script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ustaz 'Penceramah Bebas' Di Tahan Polis, Di Syaki Cabul Seorang Ahli Perniagaan Lelaki !


KOTA BHARU - Seorang ustaz yang juga penceramah bebas ditahan semalam, dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki yang baru dua hari dikenalinya, dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini.

Suspek berusia 32 tahun ditahan jam 3 petang di pondok tempatnya mengajar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata mangsa berusia 30 tahun dikatakan keluar dengan suspek menaiki kereta dipandu suspek, malam kelmarin.

"Lebih kurang 1.15 pagi semalam, suspek menghantar mangsa ke sebuah bilik hotel dan ketika berada di hotel berkenaan, suspek didakwa mencabul mangsa dengan mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa.

"Menurut mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluannya ke peha mangsa. Susulan kejadian itu, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi.

Shafien berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang belum berkahwin baru mengenali suspek dua hari sebelum kejadian, ketika berada di sebuah pasar raya di sini.

"Menurut mangsa, sebelum kejadian suspek menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama sebelum berlakunya kejadian itu," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.