script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pengiktirafan Sijil UEC: KEADILAN Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan, Utamakan Bahasa Melayu

KUANTAN: Isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate (UEC) tidak wajar dijadikan tuntutan utama untuk diiktiraf dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Sehubungan itu, Biro Pendidikan dan Latihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempertahankan Bahasa Melayu sebagai asas utama dalam sebarang keputusan berkaitan pengiktirafan sijil UEC.

Ketua Biro Pendidikan dan Latihan MPN Pahang, Prof. Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kerajaan tidak wajar tunduk kepada tekanan mana-mana pihak untuk mengiktiraf sijil yang berasaskan satu bahasa semata-mata, sehingga mengenepikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

"Biro Pendidikan dan Latihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak tunduk kepada tekanan untuk kerajaan mengiktiraf mana-mana

sijil yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang hanya menumpukan kepada satu bahasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya menegur secara tegas gesaan terbuka pemimpin DAP terhadap Perdana Menteri dalam isu pengiktirafan UEC yang disifatkan sebagai tidak menghormati kedudukan Bahasa Melayu serta berpotensi mencetuskan sentimen perkauman.

"Tindakan sedemikian tidak menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, serta mencetuskan sentimen perkauman yang menggugat keharmonian antara kaum di negara ini," katanya.

Prof. Hassan Basri menjelaskan bahawa secara realitinya, pemegang sijil UEC tidak pernah disekat daripada menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, malah permohonan mereka dinilai secara kes demi kes, sama seperti pemegang sijil antarabangsa lain seperti A-Level dan IGCSE.

"Maka, tiada keperluan untuk menuntut pengiktirafan rasmi kepada UEC yang tidak memenuhi keperluan asas sistem pendidikan negara," katanya.

Sehubungan itu, Biro Pendidikan dan Latihan MPN Pahang berharap kepimpinan DAP menarik balik tuntutan pengiktirafan UEC serta memohon maaf kepada Perdana Menteri, selain berikrar tidak mengulangi tindakan sama pada masa hadapan.

"Tindakan ini penting demi memelihara keharmonian kaum di negara ini dan menyatakan secara jelas semua kaum di negara ini mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," kata beliau lagi.

Polemik pengiktirafan UEC menjadi isu besar apabila DAP mahu isu tersebut diselesaikan sebagai sebahagian reformasi sistem demi mengelak kehilangan undi Cina sebagaimana yang dialami Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, 29 Nov lalu. #SuaraKeadilan

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.