script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warga Emas Rugi RM1.8 Juta Di Tipu Sindiket Macau Scam Di Tipu 'Pos Laju', 'Pegawai Polis'

 


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun kerugian RM1.8 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Pos Laju dan pegawai polis.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisionerisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata siasatan mendapati mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak mengaku daripada Pos Laju pada April lalu.

Katanya, mangsa yang juga bekas ahli perniagaan dimaklumkan ada bungkusan atas nama pengadu yang mengandungi kad ATM dan kad pengenalan.

"Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilan disambung ke 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah' kononnya untuk membuat laporan polis.

"Seorang suspek yang menyamar sebagai pegawai polis mendakwa mangsa mempunyai rekod pembabitan dalam kes pengubahan wang haram dan penipuan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kata beliau, mangsa menafikan terbabit dengan kegiatan itu dan suspek mengarahkannya memindahkan wang simpanan serta membuat pembayaran perbicaraan ke akaun bank yang diberikan kononnya untuk tujuan siasatan.

"Akibat takut ditangkap, mangsa mengikut setiap arahan yang diberikan suspek dan membuat pemindahan wang secara berperingkat ke 29 akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM1.8 juta.

"Apa yang lebih menyedihkan, sebahagian daripada wang yang dipindahkan itu dipinjam oleh mangsa daripada saudara mara dan rakan-rakannya," kata Muhammad Yazid.

Katanya, mangsa yang menyedari menjadi mangsa penipuan kemudian membuat satu laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak polis menzahirkan rasa kecewa atas sikap masyarakat yang masih mudah percaya kepada taktik penipuan sedemikian.

"Walaupun pelbagai usaha kempen dibuat untuk menyedarkan dan memberikan pengetahuan kepada masyarakat, namun masih ada yang menjadi mangsa.

"Sekiranya ada menerima panggilan telefon mencurigakan dan diarahkan membuat pemindahan wang, rujuk dulu kepada pihak berkuasa terutamanya polis atau pun saudara mara atau rakan," kata beliau.

Selain itu, pihaknya memberikan amaran kepada individu yang mengambil jalan mudah menjadi 'keldai akaun' dengan menjual atau menyewakan akaun bank mereka kepada sindiket penipuan.

"Tanpa pembabitan mereka (keldai akaun), kes seperti ini tidak akan berlaku disebabkan sindiket tidak mempunyai medium bagi membuat pemindahan wang menggunakan akaun mereka.

"Mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.