script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tunggakan Cukai Tanah Di Negeri Pahang Yang Direkodkan Pada Masa Ini Melibatkan Pelbagai Pihak Berjumlah RM376 juta

KUANTAN: Felda, Risda dan FGV Holding Berhad (FGV) menjadi antara agensi kerajaan dan syarikat yang mempunyai tunggakan cukai dengan kerajaan negeri yang sehingga kini merekodkan tunggakan cukai tanah sebanyak kira-kira RM376 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tunggakan cukai tanah yang direkodkan pada masa ini melibatkan pelbagai pihak termasuk individu, korporat, syarikat dan juga agensi kerajaan.

“Ada sudah bayar dan ada dalam peringkat perbincangan (bagi agensi kerajaan) manakala bagi peringkat individu kita sedang kemaskini borang 6A dan lain-lain.

“Kita berusaha supaya sebelum kita keluarkan borang 6A ini, kita akan ambil langkah tertentu dimana kita buat ‘engagement’ dengan mereka (pembayar cukai,”katanya menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Datuk Andansura Rabu pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurut Wan Rosdy cukai tanah merupakan satu-satunya komponen hasil merekodkan tunggakan setiap tahun, menyaksikan jumlah tunggakan sebanyak RM483.4 juta direkodkan pada 2022, RM525.4 juta (2023), RM635.9 juta (2024) dan RM376.1 juta sehingga Oktober tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memberikan fokus kepada usaha mengutip tunggakan cukai tanah ini pada tahun hadapan dalam usaha mengurangkan kadar tunggakan.

“Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, pada 2021 tunggakan kita adalah sebanyak RM1.1 bilion tetapi selepas tahun 2021, pada tahun 2022 tunggakan kita RM483 juta, tahun 2023, RM552 juta, tahun 2024 RM635 juta dan pada tahun ini sehingga Oktober RM376 juta.

“Usaha untuk mengutip tunggakan ini bukan satu perkara yang mudah, bagaimanapun sata mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pejabat Tanah dan Galian kerana mampu mengurangkan daripada RM1.1 bilion kepada lebih kurang 50 peratus tunggakan dan usaha ini akan diteruskan di masa akan datang,”katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, cukai tanah merupakan penyumbang terbesar daripada lima sumber hasil utama negeri apabila menyumbangkan 38.15 peratus daripada keseluruhan kutipan hasil negeri berjumlah RM762.8 juta sehingga November tahun ini

Katanya, cukai tanah terus membantu mengukuhkan kedudukan hasil negeri yang terus mencatat prestasi stabil sejak 2022 bersama empat lagi komponen hasil utama iaitu royalti, lesen dan permit, perolehan jualan pelbagai barangan serta geran daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sehingga November tahun ini cukai tanah merekodkan kutipan sebanyak RM403.7 juta, royalti (RM81 juta), lesen bayaran pendaftaran dan permit (RM66.5 juta), perolehan jualan barang (RM130.3 juta) dan geran daripada kerajaan Persekutuan sebanyak RM81 juta. #Kosmo!

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.