script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pasangan Suami Isteri Maut, Dua Lagi Cedera Tersepit Dalam Nahas Dua Kereta Di Kampung Ketari Bentong

 

BENTONG: Pasangan suami isteri maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Ketari, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Kilometer 4 Jalan Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Mangsa maut ialah penumpang hadapan Proton Iswara, Mohammad Nazri Salleh dan penumpang tempat duduk belakang Karmilawati Muhamad Yaakob yang masing-masing berusia 51 tahun.

Pemandu Proton Iswara iaitu Naimzuhari Mohamad Nazri, 23, pula cedera parah, manakala pemandu kereta Mercedes Benz yang berusia 40 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.19 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati Proton Iswara dinaiki tiga mangsa, dua daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang mengalami kecederaan parah.

"Kesemua mangsa dalam Proton Iswara tersepit akibat perlanggaran tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Dua mangsa maut disahkan oleh pegawai perubatan manakala mangsa cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.