script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lelaki Cedera Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Membabitkan Dua Lori Dan Sebuah Bas Persiaran Di Kilometer 182.9 LPT1

MARAN: Lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan membabitkan dua lori dan sebuah bas persiaran di Kilometer 182.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata kemalangan jam 5.40 pagi berlaku ketika tiga kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah bas persiaran tanpa penumpang merempuh bahagian belakang sebuah lori.

"Akibat rempuhan itu bas persiaran terbabas ke kiri jalan, manakala sebuah lori dari arah sama merempuh bahagian belakang bas.

"Kemalangan menyebabkan pemandu lori berusia 61 tahun yang merempuh bas tersepit dalam kenderaan dipandunya," katanya dalam kenyataan.

Susulan kejadian itu, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bergegas ke lokasi kejadian.

Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membawa keluar mangsa yang tersepit.

Wong berkata, pemandu lori yang cedera di leher dan perut dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, di Temerloh, untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pemandu bas persiaran dan sebuah lagi lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan. #HarianMetro

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.