script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Belanjawan Pahang 2026: Wan Rosdy Umum Penjawat Awam Negeri Akan Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Dua Bulan Gaji

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji untuk penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan itu diumumkan ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2026 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

"Segala kejayaan negeri hari ini tidak akan tercapai tanpa peranan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran.

"Komitmen dan kesetiaan mereka adalah nadi yang menggerakkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, sebagai penghargaan di atas segala pengorbanan, kesetiaan, keikhlasan serta khidmat bakti sepanjang tahun, kerajaan negeri dengan sukacita mengumumkan pemberian BKK sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Ia membabitkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun depan," katanya.

Pada masa sama, Wan Rosdy berkata, sebagai tanda terima kasih atas komitmen dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan negeri memperuntukkan RM3.75 juta bagi Pemberian Insentif Khas Pahang 1st iaitu RM200 kepada 18,743 kakitangan awam Persekutuan berpendapatan bawah RM3,000 pada 31 Disember ini.

"Saya amat berharap seluruh penjawat awam negeri dan persekutuan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri untuk memperkasa iltizam, memantapkan integriti dan memelihara semangat berpasukan agar segala agenda pembangunan yang direncanakan dapat direalisasikan demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Pahang.

"Pada masa sama, saya menyeru penjawat awam kekal menjadi benteng pelindung yang mempertahankan kerajaan negeri apabila wujud suara-suara yang cuba memesongkan fakta, mengeruhkan persepsi dan menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha yang telah dilaksanakan selama ini," katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut menyalurkan pemberian `one-off' RM300 kepada pelatih pemulihan dalam komuniti sebagai galakan untuk terus mengikuti program di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).

Katanya, inisiatif itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM468,000.

"Pada masa sama, kerajaan negeri meneruskan sumbangan `one-off' RM500 kepada setiap penyelia dan petugas PPDK membabitkan peruntukan RM150,000.

"Bagi memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah, sejumlah RM75,000, masing-masing diperuntukkan kepada PEMADAM dan PENGASIH manakala RM150,000 pula diperuntukkan kepada Drugs Intervention Community (DIC) untuk menggerakkan aktiviti kesedaran serta pendidikan antidadah di seluruh negeri

"Sebagai komitmen berterusan untuk membangunkan kemudahan sosial yang lebih inklusif, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina sebuah Kompleks Komuniti di Lipis dengan peruntukan RM10 juta bagi manfaat masyarakat setempat," katanya. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.