Yang Di Cari Beliau' Sebenarnya !

Nampaknya, isu "video seks" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini nampak semakin panas apabila ada blogger pro kerajaan mendedahkan satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang kononnya kelibat Anwar bersama sahabat karibnya Datuk Eskay, ketika memasuki apartmen di Ampang lokasi kejadian seks yang dihebohkan sebelum ini. Malah adengan Anwar dan Eskay masuk dan keluar dari lif apartmen berkenaan telah diulang-ulang oleh TV3 berdasarkan kepada sumber dari blog Papa Gomo. Ulangan itu bagi mengesahkan bahawa pelaku seks berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Maka terkejutlah seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Buletin Utama TV3 malam tadi. Ada yang percaya dan ada juga yang sangsi dengan pendedahan terbaru itu. Sekali imbas memang nampak jelas wajah dan susuk tubuh Anwar bersama Eskay. Malah, gambar CCTV berkenaan juga dalam keadaan berwarna yang memudahkan lagi untuk kita melihat raut wajah kedua-dua individu berkenaan. Namun persoalannya, benarkah apa yang dilihat itu adalah Anwar dan benarkan adengan itu telah dirakamkan ketika hari kejadian seks yang dilaporkan oleh Datuk T sebelum ini. Semua ini mengundang seribu kemusykilan kerana banyak perkara sebenarnya. Masalahnya, kenapa dalam keadaan sekarang masih ada lagi cerita video seks Datuk T ini dimainkan. Bukankah ia sudah menjadi siasatan pihak polis?. Jika benar pun ada bukti kelibat kedua-dua individu terbabit seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo, kenapa video CCTV itu tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah?. Kenapa perlu didedahkan lagi kepada umum. Bukankah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa Papa Gomo, berpakat dengan pihak tertentu dan dibayar untuk menghasil serta mendedahkan apa jua maklumat baru sama ada yang diperolehi secara sah atau direka bagi didedahkan kepada pihak media terutamanya TV3. Maknanya TV3 dengan mudah menyiarkan "berita sampah" itu, tanpa ada tapisan semata-mata mengikut arahan orang kuatnya yang khabarnya telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sejak awal tahun ini. Cuba lihat rakaman video terbaru kononnya melibatkan perbuatan seks Anwar Ibrahim dengan pelacur Cina terbabit.


Inilah dia wajah si Papa Gomo yang diberi hak terbitkan video seks Anwar
Dan sekarang, mari kita lihat betapa Papa Gomo telah gagal menyiapkan skrip dan jalan cerita adengan ini dengan baik sebenarnya. Banyak kekeliruan dan penipuan yang telah dilakukan bagi membuktikan kononnya pelaku seks itu 100% adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami bukan mahu berpihak kepada sesiapan dalam hal ini. Namun, kebenaran perlulah ditegakkan demi Islam dan keadilan. Tambahan pula sekarang umat Islam masih berada di bulan Syawal yang mulia ini. Makanya, amatlah tidak wajar Papa Gomo mendedahkan video ini dengan kerjasama TV3, sedangkan dia sendiri terkeliru dengan beberapa adengan yang jelas mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Sama ada beliau sedar atau tidak, hanya mereka yang celik mata dan hati sahaja dapat menilai kebenarannnya. Banyak kekeliruan daripada kebenaran yang dicari oleh Papa Gomo berlaku terhadap adengan yang dipaparkan. Antaranya ialah:-


Cuba lihat masa Anwar dan Eskay tiba pada lif iaitu 22:09:30 (kiri atas) dan 22:09:31 (kanan atas) ketika mereka berdua memasuki lif berkenaan. Kemudian cuba tengok ketika pintu lif itu ditutup tiba-tiba tertera masa 22:52:19 (anak panah kuning pintu lif tertutup). Kemudian cuba lihat masa seterusnya gambar yang terakhir (kanan bawah) ketika Anwar dan Eskay keluar dari lif masa yang tertera ialah 22:52.25. Ini bermakna , Anwar dan Eskay dipercayai masuk lif dan naik ke atas sekitar 6 saat sahaja lamanya. Bagaimana ini boleh berlaku?. Ini kerana kaunter masa yang disediakan itu adalah diedit sedemikian rupa pada video berkenaan untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekarang cuba kita lihat pula masa ketika Anwar berada dalam bilik dengan bertuala (bawah kanan), masa yang ditunjukkan ialah 22:26:10 iaitu jarak masa yang terkurang daripada ketika mereka menaiki lif. Maknanya masa sudah berundur ke belakang pula. Kesilapan ini walau pun kecil kata Papa Gomo, namun ia sungguh melucukan. Persoalannya juga, jika ada CCTV menunjukkan Anwar dan Eskay masuk lif dan keluar lif maka sepatutnya mestilah ada juga CCTV "pelacur Cina" yang dikatakan itu masuk serta keluar lif?. Kenapa Papa Gomo tidak menayangkan CCTV wanita tersebut jika benar beliau berada bersama Anwar semasa kejadian.

Satu persoalan penting yang perlu dijawab juga ialah berkenaan dengan pakaian Eskay itu sendiri. Cuba lihat ketika dia mula-mula masuk ke dalam lif dimana beliau berbaju gelap, tidak bertalipinggang dan baju tanpa kolar (T-Shirt ala baju yang sering dipakai oleh lelaki India). Namun, anehnya keetika tiba di dalam bilik berkenaan baju Eskay telah bertukar menjadi putih berkolar dan kelihatan dia bertalipinggang dengan baju masuk ke dalam. Begitu juga dengan rambut Anwar ketika mula-mula masuk ke lif yang jauh berbeza dengan rambut bergunting ala askar ketika berada di dalam bilik tersebut. Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan apakah benar video yang dipaparkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


[Dengan beberapa penjelasan ini, diharap ianya dapat meredakan sedikit kekeliruan akibat pendedahan yang dibuat oleh Buletin Utama TV3 malam tadi. Laporan yang hanya dibuat berdasarkan kepada rujukan blog Papa Gomo itu adalah satu tindakan biadap terhadap media arus perdana seperti TV3 sebenarnya. Mereka langsung tiada etika dalam penyiaran dan sewenangnya melakukan tindakan atas arahan pihak tertentu dalam usahan menjatuhkan musuh politik pemimpin negara. Lantaran itulah kita tidak hairan bloh Papa Gomo dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh TV3 dalam keadaan ia jelas menimbulkan keraguan. Tindakan TV3 juag mencerminkan bahawa media itu kini 100% dikuasai oleh kerajaan UMNO BN, selain RTM. Sepatutnya mereka perlu ada panel penilai untuk melihat kualiti dan kesahihan berita yang mahu dipaparkan. Jika itulah caranya, maka tidak hairan selepas ini lebih banyak ceramah pembangkang akan dipantau oleh TV3. Malah, banyak lagi kes-kes kecil akan diperbesarkan bagi menjatuhkan imej para pemimpin tertentu di dalam Pakatan Rakyat].
Share:

56 ulasan:

  1. bagus ulasan tu tapi salah sebab anwar balun bukan sekali...banyak kali....

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. PAPAGOMO... buat kerja cincai untuk pecacai seperti siluncai...

    BalasPadam
  4. Itu bukan saya...
    Mana mungkin saya buat kerja jijik seperti itu..
    Saya ini 'insan istimewa anugerah tuhan'...

    BalasPadam
  5. GUA TALAK PERNAH KILEJA SEBAGAI TUKANG JUAL CCTV TAPI GUA CUKUP AKAL KALU MAHU PIKIR ITU KILEJA BETUL KA ATAU TIPU-TIPU. GUA MUNYA MANGSA...SOLI LAA CAKAP SAMA LU. GUA TAK PANDAI CAKAP MELAYU PUNYA TAPI GUA PANDAI PIKIR. ITU OLANG CALI MAKAN PUNYA MAA. TANYA SAMA LU. ITU BIKIN GAMBAR PUNYA OLANG MELAYU KA?. APA DIA PUNYA AGAMA?. TALAK TAKUT ITU LOSA KE?. ALA OLANG BOLEH KASI TAHU SAMA GUA.ITU PAPA GOMO ISLAIL MALI KA? AGAMA APA MAA?. AAI YOO YOO. INI MACAM MUNYA OLANG MASIH ALE? KAA. GUA MANYAK TAKUT LOO.TANYA SAMA LU BELAPA SATU BULAN ITU PAPA GOMO LAPAT WANG. MANA OLANG BAGI PUNYA?.

    BalasPadam
  6. wooit PAPAGOMO.
    tak dak kerja lain ke..lucah lucah lucah lucah lucah
    bulan Syawal bulan habis, rumah terbuka menteri masih dibuka untuk bermaafan, kalau ya pun nak memalukan Anwar tunggu la dulu.
    Sebenarnya kerja korang telah membuatkan UMNO yang islamik yang diuar-uarkan lebih teruk dari orang bukan islam. Malulah sikit pada orang bukan islam.

    BalasPadam
  7. "Kalau aku nampak sendiri pun adegan ..... tu, aku tak percaya

    inikan pulak video cincai mcm ni. nenek ketua kampung aku pun boleh buat video macam ni...

    BalasPadam
  8. bab waktu tu aku tak kisah sangat.. yang paling ketara bab baju eskay dan seluar eskay.. masuk keluar lif color hitam.. keluar lif pun hitam.. tut tut dlm video putih lak.. jauh dari lojiknya... jgn jadi bangang...

    BalasPadam
  9. Dalam ISLAM kita dilarang keras sama sekali menyebarkan aib orang walaupun betul apalagi kalaunya ia fitnah. Si penyebar berita, wartawan TV3, penerbit, jurukamera dan seluruh yang terlibat menanggung DOSA yang amat berat.
    Kalau betul siapa pelakunya, beri bahan bukti tersebut pada polis untuk siasatan dan bukan mengikut cara ini.
    Ustaz Fathul Bari(ulama muda umno) sendiri dah bagi peringatan yang amat keras, jangan sebarkan aib orang.
    Umno mana nak dengar nasihat ulama, yang dia dengar nasihat Yahudi AOCO dan dari Parti Komunis Cina CPC. Sebab itulah perangai mengalahkan Yahudi.
    Kini TV3 telah mengesahkan ini BENAR, jadi tak guna lah polis menyiasat.
    Lain kali jika ada kes2 rompakan dan yang seumpamanya yang dirakam oleh CCTV, kita minta pengesahan dari TV3 sebab mereka dapat menentukan siapa pelakunya 100%. MasyaAllah dasyat, tak takut dosa langsung puak2 ni.

    BalasPadam
  10. 1999999999999% TIPU.. dulu masa mula2 video pertama keluar ada gak la syak wasangka kat anwar.. aku hampir percaya.. tapi bila aku tengok video kedua ni aku langsung tak percaya.. terutama sekali faktor baju si laknat eskay tu.. Ini la petunjuk paling besar tentang pembohongan ini sebenarnya.. Mudah2an Allah melaknati org2 yg buat fitnah ni..

    BalasPadam
  11. Saya pung hairan kenapa baju si Eskay masa naik lif warna hitam, dalam bilik warna putih dan bila turun warna hitam balik.Dan waktu kejadian masanya terkebelakang pulak dari masa naik lif.
    Pening...

    BalasPadam
  12. Kalau dah buat tu buat la cara orang 'dah buat'... Toksah berdalih lagi. Tapi tak pe la juga, sekurang-kurangnya ada juga orang bongok yang tertipu tak percaya.

    BalasPadam
  13. Kalau nak buat tinjauan, pasti majoriti rakyat Malaysia yakin dan percaya memang Anwar itu la orangnya.

    BalasPadam
  14. Tak sudah2 lucah, lucah lucah. Papa Gomo ni memang kakai sex. Aku rasa dia ni dah jadi mangsa liwat eskay kot.

    BalasPadam
  15. entah, baju ka, waktu ka, jam ka wa tatak kesah. cuma wa ada musykhil sama olang pakai baju kemeja itu. selupa olang yg wa kenal. aiyooo, lusa dua selupa maa...

    BalasPadam
  16. Jangan jadkan rakyat Malaysia bodoh dengan tayangan begini

    BalasPadam
  17. tuan pdo, anda tentu tahu tentang 'night vision' utk kamera pengintip. ianya tidak sama dgn cctv bukan. 'night vision' hanya ada 2 warna shj, hitam & putih, betul!. maknanya tidak semestinya warna hitam akan sentiasa hitam sepanjang masa. ia bergantung jarak antara objek dgn kamera. pedulikan siapa makhluk dlm clip tersebut. persoalan sekarang ialah bagaimana utk menepis apa yg papagomo & tv3 siarkan. kalau hanya menggunakan alasan warna pakaian dari hitam ke putih, nampak terlalu kebelakang ilmu 'ambik gambar' yg kita ada. harap pdo guna yg lebih saintifik agar tidak diketawakan oleh blogger lain.

    BalasPadam
  18. saman ja papagomo &TV3

    BalasPadam
  19. Lagi satu yang aku hairan ialah...Anwar(kononnya)masuk bilik 22:26:08...kemudian gambar dia keluar bilik air pakai tuala 22:26:10...gila ke bukak baju dan masuk bilik air 2 saat. Lagi satu Masa masuk lif...pintu lif tutup 22:52:19...kemudian masuk bilik hotel 22:26:08. sah ini kerja gila atau ada pelesit menyamar jadi anwar masa main dengan amoi tu. Kemudian keluar lif lepas main (kononnya)jam 22:52:23. Apa gila ni.. Saaya rasa orang yang keluarkan video ni terdesak nak pakai duit sangat kot...maklumlah lepas raya...tentu pokai. Lagi satu ...ini kerja menginaya orang namanya papagomo....jangan terperanjat nanti tengah minum kopi..kamu telan cawan kopi tu sekali. IBU MALANG MANALAH YANG TERMENGANDUNGKAN KAMU NI...ATAU MENGANDUNG DARI BENIH LIAR KOT....KEPADA PAPAGOMO...HATI-HATI KALAU BERJALAN TU...MALANG TAK BERBAU. AKU YANG TAK TERLIBAT PASAL ANWAR PUN RASA BERAPI DENGAN VIDEO KAU TU...BAHAYA TU...BUATLAH KERJA YANG HALAL UNTUK BAGI MAKAN ANAK-CUCU KAMU NANTI. BERANI BUAT...MESTILAH BERANI TANGGUNG KAN..KAN...

    BalasPadam
  20. Macam Ni Cerita Yang Sebenar

    x pa lah si eskay pakai baju hitam gelap mula2 datang ketempat tu...

    pastu eskay sampai kat bilik hotel tu..dah keletihan..pastu rehat2 sat kt bilik hotel tu,dah selesai rehat2..pastu eskay pun pergila bersih2 badan sebelum nak keluar dari hotel tu,pastu eskay menyalin pakaian baru bewarna CERAH,pakaian yang awal2 pakai tadi mungkin baju tu dah kotor..dah berbau..dah berpeluh..x kan nak pakai balik..dah busuk peluh...

    pastu dah selesai tukar pakaian baru (berwarna cerah)eskay pu bergegas pulang bersama anwar ibrahim..keluarlah dari lif hotel tu...

    tup..tup..

    Aikkkkk?????

    bila masa si eskay ni tukar pakaian bewarna gelap yang mula2 dia datang tadi...

    bukankah dah salin pakai baju yg baru (cerah)...awat yang pakai balik baju gelap busuk peloh ni..kan dah kotor...

    Si eskay pon jawap: ......

    BalasPadam
  21. yg aku muskil perut anwar!!! cuba tngk gambar kat lif.tak buncit pun,tapi gambar dgn amoi bukan main buncit lagi,barua2 blogger umno ni klau nk menipu buatlah mcm pro,klau mcm ni punya video klau anak aku umur 2tahun tngk diapun tahu benda ni menipu,banggang punya blogger

    BalasPadam
  22. DATUK SERI... SAMAN JANGAN X SAMAN...

    BalasPadam
  23. Para blogger tahu siapa papagomo dan apa tugasnya dalam dunia politik Pakatan Rakyat.

    Jangan marah pada pagagomo kerana dia hanyalah pencacai berpangkat paling rendah dalam ranking pembuat konspirasi.

    Dan bukan masa yang sesuai bertindak keatasnya. Tunggu keputusan pilihanraya akan datang... ketika itu dia sendiri yang akan menceritakan keadaan sebenar....insyaallah.

    Sebenarnya cerita Anwar dalam video itu bukan untuk mencari kesahihan siapa lelaki tersebut tapi hanya untuk menimbulkan suasana kekeliruan dan tidak tenteram dikalangan masyarakyat islam saja.

    Cerita yang dibangkitkan itu adalah zina yang berkaitan dengan agama islam. Majoriti rakyat Malaysia adalah beragama islam berbangsa melayu.

    Tapi pengetahuan mereka tentang agam islam disekat oleh kerajaan BN menjadikan sebahagian rakyat jadi jahil dalam beragama.

    Kita boleh lihat di Selangor, ahli politik tidak diberi ruang lagi untuk bercakap tentang agama islam dengan masyarakyat yang diwakil nya kerana sesiapa yang nak bercakap tentang islam di Selangor bila mesti ada permit dariMAIS/JAIS.

    Tindakan ini akan membuatkan penganut islam akan jadi jahil dan akhirnya jadi penganut ikut-ikutan saja.

    Apabila kerajaan BN memperalatkan agama islam untuk kepentingan politik semasa mereka, maka kita ddedahkan dengan sumpah laknat yang tidak pernah dilakukan sebelumnya tapi dilakukan oleh Saiful Bukhir, Eskay, Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dengan cara yang tidak munasabah demi mempengaruhi rakyat Malaysia agar percaya dengan perbuatan mereka itu betul dan diterima agama.

    Cerita dalam video tersebut memang ketara ianya adalah fitnah kerana kelemahan visual boleh disentuh dalam pelbagai sudut.

    Ada juga yang mencabar Anwar supaya membuat lapuran polis dan saman saja orang melakukan fitnah tersebut.

    Bila tidak disambut cabaran itu maka membuak-buak tuduhan bahawa Anwar Ibrahim memang bersalah kerana takut untuk menyaman orang yang menuduhnya berzina.

    Untuk pengetahuan anda semua, Anwar Ibrahim bukan berhadapan dengan papagomo pencacai kaki lima tapi Anwar berhadapan dengan ramai agen membentuk dinasour yang memiliki segala kepakaran dalam jentera kerajaan seperti polis, peguam negara, hakim, yang mampu memanipulasikan sesuatu yang hitam jadi putih.

    Apa guna saman orang kalau orang itu akan dilindungi oleh undang-undang yang diputarbelitkan oleh peguam negara dan polis ? Perbuatan itu sedang dilakukan dalam perbicaraan liwat II. Fikirlah sendiri.

    Sebenarnya kerajaan BN tertekan dengan masaalah yang menyelubungi pentadbirannya sedangkan pilihanraya ke 13 semakin hampir. Tindakan untuk menyelamatkan keadaan mesti dilakukan.

    Tidak kira sama ada rakyat benci pada Anwar, Mat Sabu atau marah pada kerajaan BN pimpinan Mohd. Najib, yang pentingnya rakyat mesti terlupa bahawa kerajaan UMNO Baru adalah kerajaan pengamal rasuah yang tegar.

    Rakyat mesti dilupakan bahawa menteri kewangan tidak tahu menguruskan ekonomi negara.

    Rakyat mesti dilalaikan bahawa kerajaan BN telah menaikkan harga barang keperluan berserta cukai GST.

    Rakyat mesti dibiarkan lupa bahawa kerajaan BN telah membuka pintu kepada pendatang Bangladesh dan menjadikan mereka sebagai rakyat yang layak mengundi dalam pilihanraya akan datang bagi memenangkan semua calon Barisan Nasional.

    Rakyat mesti dilupakan bahawa kerajaan BN tidak akan melayan kehendak Bersih 2.0 untuk pilihanraya adil dan bersih.

    Rakyat mesti dilupakan bahawa UMNO Baru tiada pemimpin yang berkarisma, tiada pejuang kemerdekaan kecuali petualang.

    Dalam masa kita mendengar cerita video lucah yang dijaja oleh papagomo, maka kita jangan lupa bahawa pilihanraya dah dekat.

    Inilah masa kita untuk mendesak kerajaan BN menyelesaikan segala masaalah yang kita hadapi. Jika mereka tidak selesaikan masaalah hidup kita, maka kita bersatu pilih kerajaan baru….Kerajaan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  24. Siapa yg nak terus sokong Anwar ,boleh sokong.Siapa yg terus nak percaya Anwar maksum boleh terus percaya.Siapa yg terus mahu membodohkan diri membela pelaku sodomi dan penzina,boleh teruskan,tapi dosa bersubahat tanggunglah sendiri,juga dosa menzalimi org yg menjadi mangsa Anwar jangan di lupakan kerana perlu di bayar di akhirat nanti.

    Kalau Nabi pun tidak membela Saidina Aisyah,ketika Aisyah di fitnah sehinggalah Allah sendiri yg memberi petunjuk.Jadi seolah-olahnya Anwar lebih mulia dimata kamu semua,berbanding Aisyah di mata Nabi.Begitulah juga kesayangan kamu semua terhadap Anwar ,lebih tinggi dari kesayangan Nabi terhadap Aisyah.Kalau begitu teruskanlah.

    Bagi aku(sman) memang mati hidup balik pun aku dah tolak Anwar sebagai pemimpin aku.Aku dah tak percaya Anwar sebagai muslim yg baik,aku dah tak percaya Anwar sebagai pemimpin yg boleh di harap untuk membela org Melayu dan Islam.Dan,sekali lagi aku tegaskan kalau aku di hukum berdosa kerana pendirian dan apa yg aku percaya ini aku sanggup tanggung dosanya.Kalau kau org nak sumpah aku kena sambar petir pun itu kau org punya suka.Kalau kau org nak kata aku bodoh,dungu,pencacai Umporno dan apa saja itu hak kau org dan silakan,kerana aku lebih sanggup di maki hamun dari menjadi pembela dan bersubahat dgn si hipokrit begitu.Aku kenal diri aku,dan aku tahu siapa aku kalau di bandingkan dangan kamu.

    Aku dah lihat,apa yg tepapar,dah kaji apa yg tersiar,meneliti apa yg tertulis,mendengar apa yg di tutur,dan juga menilai gelagat dan tingkah laku maknusia hipokrit ini dari dekat,sebelum bertukar arah.Jadi bagi aku,aku tidak ragu dengan tuduhan terhadap Anwar dan percaya tuduhan itu betul.

    BalasPadam
  25. Kalau Anwar tidak bersalah dalam issu video sex ini,demi menjaga emosi penyokong dan keluarga beliau,saya mencabar,supaya Anwar membuat satu lapuran polis mengenai ' fitnah'video sex ini atau terus mengabil satu tindakan undang-undang fitnah terhadap Eskay dan Papagomo,kerana mereka berdua memfitnah beliau dalam video sex ini.

    Kalau Anwar sendiri enggan berbuat demikian,saya mencabar mana-mana penyokong Anwar supaya melakukannya,atau salah seorang dari ahli keluarga beliau.Dengan itu nanti ianya bolehlah di sisat dan Anwar pula bolehlah mengambil layer terbaik dan pakar luar negara terbaik mengenai video ini, utk mempertahankan diri.

    nota:Kepada penyokong Anwar yg tak berapa bijak ,saya nak jelaskan,dulu, Anwar hanya membuat lapuran polis mengenai kesalahan menayangkan bahan lucah dikahalayak ramai oleh Dato T,bukan lapuran fitnah.

    sman

    BalasPadam
  26. Malang sungguh Mak kamu ni Sman. Dapat anak macam kamu.

    Kes ni kalau tanya kat kambing, patah tanduk kambing ketawa terbahak-bahak.

    Kalau aku kata kamu bongok, kamu kecik hati.

    Polis Malaysia ni Kononnya salah sebuah institusi polis tercekap di Dunia. X kan tak jumpa cari pelacur China tu??????

    Ataupun pelacur tu dah mati kena C4????
    Atau dah dapat kewarganegaraan masa program 6P baru-baru ni?????

    Kau pesan kat AMENO, kalau X nak rakyat jadi pandai dalam hal-hal macam ni jangan benarkan rancangan-rancangan seperti CSI, NCIS dan lain-lain siri penyiasatan keluar kat TV.

    Kan dah Kantoi.

    Kamu pun elok banyakkan tengok CSI.Barulah boleh hujah dgn cemerlang sikit. Ini balik-balik hujah basi kamu tu...

    Kambing pun tak percaya.....

    BalasPadam
  27. Anon Sunday, September 18, 2011 5:35:00 PM.. itu lu punya hak utk tak menyokong Anwar.. tapi lu kena terima hakikat apa saja tuduhan yang dilemparkan kpd anwar adalah pembohongan atau fitnah semata-mata..
    sebenarnya video ini dikeluarkan bertujuan untuk menutup beberapa isu yg lebih besar, terutama isu pengundi hantu dan mat bangla mudah dapat kerakyatan. banyak pendedahan yg telah dibuat..tapi SPR buat dono je..
    Di samping itu, isu Mat Indera juga ada kaitannya.. dah tak mampu nak jawab serangan daripada pelbagai sudut, Umno menggunakan media arus perdana milik mereka menyerang anwar pula.. dan mungkin ini juga nak mengajak rakyat supaya mempercayai anwar ni kaki liwat dan perempuan..
    umno buat kerja mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama mmg cekap.. tambahan pula polis ada dibelakang dan menyokong Umno..

    BalasPadam
  28. hihihi.. bila anwar buat report polis.. dia org tuduh anwar buat laporan palsu.. Tak payah report DSAI.. biarkan mereka menyalak sesama sendiri.. pecayalah.. rakyat sentiasa di belakang tuan..

    BalasPadam
  29. Sunday, September 18, 2011 5:35:00 PM.. kau tau tak sapa gay sebenarnya??.. kau tanya Hishamuddin Tun Hussein menteri mana yang beromen dgn seorang penyayi lelaki terkenal dlm lif... video kejadian masih ada yg simpan.. tanya la kalau berani..
    kau tanya bung mokhtar radin.. ahli parlimen Umno mana yang bersekedudukan selama dua tahun dengan pelakon terkenal, yg kemudianya bernikah last two years.. tanya bung lagi.. trica jus ada stock lg tak?? hiiiiii..
    kau tanya dulu soalan tu.. nanti aku suruh kau tanya lg soalan lain..

    BalasPadam
  30. Bagus...bagus. Harga minyak dan semua barang kepeluan naik. Tapi harga minyak pelincir KY tak naik pula. Ini bermakna kerajaan sangat bertimbang rasa dan ada simpati mendalam terhadap keperluan khas dan asasi Anwar. Tahniah Anwar dan para pendewanya!

    BalasPadam
  31. Anon Sunday, September 18, 2011 7:03:00 PM

    Ko ni rupanya lagi Bongok daripada Sman.

    Tau pun Harga barang semua naik.
    Siapa yang naikkan?
    Mat Sabu ke?????

    Sekolah je tinggi. Bongok Bertingkat-tingkat.

    Malu la sikit kat Kambing.
    Kambing jauh lagi cerdik dari kau.

    BalasPadam
  32. Tapi aku lagi sepuluh kali lebih suka tengok muka kambing berbanding tengok muka ko yang macam BULLDOG nak mengawan tu.
    Hakhakhakhakahkahkah...

    BalasPadam
  33. Anon Sunday, September 18, 2011 7:07:00 PM...
    Hehehehe... Tapi harga minyak pelincir KY tak naik. Nak tahu kenapa, tanyalah Anwar dan Mat Sapu idola korang tu.

    BalasPadam
  34. Anon Sunday, September 18, 2011 7:21:00 PM

    Apasal pulak nak tanya diorang. bukan Diaorang yg jaga harga barangan. Tanyalah Ayah "BAEK PUNYEEE!"

    Kalau dah Bongok jangan tunjuk kat orang.

    kan Orang dah tahu.

    Kah,keh,kui.....

    BalasPadam
  35. Anon Sunday, September 18, 2011 7:17:00 PM

    Aku jangan kata nak tengok muka kau. Balas komen kau ni pun dah 17 kali termuntah.

    Risau jiran aku tengok aku muntah. dia tanya kenapa.??? Aku tunjuk la kau punya komen. Jiran aku pulak 13 kali muntah.

    Lain kali X yah komen la.
    Penat nak cuci muntah.

    BalasPadam
  36. papa gomo ni dulunya polis cabuk aje diberhentikan krn masalah displin, jiwa dan roh pun kotor, hati xpernah di cuci dgn zikirullah sbb itu makin lama makin gelap dan jauh dari HIDAYAH Allah dan jika terus menerus melakukan kerja2 kotor ni maka di khuatiri beliau x akan nampak PINTU TAUBAT kalau esuk lusa Allah panggil dia pulang kesian lah dia memang KANTOI lah, hidup penuh dgn NODA DAN DOSA, tp org mcm ni cakap apa pun memang dah MAJAL kepala otak nya apa tak nya DAPAT UPAH PUN dgn membuat kerja2 terkutuk ni dan bg anak bini makan dgn hasil yg tak diredhai Allah bagaimana kah generasi nya membesar dgn hasil sebegini tp apa nak buat mrk tak nampak alam sesudah MATI!!!anon 5:35 PM kamu tak hidup zaman anwar muda2 thn 80 an kalau kamu hidup zaman itu mungkin kamu tak termasuk dlm Surah Al Hujaraat :12 zaman muda anwar solat sunat tahajud menjadi amalan hidup beliau dan ketika itu sebagai Presiden ABIM masih lg bujang, anda dah lahir ke belum? walaupun anwar bukan maksum tp kalau kita dah di didik dgn secara istiqamah utk membuang NAFSU2 AMARAH kita tak semudah itu utk melakukan perkara2 yg di kutuk Allah sbb itu Ba'ah dan Tarbiah dari guru2 Mursyid adalah satu kewajipan dlm perjalanan ahli2 kesufian,Anwar berada dlm bilek hotel masa yg ditunjukkan 22:26:10, tp masa anwar dan eskay sebaik2 pintu lif tertutup masa yg tertera 22:52:19 kmdn anwar dan eskay keluar dari lif masa tertera 22:52:25 jd kpd anon 5:35 PM ni buat lah kajian secara jujur dan menyeluruh bukan cakap aje kata dah buat tu dan ini pd hal kamu sebenar nya pun mcm papa gomo jugak main hentam kromo,mrk akan cuba buat bermcm2 lg cerita yg penting biar anwar terpenjara dlm penjara biar 100 thn jadi tak heran lps ni akan ada mcm2 fitnah lg tentantg anwar, kita boleh menipu org ramai tp kita x leh menipu ulama2 terutama ulama2 Sufi krn diberi Allah pandangan yg telus (kasyaf) org2 yg JAHIL sj akan menafikan nya...sesungguh nya ilmu Allah swt Maha luas.

    BalasPadam
  37. Sunday, September 18, 2011 11:28:00 AM. Agak agak la kalau nak tunjukkan kebodohan anda. Saya puas menonton filem hitam putih. Tak pernahnya orang pakai baju putih tapi keluar kat scrin TV jadi hitam dan begitulah sebaliknya.
    Tinggal kat hutan mana specis awak ni..?

    BalasPadam
  38. Lepas ni Bangla yang hitam mesti boleh jadi putih.
    Kita tanya papagomo macamana nak buat.

    BalasPadam
  39. tahniah ssemua penjilat nuar, pertahankanlah kaki jubur itu sehingga ke darah yg terakhir....bagus bagus

    BalasPadam
  40. Tak pe la kalau orang tu memang dah dilahirkan dan ditakdirkan untuk menjadi penjilat, jadilah penjilat hingga ke titisan airn kencing nanah nuar yang terakhir.

    BalasPadam
  41. Anwar,Penyokong Anwar,Keluarga Anwar jangan banyak cerita,sekali lagi aku cabar sila ambil tindakan mahkamah terhadap Eskay, dan Papagomo kerana MEMFITNAH.Bukan buat lapuran salah itu,salah ini.Kalau tak percaya polis utk siasat FITNAH mengapa pula percaya polis buat siasatan lain.Oleh itu jangan berdalih,buat lapuran polis mengenai FITNAH,kalau ada telor..Kita mahu tahu video sama ada video itu FITNAH atau benar .Itu saja.

    Kita bukan nak minta bersumpah,kerana bersumpah tak ada dalam Islam,satu hukum yg cukup di pegang oleh tok-tok lebai PR.Bersumpah jangan, dosa besar kalau bersumpah tapi tak sembahyang ok,bagi sebahgian penyokongPKR.

    BalasPadam
  42. Satu lagi,demi menjaga maruah,penyokong ,keluarga dan sahabat handai yg bermati-matian menyokong beliau,ANWAR SEPATUTNYA MENUNJUKAN DI MANAKAH JAM TANGAN ROLEX YG DI PERKATAKAN DALAM ISU INI PADA PRENGKT AWAL DULU.ADAKAH INI TERLALU SUSAH UTK ANWAR LAKUKAN,ADAKAH INI JUGA AKAN MENDATANGKAN DOSA BESAR,SEPERTI BERSUMPAH.ANWAR TAK PERLU BERDOLAK DALIH.JANGAN JADIKAN PENGIKUT,SEBAGAI HAMBA ABDI MEMPERTAHANKAN NAFSU SERAKAH BELIAU.

    BalasPadam
  43. MI: Anwar tidak mahu layan klip baru didedah oleh blog pro Umno.

    Ya,biarkan hamba abdi aku sja yg mempertahankan itu semua, nafsu serakah aku,aku boleh lampiaskan kemana saja,bon*o* ke depan ke,ikut mana yg pak awang aku mahu.Ya hooo,jangli ka he.Inilah untungnya bila sudah di anugrah taraf maksum oleh pengikut setia yg baghal.

    BalasPadam
  44. Anon:
    Monday, September 19, 2011 9:55:00 AM

    Cabaran anda diterima. Sepasukan anak muda telah membuat laporan polis berkaitan dengan isu video itu beberapa hari yang lepas. Dalam TV3 dan RTM tidak ada berita itu... sendiri cari dalam internet.

    Sekarang giliran kamu, aku cabar kamu untuk memberi penjelasan terperinci mengenai UMNO:

    1. Professor Zainal Kling telah memberi arahan kepada semua pihak agar mengingati bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Tapi pemimpin UMNO yang lama dengan UMNO Baru telah menetapkan 31hb. Ogos 1957 sebagai hari merdeka.

    Persoalannya mengapa ada hari merdeka sedangkan Tanah melayu tidak pernah terjajah ?

    2. Benarkah pemimpin UMNO berjuang mendapatkan kemerdekaan Tanah melayu hanya melalui rundingan..?

    Atau sebenarnya pemimpin UMNO tidak menuntut kemerdekaan tetapi menyertai majlis angkat sumpah taat setia pada kerajaan British disamping menjaga segala kepentingan British yang ada dalam Tanah Melayu melalui parti UMNO. Seolah-olah UMNO sudah menjadi tuan dalam negaranya sendiri.

    Tapi sampai hari ini, sebenarnya British masih menguasai Malaysia melalui parti UMNO Baru kerana segala tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO Baru tak ubah seperti pejajah.

    Lagi pula setiap ada permasalaahan dalam negara pemimpin UMNO Baru akan bergegas ke London untuk dapatkan khidmat nasihat dari pegawai British ?

    Oleh kerana itu 31hb. Ogos setiap tahun adalah hari mengingati UMNO mengambil alih kuasa menjajah Tanah Melayu dan Malaysia ?

    Aku cabar kamu jawab persoalan sejarah ini. Kalau kamu tidak jawab bermakna kes video lucah itu adalah bahan untuk melupakan rakyat bahawa UMNO Baru memang waris penjajah British yang mesti disingkirkan dari Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

    BalasPadam
  45. BABI PAPAGOMO!!! BABI!

    BalasPadam
  46. anon 11:32:00

    Cabaran belum di sahut.

    Laporan polis yg di buat bukan mengenai FITNAH,cek betul-betul,apa bentuk lapuran yg di buat.Jangan mudah syok sendiri.Anwar memang berkonspirasi dgn grombolannya bagi mengelirukan penyokong yg tak cerdik.Tak caya tanya KS,WA,Shamsul,mereka lah yg berusaha keras menutup kebejatan Anwar.

    BalasPadam
  47. Anon Sunday, September 18, 2011 7:44:00 PM...
    Dah habis ke muntah engko dan jiran engko tu engko lahap? Senang dan slesanya hidup makhluk pelahap najis dan muntah macam engko ni...

    BalasPadam
  48. Anon Monday, September 19, 2011 10:04:00 PM

    Kan aku dah hantar semua muntah tu kat rumah ko.Dah Habis ke???? tak Cukup ke?????

    takpa,takpa.
    Bila aku terbaca komen ko ni dah rasa nak muntah balik ni. Kucing aku pun muntah sekali ni.
    Esok aku hantar ke rumah ko ye....
    Boleh la ko sekeluarga menjamu selera.......

    BalasPadam
  49. Anon : 2011 4:59:00 PM

    Kalau buat laporan bukan mengenai fitnah, mengenai apa pulak...? Tidakkah itu adalah langkah pertama untuk kita ingin tahu sama ada polis Malaysia makan gaji untuk berkhidmat untuk rakyat atau untuk parti UMNO Baru saja...?

    Bila kita lihat ada tindakbalas dari pihak polis maka kita hantar satu lagi laporan polis mengikut keperluan.

    Apakah alasan yang diberikan seperti diatas untuk mengelak soalan cepumas dari dijawab ?

    Saudara tidak bangang cuma tak faham kerana selalu kena tipu dengan pemimpin UMNO Baru. Kalau saudara kata tidak pernah kena tipu maka suadara memang bekerja sebagai pencacai seperti Kickdefella.


    Sudahlah anon.... alangkan pemimpin UMNO Baru sendiri bacul dan pengecut inikan pula anda sebaris pencacai tempurung kelapa....

    Pilihanraya dah dekat. Kalau dalam pilihanraya kecil Kerajaan BN sanggup mengeluarkan berbilion ringgit untuk menarik sokongan pengundi supaya sokong calon BN jadi menang.

    Maka sudah masanya kita yang tidak dapat merasai habuan pilihanraya kecil dari kerajaan BN, kita mesti bersatu melahirkan desakan diatas segala keperluan hidup kita yang selama ini diabaikan.

    Bila kerajaan BN tak layan kita, kita cari kerajaan baru, Kerajaan pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  50. Rakyat Bangladesh undi di Malaysia

    Rakyat PAS Malaysia undi di Bangladesh

    Baru Sempoi......

    BalasPadam
  51. Senang2 layarilah...

    http://parpukari.blogspot.com/2011/09/gempar-berkunyit-ubat-sakit-jantung-mb.html

    http://theunspinners.blogspot.com/2011/09/gambar-s-class-nik-aziz.html

    http://www.papagomo.com/

    Buka minda sikit.. jangan asyik dok layan haprakdaily saja.

    BalasPadam
  52. anon 10:55:00,

    report yg di buat oleh budak-budak PKR tu pun kau tak faham,patut sangatlah kau jadi penyokong Anwar yg kuat kelentong tu.

    BalasPadam
  53. Tapi...tapi...
    Itu bukan saya la...
    Korang tak faham-faham lagi ke...
    yaiiii... I tak suke la mcam ni...

    BalasPadam
  54. Saya membaca komen rakan2 di FB baik Melayu, Cina mahupun India (tiada rakan FB Bangla), tiada seorang pun yang percaya fitnah terbaru UMPORNO ni. Semuanya 100% percaya bahawa UMNO sedang terdesak melakukan pelbagai kerja kotor menjelang PRU akan datang.

    BalasPadam
  55. Pencacai UMNO-APCO kantoi lagi. Mereka ni kena pergi kursus lagi di Israel sebelum jadi pemfitnah profesional.

    BalasPadam
  56. seawal2 agama mengenal AllahRabu, September 21, 2011 11:29:00 PTG

    Hanya kepadamu Ya Allah kami serahkan urusan yang kami tidak ketahui, setiap yg bersalah akan dihadapkan dimahkamah Masyar, lebih baik memilih diam, kerana tidak kena mengena langsung dengan diri diri kita....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.