Pages

Rakyat Tertarik Dengan Sikap Saifuddin, Mahu Beliau 'Kekal' Di Indera Mahkota PRU-15 Nanti

 


KUANTAN - Kepimpinan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai wakil rakyat kini semakin diterima oleh warga Parlimen Indera Mahkota.

Biar pun ada suara-suara sumbang yang cuba untuk menjatuhkan imej beliau, namun hasil kerja kuat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota kini rakyat terus memberi sokongan kepadanya.

Malah, bukan sahaja masyarakat kaum Melayu yang didekati beliau, Kaum India dan Cina juga turut disantuni walau pun beliau sibuk dengan urusan kementeriannya.

Banyak program khidmat masyarakat yang terus diadakan dalam usaha mendekati rakyat di kawasan Indera Mahkota.

Cuma pada masa pandemik Covid-19 melanda sekarang ini, aktiviti kebajilan dan sosial rakyat terpaksa dikurangkan.

Susulan keputusan dewan rakyat meluluskan Belanjawan 2021 semalam, maka banyak program rakyat sedang diatur di kawasan parlimen Indera Mahkota.

Justeru, rakyat pelbagai kaum dan fahaman politik perlulah memberi sokongan padu agar Saifuddin kekal sebagai Ahli Parlimen untuk penggal berikutnya.

Ditambah lagi dengan keperibadian beliau yang begitu lemah lembut dan tertib dalam berkata-kata. Sikap inilah yang menjadikan beliau semakin mendapat tempat dihati rakyat sebenarnya.

Selama ini parlimen Indera Mahkota tidak pernah mempunyai wakil rakyat bertaraf menteri penuh. Hanya Saifuddin berjaya diangkat ke kabinet sebanyak dua kali iaitu sebagai Menteri Luar pada zaman Pakatan Harapan (PH) dan kini Menteri Komunikasi Dan Multimedia pada zaman Perikatan Nasional (PN).

Tidak perlu ada protes dan perasaa irihati dikalangan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Ini kerana, jika beliau dijatuhkan pada PRU-15 nanti, maka mungkin kerusi parlimen Indera Mahkota akan dirampas semula oleh PH.

Ini bermakna, kedua-dua pihak akan berputih mata dan rakyat akan rugi akhirnya. Maka, warga Indera Mahkota diseru memberi kepercayaan kepada Saifuddin untuk membawa lebih banyak perubahan dan pembangunan pada masa akan datang. #PahangDaily

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Blog ni dah jadi blog SAMPAH Bersatu!! Satu demi satu blog pro-UMNO dah jatuh, disyaki diBELI oleh BERSATU, SEWEL betul!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) berkata...

Pala hotak betul si artikel BANGANG ni!! Melayu LIBERAL Bersatu, bekas PKR homo ni - makin menJAHANAMkan KEM. MULTIMEDIA!!

Patutlah FINAS pun dah jadi SARANG Melayu LIBERAL Parasit!! Tgk. si BANGKAI namewee tu - TAK berani lansung FINAS dayus & Kem. Multimedia HOMO ambil tindakan lansung, walau dia buat tajuk filem punya jijik, "BABI" & mengHINA/mengGERTAK bangsa Melayu dgn. tulis "Melayu" bawah tajuk "BABI" ni!!

Bahkan, Industri PERFILEMAN2/DRAMA2/HIBURAN2/Program2 Melayu pun dah JAHANAM - diROSAKkan ARTIS2 Islam/Melayu LIBERAL jijik yg. LUCAH/HOMO/PENAGIH2 DADAH! Yg. Artis2 BERTUDUNG pun juga diDISKRIMINASI - utk. watak2 HEROIN flm. FILEM2/DRAMA2 & HOS program2/siri2 Hiburan!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]