script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Empat Kluster Baharu 'Covid-19' Kini Semakin Aktif Di Kuantan, Tiada Kaitan Kluster Genting

 

KUANTAN - Empat kluster Covid-19 kini aktif di sekitar daerah ini melibatkan Kluster Atabara dan Kluster Inten di Indera Mahkota, Kluster Kuala (pusat bandar) dan Kluster Kristal (Sungai Karang).

Keempat-empat kluster itu bagaimanapun tiada kaitan dengan Kluster Genting kerana penularannya berkembang sebelum pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan telah mengenal pasti 763 kontak rapat melibatkan 258 rumah dan bilangannya dijangka meningkat.

Menurut jawatankuasa itu, Kluster Kuala berpunca daripada pekerja sebuah restoran yang mempunyai beberapa cawangan di daerah ini dan pengendalian restoran itu secara dapur berpusat dan makanan diedar ke cawangan.

"Berdasarkan analisa yang dibuat, kluster ini berisiko tinggi untuk penularan dalam komuniti.

"Kluster ini masih terdapat kes-kes positif yang dikesan sekali gus menunjukkan penularan Covid-19," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa itu turut memaklumkan, sepanjang lima hari operasi PKRC Sukpa, tiada sebarang insiden cubaan melarikan diri dalam kalangan pesakit dan keadaan terkawal.

"Ketika ini terdapat 132 orang pesakit Covid-19 dari Kluster Genting dan 10 pesakit dari Kluster Kuala ditempatkan di pusat berkenaan.

"Orang ramai tidak perlu bimbang berkenaan keselamatan mereka berikutan tiada sebarang penularan dalam komuniti yang berpunca daripada kluster itu setakat ini," katanya.

Bagaimanapun semua pihak diminta menjaga diri dan keluarga bagi mengelak jangkitan melibatkan kluster itu terus berkembang.

"Sekiranya keadaan bertahan atau tiada perebakan luar biasa, kerajaan tidak berhasrat untuk mengetatkan lagi kawalan di daerah Kuantan.

"Justeru orang ramai dinasihatkan mengehadkan pergerakan luar kepada urusan-urusan yang perlu sahaja dan elakkan menghadiri majlis keramaian," katanya.

Menurut kenyataan itu juga, jabatan kerajaan turut dinasihatkan mengurangkan aktiviti melibatkan orang ramai. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.