script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Belanjawan Pahang 2026 Yang Dibentangkan Bukanlah Belanjawan Pilihan Raya Umum, Sebaliknya Demi Kesejahteraan Rakyat

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan Belanjawan Pahang 2026 yang dibentangkan bukanlah belanjawan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), sebaliknya dibuat demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Beliau berkata, pihak pembangkang boleh membuat sebarang tanggapan, tetapi kerajaan negeri bertindak mengikut kemampuan kerajaan dalam memperuntukkan bantuan dan insentif kepada rakyat.

"Kuasa bubar Parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri) bukan kuasa saya, jadi mereka boleh anggap apa sajalah. Kita buat bajet untuk rakyat dan kita rasa kita boleh beri.

"Pembangkang itu biasa, kalau boleh mereka tidak hendak apa yang kita buat, tapi kita buat semua ini ikhlas untuk rakyat.

"Dulu pilihan raya jauh pun kita beri juga bantuan khas kewangan dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan belanjawan negeri di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang pada Jumaat.

Dato' Sri Diraja berkata, pembangkang biasanya mempertikaikan segala usaha kerajaan.

Jelas beliau, sedangkan setiap tahun kerajaan negeri akan menambah baik belanjawan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir.

"Belanjawan dibuat dengan teliti dan atas nasihat Pegawai Kewangan Negeri serta perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

"Dan dalam keadaan teliti itu pun, memang akan ada lagi yang tercicir, namun kita tambah baik setiap tahun. setiap kali buat (belanjawan) " jelasnya.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggambarkan pembentangan belanjawan 2026 pada persidangan DUN negeri hari seolah-olah 'belanjawan menuju pilihan raya'.

Menurutnya, walaupun jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan meningkat hampir tujuh peratus, namun ia bukan menyentuh perkara fundamental terhadap pelbagai masalah dihadapi kerajaan negeri.

"(Belanjawan) hari ini seolah-olah satu belanjawan hampir nak pilihan raya. seperti (kerajaan Pahang) berdepan tekanan kepada program yang dilakukan Perikatan Nasional (PN).

"Saya pun fikir mungkin sudah dekat (pilihan raya), tapi bila lihat balik kepada prestasi buruk kerajaan (Perpaduan) dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, mungkin juga lambat lagi," katanya. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.