script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edaran Risalah Jangan Tipu Rakyat Anjuran PSM Cameron Highland Berjaya Di Adakan Biar Pun Di Halang Pihak Polis Di Wisma Sri Pahang Pagi Tadi

KUANTAN, 14 Sept - Seramai tiga belas orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands telah mengadakan edaran risalah "Jangan Tipu Rakyat" di pintu masuk Wisma Sri Pahang dekat sini pagi tadi. Program bermula kira-kira jam 11.00 pagi itu, turut dihadiri oleh beberapa orang ahli PKR dan PAS. Mereka bersama-sama mengedarkan risalah di kawasan pintu masuk Wisma Sri Pahang, Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dan sekitarnya Program itu diketuai Saudara Suresh Kumar (foto), selaku Pengerusi PSM Cawangan Cameron Highlands. Menurut Suresh, tujuan edaran risalah itu diadakan adalah untuk mendesak Kerajaan Negeri Pahang supaya mendengar rintihan mereka terhadap beberapa masalah yang telah dihadapi sejak tiga tahun yang lalu. "Kerajaan BN tidak mahu selesaikan masalah, malah langsung tidak pedulikan apa yang kami suarakan. Aduan termasuk memorandum, surat dan perjumpaan sudah pun dibuat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Besar Pahang (Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob) dan bekas Pegawai Daerah Cameron Highland (Dato' Muhammad Noor Abdul Rani) dan Pegawai Daerah yang baru iaitu Dato' Abd Muain Abd Hamid. Namun tiada satu pun tindakan telah diambil oleh pihak berkenaan", katanya. Antara perkara yang di bangkitkan ialah berkaitan masalah pekebun kecil di Blue Calley yang sudah 40 tahun bertani tetapi masih tidak diberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Malahan mereka telah dihalau keluar dari rumah masing-masing dan kawasan rumah itu diberikan LPS kepada kroni Barisan Nasional (BN). Turut dibangkitkan ialah berkaitan masalah gerai yang sudah 20 tahun diusahakan tiba-tiba dikeluarkan arahan pengosongan untuk memberi laluan projek mega Aranda Nova.


Peserta bergambar dengan sepanduk di pintu masuk Wisma Sri Pahang

Kamarul Hatta SAMM juga hadir memberikan sokongan kepada peserta

Para peserta sempat juga menjamu selera bersama Blogger Cucumatkilau

Antara beberapa orang anggota polis yang hadir memantau program itu
Edaran risalah telah berjaya dilakukan dalam tempoh setengah jam sebelum diarahkan bersurai oleh pihak polis. "Saya terkilan dengan layanan yang diberikan oleh pihak polis terhadap kami. Polis mahu menahan kami untuk dibawa ke IPD Kuantan. Bila ditanya atas alasan apa, mereka jawab undang-undang am. Saya pertikaikan apa itu undang-undang am. Setelah perbincangan dilakukan, kami akhirnya tidak dibawa ke IPD untuk siasatan. Seterusnya kami mengedarkan risalah di sekitar bandar Kuantan. Sambutan diterima dari kalangan orang ramai amat menggalakkan", tambah beliau lagi. "Saya terkejut begitu ramai anggota polis Cawangan Khas (SB) yang hadir memantau sebelum kehadiran pegawai polis atasan yang beruniform. Kami tidak buat salah, hanya edar risalah bukan berdemo atau berucap pun. Saya merasakan polis seolah-olah hanya mahu menakutkan orang ramai terutamanya peserta yang hadir", katanya lagi. Semasa program berjalan peserta terbabit didapati sempat merentangkan kain sepanduk yang tertulis "Jangan Tipu Rakyat". Kelihatan juga beberapa orang wartawan media yang hadir membuat liputan program tersebut tadi. "Kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada para wartawan yang membuat liputan termasuk juga rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PKR dan PAS yang turut hadir", tambahnya.

[Sebenarnya, kehadiran pihak polis ke lokasi terbabit tidaklah bermakna mereka mahu melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Pihak polis perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan aktiviti tersebut memandangkan ia dibuat dikawasan tumpuan awam yang menyebabkan berlaku berbagai ganguan di kawasan terbabit. Tambahan pula, tindakan mengadakan program di pintu masuk Wisma Sri Pahang adalah tidak sesuai kerana ia jelas tidak bertentangan dengan etika. Adalah lebih elok, peserta terbabit membuat memorandum dengan mendapatkan tandatangan sebahagian besar penduduk yang teraniaya dan datang ke Kuantan dengan menyerahkan memorandum tersebut daripada mengedarkan risalah. Bukan semua rakyat tahu edaran berkenaan kerana ada diantara mereka yang tidak langsung mengambil tahu apa yang berlaku di Cameron Highlands sebenarnya. Mujurlah pihak polis boleh bertimbangrasa dengan tidak menangkap atau membawa semua peserta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) untuk disoal siasat. Jika tidak sesuatu yang lebih merumitkan pasti akan terjadi. Apapun syabas kepada mereka yang memastikan perjalanan program berkenaan lancar dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada semua peserta yang terbabit].
Share:

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Nak cari pendapatan tambahan, layari tmniaga.blogspot.com.
    Tq PDO.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas pandangan sdr.
    Saya hendak memperjelaskan beberapa perkara di sini.
    1. Edaran risalah di tempat tumpuan awam bukan satu gangguan. Kami semalam telah mengawal himpunan kami di hadapan Wisma Sri Phg dengan begitu aman & tanpa menggangu lalulintas. Edaran risalah harus dilakukan di tempat tumpuan awam dan ia diadakan di hadapan Wisma Sri Pahang kerana K'jaan Phg telah gagal menyelesaikan masalah kami sejak 3 tahun lepas.
    2. Bagaimana edaran risalah di hadapan WSP boleh bertentangan dgn etika? Kami menuntut hak asasi penduduk Cameron yang mempunyai hak untuk memiliki rumah, tanah pertanian, gerai & rumah kos rendah. Ibu tunggal pula ada golongan berpendapatan rendah dan mereka harus diberi peluang ekonomi oleh k'jaan.
    3. Memorandum sudah dihantar kepada MB Phg pada 20/4/2010. Tiada penyelesaian kpd masalah penduduk.
    4. Edaran risalah dibuat kerana ia adalah satu cara kami memaklumkan rakyat masalah kami. Ia akan dibuat di seluruh Pahang.
    5. Pihak polis tidak mempunyai alasan untuk menangkap kami semalam. Saya tidak bersetuju dengan perkataan 'bertimbangrasa' yg sdr gunakan. Pihak polis cuba intimidasi kami semalam. Tetapi tidak berjaya. Dan juga mungkin tidak ada arahan dari pihak atasan.
    6. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan sdr bagi kempen kami dan menerbitkan berita aktiviti kami semalam di blog sdr.

    Suresh Kumar
    PSM Cameron

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.