script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sepasang Suami Isteri Warga Emas Dikhuatiri Lemas Setelah Kereta Dinakiki Mereka Terjunam Ke Dalam Sungai Rompin

ROMPIN: Sepasang suami isteri warga emas dikhuatiri lemas setelah kereta dinaiki mereka dilaporkan terjunam dan tenggelam di Sungai Rompin, dekat Kampung Rantau Panjang, di Kuala Rompin, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima laporan pada jam 4.55 petang.

Menurutnya, 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin bergegas ke lokasi sebaik mendapat laporan.

Katanya, peringkat awal operasi mencari dan menyelamat dilakukan menerusi teknik pencarian di permukaan air.

"Kedalaman sungai di lokasi kejadian dianggarkan lebih tiga meter dan parasnya dilaporkan sedang meningkat kerana air pasang," katanya ketika dihubungi.

Zulfadli berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan sudah tiba di lokasi kejadian untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Menurutnya, pasukan terbabit sudah melakukan selam skuba di lokasi kejadian untuk mengesan kereta dinaiki dua warga emas terbabit tetapi mangsa dan kereta dilaporkan terjatuh ke sungai itu belum dijumpai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan.

Menurutnya, pasukan terbabit dengan operasi itu berdepan dengan cabaran arus sungai deras dan identiti dua mangsa dilaporkan hilang itu belum diperoleh. #BeritaHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.