script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Pahang Terus Komited Membantu Rakyat Miliki Kediaman Sendiri Melalui Projek Rumah Rakyat Pahang (RRP)

PEKAN: Kerajaan Negeri Pahang terus komited membantu rakyat di negerinya untuk mempunyai kediaman sendiri melalui projek Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Salah seorang penerima RRP Abdul Razak Abdul Rahman, 52, dari Kampung Ketapang Hilir, di sini bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana impian saya sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan. Bantuan ini sangat bermakna dan memberi sinar baharu kepada kehidupan kami,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci RRP, di sini kelmarin.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan rumah khususnya di kawasan luar bandar.

Nizar Najib bersama 110 penerima bantuan kerajaan Pahang dan lapan penerima kunci rumah Rakyat Pahang (RRP).

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Datuk Sri Mohd Najib yang turut menyampaikan cek sumbangan kerajaan negeri kepada 110 orang penerima.

Ujar Nizar, pelaksanaan inisiatif seperti bantuan kewangan dan RRP adalah bukti komitmen kerajaan negeri.

“Inilah bukti bahawa kerajaan negeri sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela sejajar dengan agenda pembangunan inklusif negeri,” katanya. #MalaysiaAktif

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.