script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Permohonan Maaf, Pemuda UMNO Maran Buat Keputusan Tak Ambil Tindakan Terhadap PSAP

 


MARAN - Pergerakan Pemuda UMNO Maran  tidak akan mengambil tindakan terhadap Presiden NGO Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmi DM Zuhasli diatas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan berniat jahat terhadap kepimpinan UMNO Bahagian Maran yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Kenyataan telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Tasyrif Sabaruddin di laman rasmi PPU Maran malam tadi.

Menurut kenyataan tersebut, PPU Maran mengambil maklum bahawa PSAP telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf diatas perkara itu.

Walaupun begitu katanya, jika dilihat dari pernyataan Haslihelmi, jelas beliau tiada kesedaran terhadap kesilapan yang telah beliau lakukan.

"Namun begitu, sebagai memegang janji, PPU Maran tidak akan mengambil apa apa tindakan, sebaliknya juga tidak mampu untuk menghalang sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mengambil apa apa tindakan terhadap pernyataan asal beliau (PSAP)," dakwa beliau.

"Kami berharap selepas ini, jika mahu mencampuri urusan dalaman sesebuah institusi, haruslah disertakan dengan bukti nyata dan bukan hanya dengan menerbitkan persepsi negatif yang lebih menunjukkan kedangkalan dan motif peribadi berbanding niat yang kononnya suci murni," tambahnya lagi. 

Pendirian PPU Maran ini harus dipuji kerana bertindak profesional dalam menangani kes tersebut. Banyak urusan rakyat yang lebih penting perlu dilakukan menjelang PRU-15 tidak lama lagi sebenarnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.