script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peniaga Rugi "RM70,000" Di Perdaya Sindiket Nombor Ramalan Dakwa Dia Menang RM1 Juta

 


KUANTAN - Seorang peniaga berusia 66 tahun rugi RM70,000 selepas diperdaya sindiket penipuan nombor ramalan yang mendakwa kononnya mangsa berjaya memenangi wang tunai RM1 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada 9 Disember lalu ketika berada di Mentakab, mangsa didatangi dua lelaki yang mendakwa dia mempunyai nasib yang baik.

"Suspek menasihatkan mangsa untuk membeli nombor ramalan sebelum mangsa menyerahkan RM10 kepada suspek untuk berbuat demikian.

"Suspek kemudian datang semula kepadanya sebelum menyerahkan resit nombor ramalan yang dibungkus dengan kertas dan bergam. Ia kemudian dimasukkan ke dalam beg duit mangsa," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, suspek berpesan jangan membuka bungkusan itu sebaliknya meminta mangsa untuk berjumpa lagi esoknya (10 Disember) di hadapan sebuah kedai di bandar Mentakab.

"Pada hari kejadian, mangsa menyerahkan bungkusan mengandungi nombor ramalan itu kepada suspek.

"Suspek membuka bungkusan berkenaan di hadapan mangsa yang kemudiannya menyemak di akhbar Cina dan mendapati nombor ramalan itu memenangi RM1 juta," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian meminta mangsa menyerahkan wang sebanyak RM70,000 untuk urusan perbelanjaan kesyukuran.

"Pada hari yang sama, mangsa menyerahkan wang tunai RM70,000 kepada suspek secara serahan tangan dan meminta suspek memberikan resit nombor ramalan itu untuk ditunaikan.

"Namun suspek mendakwa, dia terlupa membawa resit itu dan berjanji akan menyerahkan keesokan harinya.

"Bagaimanapun, mangsa tidak lagi dapat menghubungi suspek," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.