KUANTAN, 17 Mei - Orang ramai yang melalui Jalan Mahkota berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I dekat sini terkejut dan tergaman apabila melihat beberapa buat kenderaan remuk dihempap pokok akibat hujan dan ribut dasyat di sini petang semalam. Kejadian ribut dengan angin kencang yang melanda Kuantan mutakhir ini dilihat satu fenomena luar biasa yang jarang berlaku sebenarnya. Hujan yang lebat bukan sahaja disertai dengan petir sabung menyabut malahan juga disertakan dengan angin kencang dan ribut yang begitu kuat hingga menyebabkan orang ramai gelisah dengan situasi ini. Beberapa hari lalu kejadian ribut menyebab banyak "papan tanda besar" yang memaparkan wajah pemimpin negara menyembah bumi termasuk di Padang MPK 4 (Kemunting) iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 Februari lalu. Malah dalam kejadian sebelum ini juga ramai peniaga "Up Town" di Taman Esplanade mengalami kerugian apabila kanopi mereka rosak akibat diterbangkan oleh ribut. Namun, kejadian petang semalam dikatakan lebih dasyat lagi apabila angin kencang berserta ribut melanda bandar Kuantan hingga menyebabkan orang ramai panik. Kejadian yang berlaku ketika semua pihak baru bersiap-siap untuk pulang ke rumah sekitar jam 5.20 petang itu dilihat antara yang terburuk setakat ini. Malah, seorang pemandu kenderaan Mercedes Benz nyaris maut apabila keretanya dihempap pokok besar ketika jalan "jem" di hadapan bangunan pejabat UMNO Kuantan. Menurut seorang saksi yang hanya mahi dikenali sebagai Along berkata beliau nampak pokok besar itu tiba-tiba mahu tumbang secara perlahan-lahan. "Ketika itu jalan jem dan kenderaan bersesak-sesak di hadapan kedainya di jalan terbabit. Pokok besar itu akhirnya menimpa sebuah kenderaan Mercedes Benz dan hampir menghempap juga sebuah lagi kenderaan jenis Iswara. Ketika itu seuasana kelam kabut dan ramai pemandu yang keluar dari kenderaan untuk berlindung di kedai saya (Evo Center). Saya lihat dengan jelas didepan mata pokok itu menghempap kereta terbabit, mujurlah pemandunya selamat dan tak ada kemalangan jiwa berlaku. Jika tidak tragedi ini lebih menyayat hati", kata beliau.
[Sementara itu, tinjauan krew kami ke lokasi kejadian mendapati orang ramai berpusu-pusu mahu melihat pihak Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) menebang batang pokok yang menghempap kenderaan terbabit. Ketika itu hujan masih turun dengan lebatnya di kawasan itu. Pokok berkenaan berjaya ditebang selepas setengah jam dengan kerjasama pihak berkenaan. Apapun, mujurlah kenderaan yang terlibat tidak remuk teruk dan pemandunya juga selamat. Malah, pemandu kenderaan berkenaan juga sempat mengalihkan kenderaannya ke tempat yang selamat selepas itu. Dalam pada itu, difahamkan ribut petang semalam juga menyebabkan beberapa buah lagi papan tanda besar di sekitar bandar Kuantan termasuk di Wisma Sri Pahang dan Tanjung Lumupur juga rebah menyembah bumi. Semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada warga Kuantan. Apa yang pasti semua pihak perlu berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa yang akan datang. Jangan biarkan anak-anak bermain hujan demi mengelakkan keselamatan mereka tergadai. Berjaga-jaga dan beringat sebelum terkena. Ambillah iktibar atas apa yang telah terjadi ini].

Hanya allah swt sahaja yang maha mengetahui. Pelbagai resepsi masyarakat terhadap jatuhnya "papan tanda besar" yang memaparkan wajah pemimpin negara menyembah bumi termasuk di Padang MPK 4 (Kemunting) iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 Februari lalu. Mungkin tanda-tanda kerajaan Barisan Nasional akan tumbang. Mengikut kajian Kerajaan Firaun tumbang ketika berusia 69 tahun. Dan tidak mungkin kerajaan Barisan Nasional yang berusia 55 tahun juga akan tumbang.
BalasPadamkepada pihak MPK, sepatutnya pokok angsana (sena) dan acasia dah lama kena buang sebab bakal meungundang bahaya kepada pemenadu kenderaan bila hujan dan ribut. juga lampu lampu jalan raya di sekitar by-pass / simpang ke pelabuhan..ke nak tunggu kakitangan MPK/JKR/PDRM/JPJ/SPAD kemalangan baru nak baiki.
BalasPadam