script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cubaan Fitnah Exco Wanita Pahang, Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap "Presiden PSAP" !

MARAN - Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan fitnah yang dibuat terhadap 'Exco Wanita Pahang' oleh Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP).

Ia berkaitan dengan kenyataan berniat jahat yang dibuat oleh Presiden NGO terbabit,  Haslihelmi DM Zulhasli terhadap kepimpinan beliau selaku ADUN Kuala Sentul, Ketua UMNO Bahagian Maran dan merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang yang dimaksudkan.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran malam tadi. Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Mukaram Shah Zainuddin serta Ahli Jawatankuasa yang lain termasuk dari pemuda, wanita dan puteri.

Dalam kenyataan ringkasnya di facebook beliau, Shahaniza membuat hantaran berbunyi "Adakala tak perlu layan tapi kalau dah kurang ajar, kena lah kita sekolahkan sikit. See you in Court!".

Terdahulu, Presiden PSAP menggesa 'Exco Wanita Pahang" tidak mendabik dada dan takbur dengan pangkat dan kuasa yang diberikan rakyat pada masa kini.

PSAP mendakwa mereka menerima rungutan, maklumat daripada penduduk setempat di Maran berhubung sikap pemimpin terbabit.

Dakwa PSAP lagi, Exco Wanita berkenaan kerap kali menyatakan mahu mengambil alih kepimpinan di DUN Jengka, Chenor dan Luit dari wakil rakyat PAS. 

Sikap Exco Wanita berkenaan nyata tidak disenangi oleh penduduk di Maran yang begitu hairan dengan perubahan sikapnya yang dahulu sewaktu mula menjadi ADUN begitu lemah lembut dan berbudi bahasa. 

Semalam, PSAP ada membuat permohonan maaf atas perkara tersebut. Namun dengan perkembangan terbaru ini maka sudah pasti adengan lebih panas dapat disaksikan. #PahangDaily

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.