ROMPIN: Polis menahan 12 lelaki Orang Asli kerana menceroboh ladang sawit milik sebuah syarikat di Kampung Taman, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mereka ditahan jam 10.30 pagi, ketika berkumpul di kawasan ladang terbabit.
Menurutnya, mereka berusia antara 20 dan 44 tahun ditahan di kawasan ladang terbabit.
"Penahanan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang pekerja syarikat perladangan terbabit mengenai kehadiran sekumpulan lelaki Orang Asli di ladang berkeluasan 101 hektar itu pada jam 9 pagi.
"Justeru, setiap individu atau kumpulan dinasihatkan tidak memasuki, membersihkan, menanam sebarang tanaman atau pembinaan di kawasan tanah bukan milik sah.
"Polis tidak akan berkompromi denga aktiviti pencerobohan terhadap tanah dimiliki secara sah oleh individu atau syarikat," katanya menerusi kenyataan.
Sharif Shai berkata, setiap individu perlu mempunyai geran pemilikan sah untuk mengusahakan tanah.
Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. #HarianMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan