
PEKAN, 18 Sept - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dijangka mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di kawasan parlimennya di Pekan hari ini. Majlis akan diadakan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Ribuan rakyat terutamanya para penduduk Pekan dijangka hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Justeru itu, orang ramai diminta datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan terbabit. Ini kerana, kehadiran ramai tetamu bakal dilihat menghala ke rumah terbuka Perdana Menteri bermula awal pagi ini. Selain orang awam, turut hadir dijangka beberapa orang kenamaan diperingkat pusat dan juga negeri, bagi memeriahkan majlis itu hari ini.

Kain rentang majlis rumah terbuka yang dipasangkan di sekitar Pekan

Inilah lokasi tapak majlis di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan itu
Video ucapan Mahathir eshan dari blog www.semuthitam.blogspot.com

Kain rentang majlis rumah terbuka yang dipasangkan di sekitar Pekan

Inilah lokasi tapak majlis di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan itu
Video ucapan Mahathir eshan dari blog www.semuthitam.blogspot.com
[Pahang Daily Online mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri buat seluruh rakyat Pekan. Kehadiran Perdana Menteri hari ini dijangka meriah kerana semangat raya dan juga beberapa keputusan beliau mutakhir ini yang dilihat boleh diterima oleh sebahagian rakyat itu sendiri. Namun, dalam sedar atau tidak rakyat Pekan sebenarnya masih jauh terkebelakang dari segi menikmati limpahan projek-projek kerajaan yang dibawa ke Pekan lantaran orang luar yang lebih banyak diberi keutamaan sekarang ini. Malah difahamkan hatta projek kecil kelas F sekali pun rakyat bekas tidak merasa. Mereka hanya dapat tempias dari hasil limpahan projek pembangunan tersebut. Soalnya kenapa ini berlaku?. Maka Perdana Menteri harus menjawabnya demi keadilan buat rakyat Pekan itu sendiri].






KIta nak tengok Anwar nak datang ke tak. Kalau Anwar datang ok la, tapi kalau dia tak datang....?
BalasPadamSenang2 layarilah...
BalasPadamhttp://parpukari.blogspot.com/2011/09/gempar-berkunyit-ubat-sakit-jantung-mb.html
http://theunspinners.blogspot.com/2011/09/gambar-s-class-nik-aziz.html
http://www.papagomo.com/
Buka minda sikit.. jangan asyik dok layan haprakdaily saja.
selamat hari raya :)
BalasPadam