
KUALA LUMPUR, 15 Sept - Sepuluh pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd meneruskan mogok lapar sebagai protes terhadap kegagalan Kerajaan Negeri Pahang membayar ganti rugi kepada mereka. Mereka bertekad akan meneruskan mogok lapar sehingga Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) melunaskan bayaran saman berjumlah RM70 juta. Seruan Gemilang memfailkan saman tersebut terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri pada Disember 2002 kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik UMNO di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar. Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua. Salah seorang pemegang saham, Johnson Chong berkata, mereka terpaksa membuat tindakan nekad itu bagi menuntut keadilan dan hak mereka. "Kami tidak mementingkan jumlah saman ini tapi apa yang kami mahukan ialah keadilan kerana kami mengikut undang-undang dalam saman ini," kata beliau yang sudah bersedia menghadapi sebarang kesan daripada mogok tersebut. Seruan Gemilang ketika ini mengalami masalah yang kritikal dari segi kewangan untuk meneruskan operasi mereka manakala para pekerja sudah ramai yang berhenti akibat tidak mendapat gaji. Dalam pernyataan tuntutan, Seruan Gemilang mendakwa pada 31 Julai 2000, defendan kedua (Pengarah Perhutanan Negeri) memberi kelulusan kepadanya bagi mengeluarkan kayu balak dari mukim itu bagi kawasan seluas 3,200 hektar.


Mogok lapar terus diadakan mereka di hadapan sebuah tokong di Segambut
[Pada 13 Mei 2002 yang lalu, defendan kedua telah memberi kelulusan kepada Seruan Gemilang bagi mengeluarkan kayu balak dari baki kawasan seluas 800 hektar di tanah yang sama. Ini bermakna Seruan Gemilang telah diberi kelulusan untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 4,000 hektar. Bagaimanapun defendan kedua hanya membenarkan Seruan Gemilang mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala baki selebihnya telah diberikan kepada beberapa pihak ketiga untuk mengeluarkan kayu balak dari tanah tersebut. Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan bahawa Seruan Gemilang hanya diberi lesen untuk menjalankan kerja pembalakan secara pemindahan bagi kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala bagi baki 1,200 kektar itu pula, defendan mendapati Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd tidak berminat untuk menjalankan kerja di kawasan itu].
TANAH UNTUK DI JUAL DI KG.SOI KUANTAN
Keluasan 0.4290 hektar (1.06 Ekar) Di Sungai Soi, Kempadang 15 Minit Ke Bandar Kuantan Melalui Bangunan Yayasan Pahang Dan Pusat Makanan Laut (Seafood) Tanjung Lumpur. Harga Boleh Di Rundingkan. Jika, Berminat Sila Hubungi Talian 019-284 5511 Untuk Informasi Lanjut.
Keluasan 0.4290 hektar (1.06 Ekar) Di Sungai Soi, Kempadang 15 Minit Ke Bandar Kuantan Melalui Bangunan Yayasan Pahang Dan Pusat Makanan Laut (Seafood) Tanjung Lumpur. Harga Boleh Di Rundingkan. Jika, Berminat Sila Hubungi Talian 019-284 5511 Untuk Informasi Lanjut.






Inilah akibatnya bila mandat diberikan kepada perompak dan
BalasPadampenyamun.
Cuba la bawa kes ni ke MAHKAMAH ANTARABANGSA.
BalasPadamBagi yang Islam cara ni tak dituntut.
citer luar topik sikit
BalasPadamuntuk menjana minda setelah hampir sebulan umno dengan profesor kangkung dan mantan perdana yang hampir nyanyuk menipu kita siang dan malam
aku ni ambik juga paper sejarah tapi x adenya aku nak biar depa ni perbodohkan kita
kalau negara kita x pernah dijajah kenapa si putum dan maharajalela boleh dihukum gantung oleh inggeris dan sultan abdullah yang memerintah perak dihalau ke pulau sycelles kat afrika selatan
takkan penasihat boleh halau pemerintah dari negara depa sendiri kalut umno ni
ada kebarangkalian depa nak ubah sejarah pasal x nak orang ingat polis sebelum merdeka keja untuk inggeris
io\tu pasallah kalau dah bodoh nak tumbang jangan ajak rakyat sekali
BalasPadamingat korang je belajar sejarah
aku malu dengan pakar sejarah yang cakap negara kita x pernah dijajah
bila orang cakap umno ni telur peninggalan penjajah marah....
tapi rakyat dah mula ragu-ragu dengan umno
aku ingat amerika je penipu nak ubah sejarah sampai perang vietnam depa kat depa menang.timbullah watak rambo
rakyat semua yakin dan percayalah umno x relevan lagi
depa kata negara kita x pernah dijajah
maknanya tunku bukan bapa kemerdekaan lah bagi mereka
takkan tunku ke London sekadar cuti-cuti ke london
paling menimbulkan kemarahan orang ramai apabila sejarah bangsa cuba diubah
BalasPadamapa ke halnya
elok korang bukak balik sejarah kejatuhan empayar melaka.cuba selidik gerangan raja mendaliar tu.
BalasPadamElok juga kita imbau dan imbas kembali sejarah dan tawarikh Tok Malim Kundang si anak derhaka itu...
BalasPadamTapi rasanya bebudak tadika pun semua tahu, kecuali ada pihak yang secara sembrono mahu mengubah fakta menjadikan ibu si tok malim itu yang derhaka.