script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu, "Tiada Kematian" Yang Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA - Selangor kekal mencatatkan bilangan kes COVID-19 harian baharu tertinggi iaitu 692 kes atau 41.1 peratus daripada 1,683 kes positif baharu yang direkodkan di negara ini setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia disusuli dengan Sabah yang melaporkan sebanyak 260 kes atau 15.4 peratus daripada keseluruhan kes dan Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 197 kes (11.7 peratus).

Beliau berkata, setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 90,816 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,140 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,675 kes.

Sebanyak 313 kes atau 18.6 peratus yang dilaporkan pula berkaitan dengan kluster di penjara dan depoh tahanan imigresen membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (235 kes), Kluster Tembok (55 kes), Kluster Tembok Gajah (12 kes), Kluster Bakti (lapan kes), Kluster Penjara Kepayan (dua kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (satu kes).

"Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Ingin dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 432 kes atau 0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya dalam satu kenyataan media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM hari ini turut merekodkan 1,214 kes sembuh COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 75,244 kes atau 82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.