KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto) yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasan mereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut. Difahamkan, sejak semalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut. Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu. Persoalannya yang timbul sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?. Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan dengan perkataaan "Jika" itu dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jika mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari semakin "menyampah" dan tidak yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya. Apapun, kita mengharapkan agar Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya. Barisan peguam yang hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di bumi tercinta ini.
[Undang-undang polis kini begitu berbeza di negara kita sebenarnya. Rakyat yang tidak menyokong kerajaan akan dilayan umpama penjenayah dalam kes-kes berkaitan, sebaliknya mereka yang menyokong kerajaan UMNO BN pula akan ditatang bagai minyak yang penuh. Buatlah apa jua kesalahan jenayah yang melibatkan politik, namun mereka bebas tanpa ada sebarang tindakan. Tetapi bagi rakyat yang tidak menyokong mereka, buatlah apa saja pun hatta SMS, facebook, MMS, twitter dan sebagainya maka pihak polis begitu cekap dan profesional akan mengambil tindakan keras. Soalnya, polis ini berkerja untuk rakyat atas profesionalisme mereka atau atas arahan orang politik agaknya. Kenapa ini harus berlaku di Malaysia yang kononnya sebuah negara demokrasi berparlimen ini?. Terbukti, rakyat kini umpama musuh kepada pihak polis yang perlu diperangi habis-habisan. Maka, itulah juga kita tidak hairan polis boleh melakukan tindakan diluar batasan kemanusia semasa membelasah para peserta dalam perhimpunan Bersih 3.0 dekat Kuala Lumpur baru-baru ini].






KALAU SAFUAN HILMI TURUT DIDAKWA PDRM, BARULAH RAKYAT PERCA KEPADA INTEGRITI PDRM. JANGAN BUDAK UMNO CURI DUIT SATU BILLION DISENYAPKAN, BUDAK PAS/PKR CURI SEPOSEN DIBURU HINGGA LUBANG CACING.... BANGKITLAH PDRM PERTAHANKAN INTEGRITI KALIAN !!!
BalasPadamJANGAN JADI ALAT UMNO-BN, BE PROFESIONAL AGAR RAKYAT KEMBALI MENGHORMATI PDRM....
POLIS MALAYSIA ,,,JANGAN TUNJUK BACUL,,,JANGAN JADI MACAM YAHUDI...BERANI KEPADA YANG LEMAH....KALAU TAK BERTAUBAT HANGPA AKAN BERTEMU NANTI DI AKHIRAT DALAM KEADAAN HINA....LIHATLAH KEPADA POLIS -POLIS YANG DAH PENCEN YANG TERLIBAT DALAM PENGANIAYAAN TERHADAP MANUSIA,,,,HIDUP NYA SENGSARA....SAMPAI KE MATI SUSAH NYA...NAK MINTA AMPUN KAT ORANG YANG HANGPA SEPAK TERAJANG TU MACAMMANA....SENGSARA HIDUP DAN MATI KE ATAS HANGPA...
BalasPadampolis ....oh polis adil lah dalam bertindak...hangpa makan dari hasil cukai rakyat...jangan jadi dayus...propfesional sikit....TAKUTLAH KEPADA ALLAH>>>>>
BalasPadambodoh bangangnya korang ni...
BalasPadamni aziz sapa... polis sape????
polis yg menjaga keamanan nak dibunoh???? fikir lah.... tak bersyukur punya manusia...
Nik aziz??? pengkhianat agama & bangsa serta negara....
susah klau hati dah hitam....
ujub riak takbur & perasan dgn amal ibadat sendiri.... kejanya maki hamun org... mcm ni ke cara berdakwah????? Rasullullah buat cara ni ke??????
Bangang punya anon Saturday, May 05, 2012 9:37:00 PM
BalasPadamKo ni buta ke apa? otak ko dah bantut sebab baca khbar porno UMNO ke.
Manusia jahil macam ko nak cakap pasal agama? pi cermin muka ko dulu
Ni la pasalnya orang dok label puak UMNO ni bangang...pasal ni la
Ummi sanggup jadi saksi pihak disaman Azmin
BalasPadamKUALA LUMPUR 3 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali hari ini menyatakan kesediaan untuk tampil menjadi saksi kepada mana-mana pihak yang disaman oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.
Katanya, beliau bersedia berbuat demikian jika abangnya itu berhasrat menyaman pihak-pihak yang mengaitkan Ahli Parlimen Gombak tersebut dengan rakaman aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang seperti didedahkan oleh beberapa blog.
Malah, Ummi Hafilda juga menyatakan kesediaannya untuk menjadi pelapor bagi menyiasat siapa individu dalam gambar tersebut sekiranya Azmin masih tidak membuat sebarang laporan dalam tempoh tujuh hari.
“Semalam ibu saya menangis sepanjang hari sebaik mengetahui gambar aksi lucah seorang lelaki mirip Azmin dengan seorang wanita yang tidak dikenali.
“Saya sanggup buat apa sahaja demi untuk membersihkan nama baik keluarga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Azmin yang mahu menyaman Utusan Malaysia berhubung gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog baru-baru ini.
Bagaimanapun sehingga kini Azmin masih belum membuat laporan polis walaupun telah didesak oleh Ummi Hafilda semalam.
Ummi Hafilda berkata, bukan niatnya untuk mencari buruk atau menganiaya sesiapa sebaliknya semua itu dibuat untuk mencari kebenaran hakiki.
Tegasnya, jika minggu depan Azmin masih tidak membuat demikian, beliau akan membuat dua laporan polis melibatkan abangnya itu.
“Yang pertama saya mahu polis siasat gambar-gambar tersebut dan kedua adalah untuk mengetahui sama ada Affifah Azmin itu benar-benar anak abang saya atau tidak.
“Ini adalah permintaan ibu yang mahu semua persoalan itu terjawab sebelum menghembuskan nafas terakhir dan sebab itu saya akan pastikan kebenaran dapat dicari," ujarnya.
TIBAI gelar Azmin 'dayus, bacul'
BalasPadamMuhammad Zahid Md. Arip (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan isyarat 'tidak ada' selepas menunggu 20 minit untuk Azmin Ali hadir bagi melaksanakan majlis sumpah laknat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) menggelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai 'dayus dan bacul' ekoran kegagalannya untuk hadir pada majlis sumpah laknat yang dijadual diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Negara di sini hari ini.
Dajal muncul alamat dunia nak kiamat, Umi Felda muncul maknanya pilihanraya dah dekat
BalasPadamMemang jelas UMNO berpegang pada prinsip sekular, tapi sy risau dgn pendekatan PAS yang mengambil sikap berlembut dengan gerakan syiah dikalangan sebahagian ahli dan ketua mereka. jgn salah faham, sy bukan ahli umno, xpernah bersekongkol pn dgn umno.Cuma bila timbul isu khalid ismath ni buat kenyataan mcm ni, jelas dia dh jauh terpengaruh dgn syiah yg mmg keras. sy sayangkn PAS dan harap barisan pemimpin tegas dengan memecat pemimpin yg berpegang pd syiah dlm parti (spt mat sabu) dan ahli yg agak berpengaruh spt khalid ni. klau setakat ahli biase yg langsung xde jawatan/pengaruh tu lain cerita (ahli biase yg kantoi masuk syiah pn wajib dibuang). mmg agak sukar nk kesan diorg sume ni sbb salah satu prinsip syiah adalah taqiyyah atau berlakon dikalangan umat Islam (ASWJ) seolah2 mereka dari kalangan ASWJ. sikap munafik biase pd mereka. khalid ismath adalah pejuang syiah. Jgn terpengaruh dgn doktrin syiah kafir yg sanggup menghalalkn darah umat Islam (ASWJ) utk menegakkn kerajaan dibwh pemimpin syiah shj sebagaimana iran. Kita sedia maklum iran negara kafir syiah imamiyyah sanggup bekerjasama secara sulit dgn israel utk berlakon sbg hero utk memecahkn umat Islam (Ahlussunnah WJ). itu adalah lakonan dan fitnah besar. mereka mengkafirkn para sahabat Rasulullah SAW, dan mencela isteri Nabi SAW. Menumbangkn kerajaan dikalangan ASWJ adalah perjuangan mereka dan memberi keuntungan kpd israel. tengok apa yg terjadi pd negara2 Islam harini (iraq,afghan, tunisia, dll) dan yg terbaru Syria (pengbunuhan/aniaya diklgn ASWJ oleh syiah). Kepada yg kurang tahu berkenaan syiah tolong kaji tentang bahaya syiah ni dan sebar-sebarkan kpd umum. bahaya syiah sama dgn israel.
BalasPadamPAS sama bahaya dengan Israel dan Komunis.
BalasPadamNAUZUBILLAH, anon7.30 am, mengapa anda begitu bangang sehinggakan menyamakan Pas dengan Israel dan Komunis, Lihat lah perlembagaan Pas dan Dasar nya, dan bandingkan dgn Umporno, Itulah bila dah lama dok mentekedarah duit UMNO pERUT JADI BUSUK. cukup lah menjadi PENCACAI DAN PENGAMPU umporno. cari lah kebaikan di dunia dan di akhirat.
BalasPadamPAS membaya rakyat ke syurga Allah tapi UMNO dah terang2 membawa ke Neraka sbb pemimpinnya dari golongan munafik yg halal utk diperangi.
BalasPadamFakta dan relitinya PAS dan PKR adalah sampah, diulang SAMPAH yang hanya menunggu masa untuk dibuang ke tapak pelupusan sampah. Majoriti rakyat Malaysia dah tak sabar nak tunggu PRU13.
BalasPadamKlu sampah.. engko la Alam Floranye.. tukang kumpul campur tangan bagi haru biru lagi apsal..
BalasPadamSAMPAH? ada harga sekarang ni.. sisa radioaktif pun orang amik apa?
BalasPadamSafuan Hilmi nak bunuh Nik Aziz? Ye ke? Ada berani ke? muka macam jiwang karat nak bunuh orang... cakap dengan pokok pisang boleh la.
BalasPadam