script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu KWSP: Rakyat Kesal Sertai Kecewa Dengan "Harapan Palsu" Yang Di Berikan Oleh Najib !

 

SHAH ALAM - Rakyat melahirkan rasa kesal dan kecewa kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikatakan memberi harapan palsu mengenai permohonan pengeluaran akaun satu i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib dalam satu kenyataan di Facebook miliknya berkata, beliau menerima dengan hati yang terbuka tindakan rakyat itu walaupun keputusan akhir sebenarnya terletak pada tangan orang lain.

Beliau berkata, realitinya ialah parti Barisan Nasional (BN) telah sehabis mungkin memperjuangkan hak rakyat.

“Daripada tidak diberi langsung oleh Perdana Menteri sehingga ke 600,000 ahli layak memohon pengeluaran ditingkatkan kepada dua juta ahli dan kemudian dinaikkan lagi kepada lapan juta ahli yang layak.

“Pengeluaran akaun dua KWSP dan moratorium pinjaman pertama juga cadangan saya pada Mac 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. Ramai dah tak ingat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, ramai tidak nampak usaha yang diperjuangkan itu malah menuduh pihaknya tidak ikhlas sedangkan mereka sudah lama berusaha untuk memperbaiki skim berkenaan.

Katanya, bagi kategori satu syarat permohonan pengeluaran i-Sinar, ia dilihat sudah baik yang mana rakyat termasuk suri rumah boleh keluarkan dengan kelulusan secara automatik tanpa perlu sebarang maklumat ataupun dokumen.

“Kini cuma tinggal kategori dua sahaja yang perlu ditambah baik. Berjuta-juta rakyat berharap syarat dipermudahkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan minta pihaknya menunggu dan memberi sedikit masa untuk mereka perbetulkan dan menunaikan janji.

“Seperti saudara dan saudari, saya pun tak gemar dikencing (ditipu).

“Justeru, kita tunggu sahaja minggu depan,” katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.