script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: MCA Cuba Ganggu, Tapi 'Ahli Parlimen' BN Sendiri Di Lihat Hadiri Ceramah Anwar Di Maran !

MARAN, 29 Mei - Orang ramai yang telah hadir ke program ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) Ahad lalu kecewa dengan tindakan Majlis Daerah Maran membenarkan satu program karaoke anjuran parti MCA diadakan berhampiran Pejabat PAS Kawasan Maran dekat sini. Mereka hairan, bagaimana majlis tempatan terbabit membenarkan acara itu diadakan, sedangkan mereka tahu PAS akan menganjurkan ceramah umum pada malam tersebut. Pertandingan karaoke lagu-lagu mandarin, dengan sistem pembesar suara yang canggih itu kemungkinan besar diadakan bertujuan untuk menganggu kelancaran program berkenaan. Anwar yang hadir sekitar jam 11.00 malam itu bagaimana pun berjaya menyampaikan ceramah beliau tanpa gangguan atau provokasi oleh mana-mana pihak. Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong untuk mendengar ceramah beliau malam itu. Sebelum itu, Anwar khabarnya telah bersama dalam satu lagi program ceramah anjuran PKR di hadapan tapak pasar malam dan hentian bas pekan Sg.Jerik. Kehadiran Anwar ke Maran malam itu juga telah disambut oleh kehadiran begitu ramai penyokong UMNO BN termasuk Ahli Parlimen Maran dari Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu Dato' Hj. Ismail Mutalib dan beberapa orang kanannya. Beliau dipercayai telah mendengar ceramah Anwar sejak dari awal hingga ke akhirnya. Kehadiran beliau tidak disedari oleh orang ramai kerana dia berpakaian tidak formal pada malam itu. Dalam ceramahnya, Anwar berkali-kali mengulangi janji-janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, memansuhkan PTPTN, memansuhkan tol dan banyak lagi. Beliau turut berharap dengan sokongan rakyat yang hadir pada malam itu maka pakatan rakyat akan berjaya merampas parlimen Maran daripada BN pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Anwar turut meluahkan perasaan kecewa atas kebiadapan MCA mengadakan program karaoke di kawasan berhampiran (kira-kira 100 meter) dari kawasan tapak ceramah malam itu. Sementera itu, disekitar bandar Maran kelihatan begitu banyak bendera UMNO BN yang dipasang termasuk kain rentang mengutuk Anwar dan sticker "TIBAI" yang dilekatkan pada dinding dan pokok. Semua itu, bagi menyatakan perasaan tidak puas hati penyokong UMNO terhadap kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri itu di kawasan mereka.


Bukti, kacau ganggu pertandingan karaoke yang dianjur oleh MCA Maran


Ribuan rakyat hadir berbondong-bondong ke program ceramah malam itu

Orang ramai tidak berganjak walau pun gangguan dibuat oleh pihakMCA

Sokongan rakyat makin meningkat dan mereka nyata mahukan perubahan

Turut hadir mendengar ceramah Anwar ialah Ahli Parlimen Maran sendiri

[Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah, tindakan MCA mengadakan program karaoke bagi tujuan untuk menganggu ceramah Anwar pada malam itu jelas sekali sesuatu yang sia-sia sebenarnya. Ini kerana, ramai penonton mereka sendiri dilihat telah pergi ke tapak ceramah Anwar dan hanya kembali ke khemah depan pentas yang disediakan selepas ceramah tamat. itu pun mereka hanya mahu menunggu keputusan cabutan bertuah yang turut diadakan, Malah, pengacara majlis beberapa kali mengulangi nombor bertuah berkenaan kerana ada dikalangan mereka yang terus balik selepas ceramah Anwar berakhir. Kaum Tionghua majoritinya telah menolak BN, maka itu tindakan MCA dilihat telah memakan diri sendiri. Turut berceramah pada malam itu ialah beberapa orang pemimpin PAS termasuk Tuan Guru Hj. Md Baqi Othman (YDP PAS Maran) dan Dr.Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang). Secara keseluruhannya program telah berjaya dan mendapat sambutan. Namun, jika tiada gangguan dari MCA kemungkinan besar lebih ramai hadir mendengarnya].
Share:

10 ulasan:

  1. Ya seronok juga tengok BADUT dan SELEBRITI MURAHAN beraksi. Namun realitinya banyak suara 'BOOOOOOOO' dan 'harrrk tuih...!'. Apa maknya tu?

    BalasPadam
  2. Maknanya BN/UMNO akan digantikan dgn PR selepas PRU 13 nanti.

    BalasPadam
  3. GANTI2 LAH PULOK DGN. PAS...
    KAT ACEH.. BUAT UNDANG2 ISLAM LAGI.. TAK MATI ATAU KEBULOR PUNN RAKYAT DIA..
    KALU PEMIMPIN NEGARA NIE TAK RASUAH.. KAYA NEGARA KITA...
    BIJIH DAPAT KE KITE..
    BALAK TADAT KE KITE..
    TANAH DAPAT KE KITE...
    TAPI BENOR2 NYA DAPAT KE TOK WAKIL JE, DAN KRONI2 JE HARTA2 NIE...
    PASTU.. BALA DAPAT KAT KITE...
    SO.. TOLAK LAH BN NIE.. GONE GAMAK???
    MBOH DAK RAKYAT PAHANG NIE WEH???
    KE TAKUT TAK DAPAT BANTUAN, BRIM..??
    BANTUAN ALLAH TA'ALA LAGI BESOR WEH!! KALU RASUAH $ MAKSIAT XDE..
    GONE GAMOK?? MAKAN CEKAK..??
    PANTANG DATO BAHAMAN, KUIS SONGKOK, AMBIK DUIT...!!! hehehehe..

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang orang berjuang untuk mendapat sesuatu harapan menggunakan otak dan pemikiran. Mereka berdiri dengan berani dan yakin bersemuka untuk berhujah dengan pihak lawan menggunakan akal. Mereka mampu mengeluarkan cadangan yang bernas, mereka menangkis tohaman dengan fakta dan menunjukkan hasil kerja dengan bukti saheh.

    Orang yang berjuang menggunakan akal waras tidak sedikit pun takut pada samseng jalanan yang makan upah kerana samseng ini walaupun kuat tapi bodoh. Otak dikepala penuh dengan tahik seperti otak udang.

    Tugas orang yang berpolitik adalah menyampaikan ceramah pada orang yang layak mengundi supaya pengundi itu faham manifesto yang sedang mereka rancangkan. Bila tiba hari pilihanraya para pengundi dengan rela memberi undi pada calon dan parti mereka yang akhirnya memberi kemenangan dalam pilihanraya tersebut.

    Sehingga hari ini kita tidak dapat membuktikan bahawa pencacai dari Pakatan Rakyat jadi samseng jalanan menganggu majlis yang diadakan oleh UMNO Baru dan BN. Tapi yang selalu melakukan kerja bodoh itu adalah dari kalangan pencacai UMNO Baru.

    Bukan tugas orang politik menangkap samseng jalanan yang membuat provokasi. Itu tugas polis yang bersidai dikiri kanan jalan dan yang menyamar dalam majlis ceramah. Kalau polis yang berada dialam majlis ceramah itu buta, pekak dan penakut sehingga tak mampu menjaga keamaan rakyat nak salahkan siapa lagi maka kita kena tubuh pasukan polis sendiri.

    Selain dari KJ, Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Che Aseh saja nampak macam berani nak berdebat dengan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London tempohari. Tapi disebabkan Hiu Woong Sin tidak mampu menghadirkan diri maka beliau telah dianggap sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.

    Bagaimana pula kedudukan Mohd. Najib selaku presiden parti UMNO Baru merangkap perdana menteri Malaysia takut berdebat dengan ketua pembangkang Anuar Ibrahim berkaitan dengan isu negara, apakah Mohd. Najib juga layak dipanggil sebagai orang yang "lemah jiwa" ?

    Bagi kami, kalau Anuar Ibrahim itu seorang pengecut, bacul dan makan rasuah seperti Mohd. Najib sudah lama kami singkir beliau dari kerusi pemimpin. Ada kami kisah, dalam parti Pakatan Rakyat berlambak orang yang bijak pandai boleh ganti tempat beliau. UMNO Baru ada ?

    Nak adakan pilihanraya tak berdaya buat huru-hara... !

    BalasPadam
  5. JANGAN BIMBANG..
    DAH TAHU PERANGAI ORG AMANO NIH..
    KETUA2 DIA...
    BILA NAK SESUATU.. TAK KIRA LA, BALAK KE, BIJIH KE, LESEN PASIR KE, TANAH KE..MACAM2 LAGI LA...
    PASTI "U TURN" PUNYA..
    "..keluar umno, bodoh umno, rasuah umno.. macam2 lagi daaa.. kata P.Ramli...
    UGUT PASTI UGUT..
    PASTU NEGO... JILAT BALIK LUDAH, HIDU BALI9K TAHIK.. eeee jijik nya!!!
    "Takpe la.. dapat kehendak"... sokong AMANU..
    LIHAT SAE... NAIB KETUA UMNO PERAK.. NOW, NAIB KETUA UMNO HULU SELANOR PULOK...
    " Cis.. bedebah juak2 amano nie.. muka plastik sunggoh..!!! Dengan muka "babi" baik tengok muka babi sikit, comel jugak, asli..
    kahkahkahkahk!!!!

    BalasPadam
  6. Kesian.masih ramai yg sangup mendengar ucapan pelakon handalan ini.Betapa bodohnya.Kami di Selangor sudah pun menolak kaki bontot dan pelakun porno Anwar al Jub ini.Mati hidup balik pun kami dah tak percaya Anwar anak beranak.

    BalasPadam
  7. bukan nak puji anwar. beliau steady je berceramah diatas pentas dengan segala fakta dan bukti, tetapi umngok tak percaya jugak sebab umporno dia nampak kelibat pitis baru dia percaya dan sokong bila ada habuan, sebab puak puak ni dah di asuh lebih dari 50 tahun lu sokong gua , wa kasi lu senang, skrg bila dah 4 negeri sudah terlepas, baru lah menjerit2,minta nyawa, munkin di.. PRU 13 kita ambil terus ke putrajaya, sah puak puak umporno akan meroyan dan mungkin ramai yg sakit jantung dan menghuni taman bahagia,Tanjung Rambutan, sebab biasa senang lepas tu .....Semoga Allah mengembali kpd tangan tangan yg Bertaqwa.

    BalasPadam
  8. Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan

    KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

    Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

    Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

    Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

    BalasPadam
  9. BODOH PUNYA ANON. 30 JUTA NAMPAK, TAPI 250JUTA TAK NAMPAK.. CIZZ BANKONG!!!
    TAK TAHU KIRA DUIT...
    TAK TAU BEZA PENYAMUN TARBUS!!
    PUIIII.....

    BalasPadam
  10. Mak bapak ngko lagi sepuluh kali lebih bodoh dan bacul kerana mendidik makhluk bermajah manusia tapi berotak tikus berminda lembu.
    Harrk... tuihhh!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Hasil Sektor Perhutanan Pahang Mencecah Kira-Kira RM80 Juta Setakat Bulan Ini, Sasaran Kutipan RM150 Juta Menjelang Akhir Tahun

LIPIS: Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran k...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.