script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hasil Kajian RMK-11: Pahang Dianggarkan Mempunyai Rizab Nadir Bumi (REE) Sebanyak 1.4 Juta Tan, Bernilai RM37.36 Bilion

KUANTAN : Pahang dianggarkan mempunyai rizab nadir bumi sebanyak 1.4 juta tan, hasil kajian yang dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dari tahun 2016 hingga 2020.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, daripada jumlah tersebut kira-kira 70% kawasan berpotensi mengandungi REE berada dalam Hutan Simpan.

Baki 30% di kawasan berstatus tanah milik dan tanah kerajaan.

”Harga semasa bagi RE karbonat adalah AS$6,456.47 per tan metrik, dan berdasarkan kadar tukaran AS$1 bersamaan RM4.1325, nilai tersebut dianggarkan kira-kira RM37.36 bilion mengikut semakan oleh Laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri pada 28 November 2025,” katanya.

Nizar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS–Cheka) mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menubuhkanPahang REE Processing Hubyang dikawal dan dimiliki oleh anak negeri, atau diserahkan sepenuhnya kepada syarikat luar seperti Lynas Malaysia pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Pada masa ini,  katanya, kerajaan negeri melaluiPahang Mining Corporation(PMC) sedang melaksanakan Kajian Potensi Rizab Mineral yang terperinci, khususnya bagi REE  bagi mengenalpasti potensi serta jumlah rizab sebenar yang terdapat di Pahang.

Jelasnya, kerajaan negeri telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan NR-REE di Pahang dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada 18 Jun 2025.

Selain itu, kerajaan negeri juga sedang memberi fokus kepada aspek memulakan pengoperasian perlombongan peringkat huluan bagi memastikan pelaksanaan perlombongan, terutama melibatkan REE dapat dijalankan secara mampan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Jelas beliau, pengoperasian perlombongan peringkat huluan adalah penting bagi meyakinkan pelabur untuk melabur dalam pembangunan hab pemprosesan REE bagi peringkat pertengahan atau hiliran.

“Kerajaan negeri juga terbuka dan bersedia mempertimbangkan cadangan penubuhan Hub Pemprosesan REE di Negeri Pahang sama ada daripada syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri atau syarikat luar.

“Setakat ini, Jawatankuasa Pelaburan Negeri telah mendengar beberapa pembentangan cadangan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa, dan perkara tersebut masih dalam proses penilaian serta pertimbangan wajar oleh kerajaan negeri,” katanya. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.