script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tun Dr Mahathir: Pemergian Tun Rahah Adalah Satu "Kehilangan Yang Besar" Kepada Negara !

 


KUALA LUMPUR  -- Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah banyak menabur jasa dalam membantu suaminya, Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi Perdana Menteri Kedua, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan keluarga Tun Razak itu menyifatkan Allahyarhamah sebagai antara generasi merdeka terakhir yang tidak ternilai jasa dan sumbangannya kepada negara. 

“(Beliau) generasi ‘merdeka’... tak banyak orang yang generasi merdeka yang masih ada (hidup). Mungkin (beliau) antara yang terakhir.

"Dia membantu Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) semasa Tun Razak jadi Perdana Menteri (Kedua)...,” kata Dr Mahathir yang kelihatan tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir di Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi.

Dr Mahathir, yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz adalah antara pemimpin negara dan kenalan yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Di sebalik tugasnya sebagai seorang isteri kepada pemimpin utama negara, Tun Rahah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan membabitkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.

Beliau aktif dalam pergerakan Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) dan pernah menjadi pengasas pergerakan Wanita UMNO Petaling Jaya, selain cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pemergian Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar kepada negara.

“Sudah pasti sumbangan Tun Rahah kepada negara sangat-sangat besar, terutamanya sebagai seorang yang telah membantu Tun Razak membina semula negara,” katanya.

Beberapa ahli politik pembangkang turut hadir memberi penghormatan terakhir antaranya seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.