script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jangan Panik: Penduduk Terganggu 'Ketukan Misteri' Di Gesa Buat Rondaan Dengan Polis !

BENTONG - Penduduk kampung dan taman perumahan yang diganggu ketukan misteri pada waktu malam, dinasihatkan mengadakan rondaan kampung selepas 12 tengah malam bersama anggota polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata orang ramai tidak perlu panik dengan ketukan misteri tengah malam, sebaliknya meningkatkan tahap keselamatan di rumah dan sekitar kediaman.

Katanya, skuad keselamatan kampung membabitkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk boleh digerakkan mengawal kampung.

"Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) perlu proaktif mengadakan rondaan bersama bersama polis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kes ketukan misteri di Jerantut pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, pada Isnin.

Baru-baru ini, beberapa rumah di Kampung Perias dan Kampung Batu Embun bukan sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat, turut disertai bau busuk seperti bangkai.

Insiden itu turut menular ke kampung lain, semalam, apabila penduduk Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka dan FELDA Jengka 24 turut mendakwa mengalami ketukan misteri itu.

Abd Jalil berkata, peringkat awal, pihaknya beranggapan ia berpunca perbuatan manusia bertujuan menakutkan penduduk setempat.

Namun, katanya, polis tidak mengambil mudah dengan kes itu, jadi rondaan bersama penduduk setempat perlu dilakukan khususnya dalam waktu dikenal pasti. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.