script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Rogol Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun, Reman Terhadap 10 Remaja Di Sambung Lagi

 


KEMAMAN - Perintah reman terhadap 10 remaja yang dipercayai merogol budak perempuan berusia 12 tahun Ahad lalu, disambung selama empat hari bermula esok.

Semua suspek yang dipercayai merogol gadis terbabit di dua buah rumah berasingan di Kemaman, Terengganu dibawa ke Mahkamah Seksyen Kemaman, hari ini untuk disambung reman.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali membenarkan sambungan reman yang diminta polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Semua suspek berusia antara 13 hingga 19 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.24 pagi dengan diiringi anggota polis serta turut dihadiri ahli keluarga masing-masing.

Sebelum itu, semua suspek sudah direman selama lima hari bermula Rabu hingga hari ini namun polis meminta lanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan.

Dalam kejadian 6 Disember hingga awal pagi 7 Disember, mangsa yang juga murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman mendakwa dirogol 10 lelaki termasuk seorang kenalannya.

Mangsa dikatakan baru dua hari mengenali rakannya itu menerusi WhatsApp. Selepas dua hari tidak pulang rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya.

Ahli keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan sebelum ni dilaporkan berkata, budak perempuan itu mendakwa dirogol 10 remaja berusia dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun di dua rumah berasingan antara jam 4 petang, pada Ahad dan 3 pagi Isnin lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ada kesan koyakan pada alat sulit mangsa. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.