script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Pekan Tolak Dua Daripada Sembilan Permohonan Kerajaan Negeri Warta Tanah Rizab Orang Asli

KUANTAN: Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Pekan menolak dua daripada sembilan permohonan dikemukakan kerajaan negeri berkaitan pewartaan tanah rizab bagi kampung Orang Asli (KOA) yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Perkara itu dimaklumkan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, ketika persidangan DUN di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Katanya, dua permohonan yang terlibat ialah KOA Gumum dan KOA Air Hitam, manakala permohonan perizaban bagi enam yang lain sedang dalam pertimbangan PTD Pekan.

Syed Ibrahim berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Adun Chini, Mohd Sharim Md Zain yang bertanyakan status semasa pewartaan perkampungan masyarakat Orang Asli, terutamanya di DUN Chini.

Syed Ibrahim memaklumkan, alasan penolakan bagi pewartaan KOA Gumum dan Air Hitam ialah kerana ia melibatkan kawasan bertindih dengan rizab hutan simpan milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang.

Dia juga memberitahu, pada dasarnya kerajaan Pahang bersetuju meluluskan perizaban untuk 76 KOA di negeri ini.

"Proses itu dilakukan mengikut Seksyen 7(1) Akta Orang Asli (Akta 134) manakala 141 KOA juga sedang dalam proses (perizaban) mengikut seksyen 6 Akta yang sama," katanya. #Malaysiakini

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.