script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Chegubard Bakal Dedahkan Rahsia Cincin RM24J Rosmah Dalam Ceramahnya Di Pekan Malam Ini !

PEKAN, 21 Sept - Badrul Hisham Shaharin (foto) atau lebih dikenali sebagai Chegubard akan berceramah di Markas PAS Felda Chini 3 dekat sini jam 9.00 malam ini. Beliau yang merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dijangka akan membongkar kontroversi tentang "Rahsia Cincin RM24 Juta" yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, isteri Ahli Parlimen Pekan iaitu Datuk Seri Najib Razak sendiri. Maknanya, Chegubard bakal mendedahkan sesuatu yang agak panas di kawasan Najib sendiri. Harus diingat, DUN Chini dulunya pernah ditakluk oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan calonnya Jeffri Rashid menewaskan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang sekarang, Dato' Wan Razali Wan Mahussin dengan kelebihan majoriti hanya lima undi sahaja. Keputusan itu mencemaskan kem Najib hingga menyebabkan beliau sebenarnya sudah tumbang di Parlimen Pekan jika tidak kerana "undi pos" yang diterima. Tambahan pula ketika itu satu lai DUN dalam parlimen itu iaitu Kuala Pahang juga dikatakan berjaya dimenangi oleh pembangkang yang diwakili parti PAS. Ini bermakna, Najib Razak bukanlah terlalu hebat dan kuat di Pekan, cuma selepas beliau melakukan operasi membawa masuk begitu ramai pengundi "antarabangsa" ke situ barulah beliau menang bergaya di Pekan selepas itu. Sokongan orang Melayu Pekan terhadap Najib tidaklah sehebat mana sebenarnya. Ramai yang kecewa selama beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen dan berada dalam kabinet orang Melayu Pekan terus ketinggalan dari sudut ekonomi dan sebagainya. Najib cuma membawa peluang-peluang pekerjaan kepada golongan tertentu dengan membawa masuk industri automotif ke Pekan. Sebaliknya, bagi rakyat biasa yang mendiami kawasan itu mereka terus ketinggalan dari segi pembangunan. Malah, nasib dan kebajikan mereka kini diabaikan berbanding dengan ribuan warga asing yang mendiami kawasan tersebut.


Inilah rupa sebahagian perkampungan Kemboja yang berjaya dijejaki itu
Fenomena warga Myanmar, Kemboja dan rakyat dari Kedah Perlis mendiami kampung-kampung baru yang duwujudkan di Pekan bukan omongan kosong lagi. Pekan kini menjadi daerah antarabangsa, anehnya rakyat tempatan tidak mendapat peluang memiliki tanah dan sebagainya, tetapi mereka yang "diimport" itu pula yang lebih diberi perhatian. Warga Kemboja dilihat memegang ekonomi di Pekan sekarang, Majoriti yang menjalankan perniagaan di dalam bandar Pekan termasuk di pasar-pasar malam dimonopoli oleh mereka. Malah di kawasan Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang pun begitu juga. Pekan sudah jadi negara asing bagi sebahagian penduduk Pekan. Lantaran itulah mereka menolak kepimpinan Najib sebenarnya. Namun, Najib lebih bijak bilamana ketika persempadanan semula kawasan pilihanraya dilakukan oleh SPR beliau telah membawa masuk Kem Tentera Batu 10 yang lokasinya dalam Daerah Kuantan dan Parlimen Paya Besar ke Parlimen Pekan. Di wujudkannya DUN Pulau Manis sebagai satu strategi untuk mengaburi mata rakyat. Ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan, maka kuasa yang ada menyebabkan beribu-ribu undi pos angkatan tentera berpihak kepada beliau. Akhirnya Najib dilihat begitu gagah dan hebat, walhal semuanya tahu rakyat Pekan sendiri menolak Najib sebenarnya.


[Najib berbangga kononnya beliau mendapat undi tertinggi di Malaysia, tetapi beliau harus sedar bahawa undi yang diperoleji itu adalah bukan dari orang Melayu atau warga Pekan sendiri. Sebaliknya undi yang telah diselewengkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Najib sebenarnya bukanlah jaguh digelanggang sendiri apabila menggunakan "pengundi import dan pos". Ada orang kata, jika itu senarionya "letak tunggul kayu pun BN menang". Bukankah ini membuktikan kepada kita hinannya Najib anak Tun Razak itu dibumi Pekan. Sudahlah projek-projek kontrak disapu oleh kroni-kroninya. Kontraktor Melayu di Pekan hanya dapat mencium bau sahaja, isinya disapu oleh kroni Najib dan Rosmah. Maka itu, datanglag beramai-ramai untuk menyaksikan Chegubard membuka gelanggang di Parlimen Pekan yang kononnya begitu gah buat Perdana Menteri Malaysia pada malam ini].
Share:

7 ulasan:

  1. pdo buat komen ikut perasaan, bukan ikut fakta...dasar blog sampah macam ni lah

    BalasPadam
  2. Daripada CheguBard dedahkan rahsia cincin Rosmah, lebih baik CheguBard dedahkan skandal seks Mat Sabu dan Anwar Ibrahim. Sebab kedua-dua pemimpin ini bakal memerintah Malaysia jadi jika tidak diberi tahu kepada rakyat ia mampu member kemudaratan kepada kepentingan seluruh rakyat negara. Berbanding dengan Rosmah beliau bukan dan tidak akan dilantik sebagai menteri pun. Beliau hanya seorang isteri sahaja, setakat mana kuasa seorang isteri? Ia berbeza dengan Mat Sabu dan Anwar Ibrahim. Cuba fikirkan apa akan jadi jika Mat Sabu dilantik menjadi Menteri Pelajaran dan Anwar adalah PM, sudah tentu pelajar di negara ini gila seks dan melakukan pelbagai perkara tidak bermoral. Makin bertambahlah kes buang bayi di negar ini…

    BalasPadam
  3. La kenapa daif sangat rumah Kemboja ni. Kerajaan patut menyediakan rumah dan infra yang cukup selesa buat mereka kerana mereka dah jadi rakyat Malaysia. Lagipun mereka ni fixed deposit kerajaan.

    BalasPadam
  4. patut kurang income sekarang...duit mengalir masu kat diorang ni...

    BalasPadam
  5. Mr Sam,

    Bila Kerajaan Berkebajikan di tubuhkan nanti,bolehlah semua rakyat disediakan rumah yang baik.Macam di Kelantan sekarang ni, semua rumah di bena oleh kerajaan Nik Aziz kan?.Seronoknya jadi rakyat Kelantan.

    BalasPadam
  6. Thursday, September 22, 2011 11:33:00 AM.
    Eh eh mana ada. Kawan aku dari Umno kata orang kat Kelantan tido bawah kotak je. Negeri miskin sebab Pas yang perintah. Kat sana jalanraya, sekolah, hospital takde, Balai Polis pun takde, kalau ada kes ngadu kat Penghulu je macam cerita Nujum Pak Belalang.
    Badan rakyat semuanya kurus kering tak cukup makan sebab Guru pondok yang tadbir negeri.
    Yang pandai cuma BN je macam BN Pahang
    Belanjawan defisit 12 tahun berturut-turut. Aku pun tak tau apa makna itu defisit. 12 tahun berturut-turut maknanya cemerlang, gemilang dan terbilang la tu. Tapi yang paling aku hangin kat Kelantan ni ialah tempat aku nak beli nombor TOTO takde juga. Maknanya tak maju la takde kedai TOTO. Tengok Pahang yang maha hebat sampai satu bukit tempat orang berjudi...

    BalasPadam
  7. Betul tu MrSam.
    Masa Pas perintah Terengganu dulu banyak cukai yang dihapuskan. Antaranya TOL Jambatan Sultan Ismail dengan alasan nak tolong rakyat. Tak pandai perintah lah tu sebab nak tolong rakyat.
    Yang pandai perintah ialah macam kerajaan BN. Buat jalan dengan TOL sekali. Dengarnya kos Lebuhraya RM6 billion tapi dah dapat kutip balik RM13 billion dan boleh terus kutip sampai 2050 kalau tak silap. Biarlah mereka terus kutip TOL. Biarlah kita miskin janji orang kat atas senang. Sekurang-kurangnya yang kaya tu Melayu. Aku suka ramai orang Melayu kaya sebab berpuluh-puluh DEB dilancarkan tapi sasaran 30% tak dapat-dapat lagi.
    Satu lagi kerajaan PKR Selangor pun tak pandai perintah sebab buat TAWAS bagi RM100 untuk setiap kelahiran anak Selangor. Air pun bagi percuma 20 meter padu. Hairan aku..
    Tengok kerajaan BN Pahang meter air pun dulu kena sewa. Macam tu la orang pandai berniaga. Cilok sini, cilok sana, tipu sana dan tipu sini baru boleh kaya. Kalau tak macam mana nak bayar hutang dengan kerajaan pusat dah lebih RM2 billion. Orang kata maha banyak tapi aku pun tak tahu sebab tak pernah tengok duit sebanyak tu. Kot kalau dia jatuh atas satu kampung boleh penyek semua orang kampung kot..
    Kerajaan Kelantan pun sama. Bila ada warga emas mati, waris dapat RM2500 untuk tolong urusan pengkebumian. Kalau bagi macam mana rakyat nak berdikari. Tengok kerajaan BN Pahang, kalau nenek kita mati, kita kena keluar belanja sendiri. Barulah kita jadi rakyat yang produktif. Buat masa ni takde lagi orang mati kat Pahang ni waris tak mampu kebumikan jenazah. Itu menunjukkan kerajaan Kelantan silap.
    Kerajaan Pulau Pinang pulak naikkan peruntukkan Jabatan Agama. Masa Koh Su Koon dulu bagi dalam RM12 juta setahun, Umno kata kenapa banyak sangat.Datang YB Lim Guan Eng yang anti Islam tu tambah jadi dalam RM24 juta dan sekarang dah sampai area RM34 juta. Akhirnya dah makin ramai orang Islam pergi masjid dan makan kekeyangan sampai dah nak boroi semua. Bil api air pun turut melambung.
    Kerajaan Kedah pulak lagi mamai. Tender balak sampai RM19 ribu satu hektar. Patut la takde orang Melayu yang jadi tokey balak sebab premium mahal sangat. Nasib baik kerajaan BN Pahang baik, tender dalam RM500 hinggit ke RM 1 ribu je untuk satu hektar. Tengok, kan ramai orang Melayu dah jadi tokey balak. Tengku Wong tu Melayu kalau nak tau. Saja je dia pakai nama Cina sebab orang Melayu ni tak suka riak..
    Jadi kalau tak mau rakyat susah, teruslah mengundi Ameno Barisan Nasional..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.