
Orang ramai terkejut bila melihat kelibat Ketua Pembangkang selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada dalam program sambutan Rumah Terbuka Malaysia di Sekolah Menengah Guar Perahu dalam kawasannya semalam. Pada awalnya, ramai yang mempersoalkan kenapa wajahnya tidak disiarkan oleh media arus perdana ketika memaparkan acara sambutan tersebut. Namun, selepas diamati betul-betul ternyata pemimpin terbabit memang tidak hadir ke majlis itu. Soalnya sekarang, apakah benar beliau tidak dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur atau sememangnya dia diundang tetapi sengaja mencari jalan untuk tidak hadir?. Difahamkan, Anwar telah bertolak ke Munich, Jerman beberapa hari sebelum program itu berlangsung. Persoalannya, kenapa harus pemimpin terbabit meninggalkan kawasan beliau ketika ribuan rakyat berpusu-pusu ke situ. Bukankah lebih baik beliau menghantar wakil untuk hadir atau ahli keluarganya sendiri seperti Wan Azizah, Nurul Izzah dan sebagainya. Tindakan melarikan diri dari kawasan, menyebabkan rakyat tertanya-tanya sebenarnya. Atas apa jua alasan, Anwar sepatutnya berada di kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan program lain jika pun beliau tidak mahu hadir ke majlis terbabit. Perbalahan politik tidak harus terbawa-bawa hingga ke majlis-majlis sebegini. Anwar selaku Ketua Umum PKR, harus mencontohi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sanggup menghadirkan diri untuk meluangkan masa dalam mana-mana program rasmi yang diadakan di dalam negeri Kelantan dan sebagainya. Langkah ini wajar dicontohi oleh mana-mana pemimpin. Tidak perlu terbawa-bawa sentimen politik ke majlis ini jika mahu dicontohi rakyat.

Jikalau Anwar boleh minum teh bersama Najib di parlimen, kenapa beliau
tidak boleh meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia

Bukti, cuba lihat Tok Guru Nik Aziz turut pakai lencana "1 Malaysia" dan
hadir ke majlis rasmi kerajaan pusat yang dihadiri oleh PM Najib Razak
Bukti jelas kehadiran Guang Eng turut mendapat sambutan hangat rakyat
Alangkah indah kiranya Anwar (Ahli Parlimen Permata Pauh) ada sama

Jikalau Anwar boleh minum teh bersama Najib di parlimen, kenapa beliau
tidak boleh meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia

Bukti, cuba lihat Tok Guru Nik Aziz turut pakai lencana "1 Malaysia" dan
hadir ke majlis rasmi kerajaan pusat yang dihadiri oleh PM Najib Razak
Alangkah indah kiranya Anwar (Ahli Parlimen Permata Pauh) ada sama
[Apa yang lebih mengejutkan ialah sikap profesional Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama anggota exconya yang telah hadir berama-ramai ke program itu semalam. Malah, Lim juga telah duduk semeja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu. Rakyat meihat semua ini, dan mereka boleh memahami setiap apa yang berlaku. Paling menarik, kehadiran Lim Guang Eng turut mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat. Biar pun media arus perdana cuba menyembunyikan fakta ini, namun ternyata pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu tetap diterima biar pun sering dibuat provokasi oleh UMNO BN selama ini. Kehadiran Lim amatlah menyeronokkan rakyat terutamanya mereka yang "atas pagar" dan penyokong BN sendiri. Justeru itulah, sepatutnya Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh membatalkan semua urusan lain dan hadir ke majlis itu semalam. Tindakan beliau melarikan diri dengan berbagai urusan amatlah dikesali dan tidak sepatutnya dilakukan jika dia seorang pemimpin yang benar profesional].






DSAI dan keluarga tak payah hadir. Rakyat PPauh dah sedia maklum mereka telah diaibkan tahap paling maksima oleh Kerajaan UMNO/BN. Dgn pentadbiran Najib tak payahlah berlaku profesional sbb Najib & bini dia sendiri tidak profesional semasa ditemuramah oleh peguamcara DSAI dalam kes semasa ini. Sekian.
BalasPadamSambutan Rumah Terbuka Malaysia di Sekolah Menengah Guar Perahu dalam kawasan Permatang Pauh oleh Mohd. Najib memang agak pelik kerana dari Putrajaya sanggup terbang ke Pulau Pinang.
BalasPadamTiada kesalahan nak buka rumah terbuka walau dimana pun cuma dari pemerhati politik, ianya cuba menghina dan mengejek wakil rakyat dikawasan tersebut seolah-olah wakil rakyat kawasan itu tidak mampu mengadakan rumah terbuka untuk rakyat khasnya pengundinya disitu.
Lihat bagaimana Mohd. Najib ketika hadir disitu, apakah dia merayakan hari raya bersama rakyat atau berkempen politik untuk memulihkan prestasinya yang merundum..?
Maruah Anwar Ibrahim dan keluarganya sudah teramat hina yang dihina oleh pemimpin UMNO Baru sejak dari zaman Tun Mahahtir.
Sebagai orang yang bermaruah, apakah ia akan menghadirkan diri dalam sesuatu majlis tanpa dijemput? Seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong ?
Kalau pun Anwar telah menerima jemputan dari pihak UMNO Baru dimajlis rumah terbuka Malaysia itu, bukan menjadi kesalahan jika dia tidak dapat menghadirkan diri atas alasan memenuhi keperluan peribadinya ditempat lain.
Kita amat memahami keadaan Anwar Ibrahim dengan pemimpin UMNO Baru. Pengundinya tidak akan mengubah pendirian dan tetap sokong Anwar dan keluarganya walaupun tidak hadir dimajlis rumah terbuka malaysia yang dianjurkan oleh UMNO Baru.
knp permatang pauh yg di pilih,bkn georgetown?ada mksud yg trsirat!apa kh itu program krajaan pusat?bkn,ia ada lh program UMNO.ucapan2 yg di smpai kn ada kh smua ny brkisar tntang negara?tidak jg,ada jg yg nk smash PR.
BalasPadamKalau dijalankan pungutan suara rasanya majoriti pengundi di PPauh sendiri akan memilih 'YA ANWAR SEPATUTNYA HADIR'. Yang memilih 'TIDAK' itu sebenarnya adalah EJEN PENGECUT DAN PENGHASUT. Atau dalam lain perkataan tipikal makhluk spesis PONDAN TAK GENAP BULU KETIAK.Dalam hal ini Anwar sendiri telah memperlihatkan siapa dirinya dan karakter hati budinya. Sebenarnya majoriti rakyat Malaysia tak hairan pun kalau Anwar tak hadir. Siapa makhluk bernama Anwar dan bergelar 'insan istimewa anugerah tuhan' ini kalau bukan si ayam jantan yang KOKOKNYA BERDERAI-DERAI TAPI EKOR PENUH BERGELUMANG TAHI...!
BalasPadamkalau aku jadi anwar pun aku tak pi. Tak kebuloq nasi free najib.
BalasPadamTapi masyarakat permatang pauh walau pun majoriti nya penyokong PR tetap menerima rumah terbuka malaysia tu dgn hati terbuka dan penuh santun. Tak ada adegan buruk berlaku walaupun itu lah yg sgt dihajati oleh juak2 umno. Seandainya majlis seumpama oleh Pr di adakan di Johor, Melaka, pasti huru hara jadinya oleh samseng2 umno. semoga rakyat dapat lihat ini, penyokong PR bukan lah ganas dan provokatif seperti yg di gambarkan oleh media2 pecacai umno.
Penting sangatkah kehadiran DSAI ke majlis rumah terbuka Permatang Pauh baru-baru ini? Lalu berbagai-bagailah andaian terhadap sikap DSAI tanpa terfikir dek kita bagaimana kalau beliau diaib dan dikecam oleh pengikut-pengikut sekutu UMNO yang yang kerja mereka asyik duk hentam peribadi orang saja. Apakah realiti hidup mereka sebagai orang islam dipraktikan tanpa mengambil kira situasi sebenar? Barangkali majlis rumah terbuka itu pun tidaklah setelus mana ianya diadakan lantaran tidak bermaknalah majlis aidilfitri itu jika ianya ternoda dengan sikap buruk gulungan pelampau UMNO !!
BalasPadamAnwar tak perlu hadir...lagipun Anwar ada function kat Munich..
BalasPadamsaje je parti barua british ni nak buat open house kt Permatang Pauh sb nak tumpang sokongan rakyat Penang..
insyaALLAH tawan Putrajaya, nnt majlis rumah terbuka Malaysia akan sekali lagi ke Permatang Pauh...
Anwar tak hadir sebab majlis di Jerman lebih penting dari ketemu rakyat Malaysia. Kurang-kurang Lim Guan Eng dan Mansur pun hadir.
BalasPadamDia tweet kata dia kat sana.
http://www.anwaraidc.com/?p=16538
Jangan lupa:
BalasPadamJangan Pangkah Dacing.
-MatCermin-
Aku tak heran pun.. anwar dah setting nak ke Munich tu 3 bulan dulu dah.. yg Umno buat kat Pematang Pauh tu buat menda..
BalasPadamlagipun Umno dan Najib mmg tak mau Anwar datang..
aku tak heran pun.. pada 31 Ogos hari tu ada dua peristiwa penting berlaku.. 1. Hari Raya.. 2. Hari Merdeka.. ke mana PM kita masa tu?? tak kan korang tak ingat kot..?? Bercuti beb ke Perth.. siap pakai duit rakyat lg.. agak2 siapa sebenarnya yg tak patut???
Habis nak pakai duit siapa? Tak kan nak pakai duit mak bapak ko! aPA LA BODOH otak udang punya makhluk!
BalasPadamdatang salah tak datang pun salah, dasar munafik, kenapa buat kat p. pauh kenapa tidak d jelebu atau pekan. perancangan gambarkan niat sebenarnya
BalasPadamComfirmed Salah BN & UMNO...
BalasPadamMaaf lah,saya ada shooting kat Munich dan lama tak shoot.Kat M'sia banyak cctv.
BalasPadamSALAM
BalasPadamWatching online movie free hbo,spot ,cinemax,max hd.,Tnt movie,nasional geopgrafi.
,espn.,spot megamix ,star movie ,disney channel,history channel ,animal planet ,
al jazeerz,patagon channel ,axn channel,max hd,bloomberg tv,tvu music,hbo plus,cartoon network,nicktoon,nickoledoan discovery channel .zee channel.b4u. and more channel
free CLICK >> LINK WATCHING
NAK DENGAR RADIO,ada thr,manisfm,erafm,hotfm,sinarfm,hotfm,klfm,
muzikfm dan palbagai lagi MALAYSIA ONLINE FULL LIST RADIO
VISIT LINK >>> TO LISTEN
TO WATCHING TV3,TV2,TV1,pas tv, selangor tv TVi,JAKIM TV ,MOB TV ,1HUJAU
TV CLICK CLICK >>LINK TO WATCHING
Listen Indonesia radio online CLICK >> LISTEN
nuar berehin pergi meliwat kat Munich.. masa tu dah tak tahan sangat kotel dia nak rasa stok kunyit,buat kat malaysia kan kantoi,buat kat luar negara susah sikit kantoi..
BalasPadamApa Yang Penting:
BalasPadamJangan Pangkah Dacing.
Jangan tidak-tidak.
Takde tapi-tapi.
-MatCermin-
Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING.
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
-CerminHikmat-
Yang penting apa?
BalasPadamTERUS PANGKAH DACING (BN)
Tidak-tidak... JANGAN!
Tapi-tapi... TOLAK TEPI!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
HIDUP BN!
-CerminHikmat-
Tuesday, September 13, 2011 2:50:00 PM
BalasPadamsedapnyer ko merapu dan rasanyer sesedap "azab" yang akan dibalas ALLAH nanti.betul x?.......