script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tindakan "Pantas", Dua Beranak Selamatkan Pemandu Kereta Di Hanyut Air Di Kemaman !

 


KEMAMAN - Tindakan pantas dua beranak berjaya menyelamatkan seorang penjawat awam yang nyaris dihanyutkan air bersama kereta dipandunya di Kampung Batu 10 berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu, Ausdi Muhamed, 53, dan anaknya Amir Syafiq, 28, sedang berehat di rumah sebelum menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung yang memaklumkan terdapat sebuah kereta dihanyutkan air di kawasan tersebut.

“Dia pesan agar saya bawa bot kerana dipercayai pemandu masih berada dalam kereta tersebut. Saya dan anak bergegas pergi menaiki traktor dan membawa bot ke lokasi kejadian yang terletak satu kilometer dari rumah.

“Dari jauh memang nampak ada kereta Perodua Myvi berwarna putih terapung-apung setelah melanggar batang paip. Saya dan anak menaiki bot untuk sampai ke kereta tersebut.

“Mulanya kami bercadang hendak pecahkan cermin untuk menyelamatkan pemandu lelaki itu, namun percubaan membuka pintu akhirnya berjaya dan beliau menaiki bot kami untuk ke bahu jalan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Difahamkan, pemandu Perodua Myvi itu yang bekerja sebagai pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kemaman di Chukai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja selepas pulang bercuti di kampungnya di Bukit Payong dekat Marang.

Ausdi yang bertugas di Majlis Perbandaran Kemaman berkata, dia dan anaknya mengambil masa hampir 30 minit untuk menyelamatkan penjawat awam itu.

“Kebetulan saya berada di rumah ketika itu dan syukur penjawat awam itu selamat. Bagaimanapun keretanya pula terpaksa ditarik dengan menggunakan khidmat dua agensi iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd Zailani Abdullah berkata, mangsa yang berusia 27 tahun itu bertolak dari Marang pada 10.15 pagi tadi untuk bekerja syif pada sebelah malam.

“Ketika sampai di lokasi, mangsa cuba meredah air yang sedang melimpah atas jalan walaupun ketika itu arus laju.

“Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba dibawa arus ke sebelah kiri bahu jalan dan hanyut ke dalam semak menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta selama 15 minit,” katanya.

Zailani berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Balai Polis Chukai untuk membuat laporan kemalangan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.