JERANTUT, 14 Sept - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tampil menyatakan kekecewaannya kepada parti itu dan mengumumkan pengunduran keluar dirinya dari PKR seterusnya menyertai UMNO. Kehadiran ahli PKR Mentakab, Datuk Alimuddin Sawal (foto) ternyata mengejutkan semua pihak termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. Alimuddin mengambil kesempatan bertemu tokoh politik yang hadir dalam mesyuarat bahagian yang lalu, semata-mata untuk mengisytiharkan dirinya keluar daripada (PKR) cabang Mentakab. kerana tidak serasi lagi dengan hala tuju parti pembangkang itu. Hasrat pengunduran keluar dari PKR itu disambut baik Mohamed Nazri dan Tengku Azlan serta ahli jawatankuasa UMNO Jerantut, dengan turut menyaksikan pengisytiharan keluar itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail, ADUN Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahmud dan Ketua Puteri, Hartini Abdul Rahman. Mohamed Nazri berkata, tindakan Alimuddin disifatkan tepat pada masanya berikutan kini PKR dalam kegelapan untuk mencari laluan menuju ke Putrajaya seperti yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, pemilihan Alimuddin yang keluar parti untuk menyertai UMNO membuktikan terdapat kepincangan jelas dalam PKR yang tidak mampu membawa hala tuju dengan jelas dan baik, melainkan hanya berangan untuk menakluki negara. sumber
[Sebenarnya nama Datuk Alimuddin tidaklah sehebat mana ketika beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Malah, ramai yang tidak nampak jelas apa sumbangannya kepada parti itu selepas dia meninggalkan UMNO. Memang ramai yang melihat beliau bukanlah pejuang sejati yang berhak mendapat perhatian rakyat. Ini kerana niatnya hanya sekadar untuk memberontak dan kecewa atas kegagalan mendapat tempat serta projek tertentu dalam UMNO itu sendiri. Lantaran itulah kita tidak hairan beliau akhirnya kembali semula kepada UMNO selepas dijanjikan sesuatu oleh pihak-pihak tertentu. Tiada sebarang, impak besar yang berlaku terhadap Pakatan Rakyat di kawasan Temerloh dan sekitarnya atas tindakan Alimuddin ini. Dia hanyalah umpama "melukut di tepi gantang" yang tiada nilainya. Maka usahlah beliau terlalu seronok].

Elok la tu....janji ada untung bos....apa nak peduli sama org
BalasPadamApa nak buat poket sudah nak kering,,
BalasPadamProjek sudah tak masuk
Macamana mau kasi anak bini makan.
So...what.....!!!!
Lompat la.....
Mana tau...kot2 ada untung
Sana lubuk memang besar.
Bukan saja satu kucek,,,,sepuluh loripun boleh...
Lain2 tu cuma alasan ja....
Saja...mau kasi sedap telinga ja.
Note: Pemimpin mata duitan.
Saya pernah dengar ucapan Dato Alimuddin masa dalam PKR, banyak betul yang dia marah kat Umno.
BalasPadamTapi hari ni dia masuk balik Umno yang dia marah sangat dulu.
Apapun saya ucapkan semoga beliau berjaya bersama parti barunya nanti.